KelabMama

Awas Mama! 8 Tanda Kanser Rahim Yang Perlu Diambil Perhatian

doktor menerangkan tanda kanser rahim

Kanser rahim merupakan sejenis kanser yang dialami oleh wanita di seluruh dunia dan terdapat beberapa tanda kanser rahim yang perlu diketahui. Kanser rahim adalah sejenis kanser melibatkan sel endometrium yang membarisi permukaan rahim wanita. Ianya adalah sejenis kanser yang berkembang pada rahim wanita dan lazimnya tidak mempunyai gejala pada peringkat awal.

Gejala kanser selalunya tidak dirasai oleh pesakit sehinggalah ia telah merebak ke tisu dan organ. Tanda-tanda kanser rahim sukar untuk dibezakan dengan gejala penyakit lain kerana pada peringkat awal, penghidap mungkin tidak menunjukkan sebarang gejala.

Kanser rahim tidak mempunyai ujian saringan yang rutin seperti pap smear yang digunakan untuk menyaring kanser serviks.

Walaupun pap smear tidak digunakan untuk mendiagnosis kanser rahim, namun ia boleh menunjukkan keputusan tidak normal. Oleh itu, penting bagi setiap wanita untuk lebih peka melakukan ujian pap smear.

Di bawah ini terdapat beberapa tanda kanser rahim yang perlu Mama berikan perhatian.

Tanda Kanser Rahim Dalam Kalangan Wanita

1) Pendarahan faraj yang tidak normal

Kredit gambar : ohmedia.my

Pendarahan faraj berlaku sebelum atau selepas melakukan hubungan seks. Bagi mereka yang telah mencapai usia menopaus, pendarahan tidak normal dianggap sebagai pendarahan yang berlaku selepas setahun anda tidak mengalami pendarahan haid.

Pendarahan selepas usia menopaus merupakan tanda kanser rahim yang paling jelas. Cecair yang keluar dari faraj juga antara tanda kanser rahim yang paling selalu terjadi.

Cecair ini mungkin berbau kurang menyenangkan, termasuk dengan darah atau dalam bentuk keputihan.

2) Kitaran haid tidak normal

Kredit gambar : hot.liputan6.com

Bagi mereka yang belum menopaus, kitaran haid yang tidak teratur adalah berlakunya pendarahan faraj yang tidak normal adalah pendarahan yang banyak dan lama ketika haid iaitu melebihi 7 hari.

Pendarahan yang berlaku di antara 2 waktu haid dalam kitaran normal haid. Haid yang berlaku pada setiap 21 hari atau lebih awal.

Kitaran haid yang tidak teratur adalah lebih pendek daripada 21 hari atau lebih lama daripada 35 hari. Namun, Mama kena faham juga yang tidak semua masalah haid tidak normal adalah disebabkan oleh kanser rahim.

3) Sakit pada bahagian pinggul sewaktu melakukan hubungan intim tanda kanser rahim

Kredit gambar : www.anlene.com

Seperti masalah kanser lain, penghidap kanser rahim mungkin tidak menunjukkan sebarang gejala para peringkat awal. Namun, apabila tahap kanser tersebut sudah semakin bertambah, ia boleh menunjukkan tanda kanser rahim seperti sakit di kawasan pinggul.

Ini adalah salah satu tanda kanser rahim yang jarang berlaku. Selain daripada kanser serviks dan jangkitan kelamin, sakit pada bahagian pinggul seperti ada benda asing dibahagian pinggul semasa hubungan seks juga boleh disebabkan oleh kanser rahim.

4) Hilang berat badan

Kredit gambar : www.halodoc.com

Jika seseorang wanita itu mempunyai berat badan yang berlebihan, maka dia juga berpotensi tinggi untuk mendapat kanser rahim. Ini mungkin disebabkan oleh lemak badan yang berlebihan bertindak mengubah keseimbangan hormon dalam tubuh.

Simptom hilangnya berat badan yang berlebihan secara mendadak tanpa senaman dan diet ini juga boleh dikaitakan dengan kanser rahim.

Namun begitu,mereka yang mengalami kekurangan berat badan secara berlebihan ini juga boleh juga dikaitkan dengan pelbagai jenis kanser dan penyakit kronik lain.

5) Rasa sakit ketika kencing

Kredit gambar : health.detik.com

Selain itu rasa pedih dan seolah-olah terbakar ketika kencing,Ia mungkin salah satu tanda kanser. Simptom ini berlaku disebabkan oleh tumor pada kawasan buah pinggang, pundi kencing atau usus besar yang bertindak menekan atau menghalang saluran kencing dan tahi atau kedua-duanya.

Namun begitu tanda ini juga mungkin bermaksud masalah pada pundi kencing atau terkena jangkitan penyakit kelamin.

6) Sakit ari-ari

Kredit gambar : www.medcom.id

Salah satu tanda kanser yang ramai pandang ringan dan mengagap perkara biasa atau sakit biasa adalah mengalami rasa sakit di ari-ari iaitu bahagian bawah abdomen. Kemungkinan besar sakit ini adalah tanda kanser rahim.

7) Perut tidak selesa

Kredit gambar : hot.liputan6.com

Sistem penghadaman juga turut terkesan kerana posisinya yang agak dekat. Perut akan terasa mudah kenyang dan kembung. Sesetengah wanita mudah terasa loya dan mudah terkena sembelit.

8) Kelesuan atau keletihan berpanjangan juga tanda kanser rahim

Kredit gambar : musa.news

Walaupun tidak melakukan sebarang aktiviti, Mama tetap berasa letih. Nafas menjadi singkat dan jantung berdegup lebih laju. Hal ini disebabkan oleh sel darah merah yang berkurangan berbanding sel darah putih. Keadaan inilah yang dinamakan anemia dan sering berlaku pada pesakit kanser.

Perhatikan semua tanda-tanda kanser rahim ini agar ianya dapat dirawat dengan lebih awal. Semoga dijauhkan bagi yang sihat, dan dipermudahkan bagi yang telah disahkan menghidapinya.


Ikuti pelbagai tips dan info menarik mengenai kesihatan wanita di SINI.