KelabMama

TANDA-TANDA MAMA TIDAK PERLU BERPUASA JIKA SEDANG HAMIL

Larat ke? Bayi sihat ke? Pelbagai tanda tanya kini mula berlegar di minda setiap ibu hamil menjelang Ramadan yang hanya tinggal beberapa hari lagi. Kedatangan Ramadan pastinya amat dinanti namun sedikit sebanyak ia meninggalkan kerisauan kepada ibu hamil terutama apabila memikirkan keadaan bayi di dalam kandungan. Pastinya tahap kekuatan diri dan kesihatan bayi yang dikandung kadangkala menjadi sebab mengapa ada antara wanita hamil perlu berbuka puasa.

Walau diberi kelonggaran, kajian perubatan mendapati 70 peratus daripada wanita Muslim yang hamil memilih untuk terus berpuasa sepanjang Ramadan selagi mampu. Pasti ramai yang tertanya-tanya mengenai risiko berpuasa kepada bayi dalam kandungan sedangkan si ibu tidak makan dan minum dalam tempoh lebih 10 jam.

TANDA ANDA PERLU BERBUKA PUASA

Sekiranya ibu hamil mengalami tanda seperti di bawah perlulah segera berbuka:

TIP PEMAKANAN RAMADAN UNTUK WANITA HAMIL

Wanita hamil yang berpuasa mungkin mengalami kesan sampingan seperti hipoglisemia (paras glukosa dalam darah yang lebih rendah daripada normal), ketosis dan dehidrasi. Risiko ini dikatakan meningkat jika berpuasa pada awal kehamilan (trimester pertama atau tiga bulan pertama) kerana biasanya pada fasa ini banyak berlaku komplikasi kehamilan yang kurang menyenangkan. Oleh itu, doktor tidak menggalakkan ibu yang berada pada fasa pertama kehamilan untuk berpuasa. Bagaimanapun, tiada satu nasihat seragam yang boleh digunakan oleh semua wanita hamil yang ingin berpuasa. Namun, dalam keadaan tertentu, doktor akan melarang anda berpuasa sekiranya anda mengalami:

Sumber: Dr Zubaidi Ahmad & Harian Metro