KelabMama

15 Tanda Mengandung Anak Lelaki Yang Bakal Ibu Patut Tahu

tanda mengandung anak lelaki

Kredit gambar : www.haibunda.com

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti menginginkan zuriat serta tidak sabar untuk mengetahui jantina anak. Tambah-tambah lagi buat pasangan yang telah tetapkan jantina anak yang diinginkan mereka. Jika pilihan jantina bakal Mama dan Papa adalah lelaki, berikut kami kongsikan 15 tanda mengandung anak lelaki sebagai panduan anda.

Tanda Mengandung Anak Lelaki Mengikut Petua Orang Lama

#1. Bentuk dan Kedudukan Perut

Kredit gambar : www.honestdocs.id

Cuba Mama lihat diri Mama pada cermin atau merasa perut Mama dengan tangan. Jika Mama hamil bayi lelaki perut Mama akan kelihatan bulat dan tajam.

Selain itu kelihatan garisan hitam pada perut Mama dari bawah hingga ke atas melebihi pusat tanpa putus. Perut Mama juga akan terletak sedikit ke bawah sekiranya bayi yang Mama kandungkan itu bayi lelaki.

#2. Kaki

Kredit gambar : www.popmama.com

Jika Mama terasa kaki Mama sejuk ketka hamil, besar kemungkinan Mama sedang mengandungkan bayi lelaki.

#3. Payudara Kanan Lebih Besar

Ketika Mama hamil payudara akan menghasilkan susu di kedua-dua payudara. Mama boleh memeriksa payudara Mama sendiri. Jika Mama mengandungkan bayi lelaki, payudara sebelah kanan Mama akan lebih besar sedikit dari sebelah kiri Mama.

#4. Warna Urin

Warna air kencing adalah lebih gelap.

#5. Kenaikan Berat Badan

Kredit gambar : biofar.id

Mama mendapati berat badan Mama naik dengan mendadak? Mengandungkan bayi lelaki akan membuatkan selera makan Mama bertambah dan menyebabkan berat badan Mama turut meningkat.

#6. Suka Makan Makanan Masam

Kredit gambar : www.cikwankitchen.com

Sekiranya Mama sering merasa ingin makan makanan yang masam seperti jeruk atau makanan masin seperti keju atau yang lain berbanding makanan manis ini menunjukkan kemungkinan besar bayi yang sedang Mama kandung itu merupakan bayi lelaki.

#7. Suka Makan Makanan Tinggi Kalori

Kredit gambar : www.eatthis.com

Mama akan lebih cenderung kepada makanan yang berkalori tinggi secara berlebihan seperti nasi dan roti sekiranya bayi yang Mama kandung itu bayi lelaki.

#8. Tidak Suka Berhias

Kredit gambar : www.haibunda.com

Mama berasa malas untuk mengenakan sebarang makeup. Usah berasa terkejut atau sedih jika wajah Mama tidak lagi tampak berseri. Keserian wajah Mama akan kembali selepas Mama melahirkan seorang bayi lelaki yang comel.

#9. Posisi Tidur

Kredit gambar : www.yesdok.com

Semasa tidur Mama lebih suka mengiring ke sebelah kiri? Jika benar ini menandakan Mama mungkin sedang hamil anak lelaki.

#10. Rambut Berkilat

Kredit gambar : www.freepik.com

Rambut Mama akan lebih berkilat dan bersinar.

#11. Kesejukan

Kredit gambar : www.tokopedia.com

Mama akan mudah berasa cepat sejuk walaupun cuaca panas.

#12. Morning Sickness Kurang

Kredit gambar : www.sheknows.com

Mama jarang mengalami morning sickness atau alahan yang teruk.

#13. Pergerakan Bayi Dalam Kandungan

Pergerakan bayi lelaki lebih teratur dan senang untuk Mama jangka. Contohnya, Mama akan berasa bayi Mama lebih agresif pada waktu pagi atau ketika bayi Mama sedang lapar.

#14 Denyutan Jantung Ibu

Kredit gambar : www.klikdokter.com

Sekiranya denyut jantung Mama kurang daripada 150 kali denyutan untuk setiap minit, ia menunjukkan bahawa Mama sedang mengandungkan anak lelaki.

#15. Sikap Ibu Sepanjang Tempoh Kehamilan

Kredit gambar : review.bukalapak.com

Selain kesemua tanda di atas, sikap tegas, keras kepala dan selalu rasa nak menang dalam setiap perkara yang ada dalam diri Mama saat ini menunjukkan Mama sedang hamil anak lelaki.

Ini adalah sekadar perkongsian tidak formal kepada pasangan yang bakal bergekar ibu dan ayah. Walau bagaimanapun ia boleh dijadikan rujukan untuk Mama mengenali jantina bayi Mama.


Bagi Mama yang masih mencari nama yang sesuai untuk bayi lelaki, bolehlah klik di SINI!