KelabMama

Tanda Badan Mama Penuh Toksin Melekat Di Dinding Usus. Cuba Semak!

Kulit boleh diumpamakan seperti ‘skrin televisyen’ yang memaparkan apa yang berlaku di dalam tubuh manusia. Kalau tubuh tak sihat, banyak toksin, ia boleh dikesan melalui kulit tak berseri, pucat, berjerawat dan kusam. Bukan setakat penyakit saja, kulit juga umpama ‘agen’ sama ada seseorang itu diselubungi perasaan tenang, gembira atau sebaliknya.

Justeru, setiap orang pastinya mahu kelihatan segar, bertenaga, berseri dan mempunyai kulit yang mulus menawan. Seringkali kita mengutamakan kecantikan dengan memberi penekanan terhadap penampilan luaran. Tak kira lelaki mahupun wanita, masing-masing sanggup mengeluarkan sejumlah wang untuk membeli set penjagaan kulit, makanan tambahan dan juga vitamin.

Toksin Keluar Dalam Bentuk Cela Wajah

Namun, tak ramai yang terfikir untuk melakukan pembuangan toksin dalam badan. Buat pengetahuan mama, kalau mama tak pernah buang toksin sejak lahir sampai umur mama cecah 30 tahun, bermakna dah bermacam jenis sisa toksin terkumpul dalam badan mama dan ini boleh menjejaskan kesihatan mama.

Mama selalu risau kulit kusam, berjerawat, pucat tapi sebenarnya inilah hasil akibat pengumpulan toksin dalam badan. Secara umumnya, jerawat, alahan, selesema, bau badan ni terjadi kerana proses pembuangan toksin yang sepatutnya berlaku dalam badan mama tidak terjadi. Jadi, toksin itu keluar dalam bentuk cela pada kulit manusia.

Simptom yang Mama Siti senaraikan ni hanya yang boleh dilihat di wajah. Tapi, toksin yang tak dibuang dalam organ tubuh badan mama boleh mengakibatkan kesan yang sangat teruk.

Peranan Hati & Usus Dalam Detox

Toksin dalam aliran darah menimbulkan beban kepada hati untuk menjalankan proses penyahtoksin secara berkesan dan hasilnya nutrien tidak dapat sampai kepada sel yang memerlukannya.

Definisi buang toksin atau lebih popular dengan sebutan detox sebenarnya amat berkait rapat dengan sistem pencernaan dan hati manusia. Kebanyakan daripada kita menganggap detox ni hanya melibatkan bahagian pencernaan, tapi amat penting untuk kita ketahui bahawa organ hati juga memainkan peranan penting dalam pembuangan toksin, iaitu menerusi pembuangan air kencing.

Toksin boleh ditemui dalam hampir semua organ manusia, dimana sebahagian besarnya terhasil apabila sisa makanan yang tak dicerna sepenuhnya, pengambilan ubat-ubatan kimia, merokok, pengambilan minuman keras dan pemakanan yang tak seimbang, tak dapat dikeluarkan dari dalam tubuh.

Jadi, sisa-sisa ni akan terkumpul di mana-mana bahagian tubuh manusia. Sisa ni akan terkumpul untuk satu tempoh masa yang lama dan menghasilkan toksin. Sisa terkumpul ni boleh dikeluarkan secara semula jadi melalui dua organ utama iaitu hati dan usus.

Rutin Pembuangan Air Besar Terganggu

Antara kaedah penyingkiran toksin secara semula jadi ialah melalui perkumuhan seperti buang air besar yang perlu berlaku sekurang-kurang sekali sehari bagi manusia normal. Mengikut kajian, wanita lebih kerap mengalami masalah buang air besar berbanding lelaki. Hah, kenapa pula macam tu?

Jika badan tak pernah detox, ia akan menyebabkan pengambilan makanan berkhasiat menjadi kurang bernilai.

Sebenarnya masalah ni berkaitan dengan corak pemakanan yang tak betul seperti kurang mengambil makanan berserat dan minum air masak, kurang bersenam serta pengambilan ubat termasuk ubat untuk kurus.

Sebarang pengambilan ubat kurus yang melawaskan pembuangan air besar akan menyebabkan gangguan pada rutin perkumuhan, lebih-lebih lagi apabila mereka menghentikan pengambilan ubat tersebut. Pengambilan ubat-ubatan ini akan menyukarkan lagi proses pembuangan air besar yang mengakibatkan sembelit.

Proses membuang air besar yang normal dan baik untuk seseorang ialah sekali sehari. Tapi jika seseorang tak buang air dengan kadar yang sepatutnya, kemungkinan besar, najis yang berada di dalam usus akan menjadi hitam dan melekat pada dinding usus dan seterusnya menjadi toksin dalam tubuh.

Tanda-Tanda Badan Mama Penuh Toksin

Seperti yang kita tahu, banyak penyakit bermula daripada usus, sebab organ tersebut merupakan tempat pengumpulan toksin. Jadi, bila toksin tersebut tak dikeluarkan, ia akan diserap semula ke dalam badan. Justeru, bila tubuh tak menjalani proses detox atau nyah toksin sejak lahir, tubuh kita akan mula menghantar amaran bahawa badan kita penuh dengan toksik.

Kegagalan badan untuk menyah toksin menyebabkan seseorang mengalami masalah kulit serta bau badan yang tak menyenangkan.

Semua ni adalah tanda-tanda bahawa tubuh mama perlu menjalani proses nyah toksin bagi membersihkan ruang yang tersumbat. Detox umpama agen pencuci yang ‘mengikis’ sisa buangan yang melekat di dinding usus dimana ia tak pernah dibuang dalam tempoh yang sepatutnya.

Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa jika seseorang mempunyai toksin yang berlebihan dalam badan ia bukan saja akan menjejaskan fungsi anatomi tubuh tetapi emosi juga. Individu yang kerap marah-marah, emosional sering dikaitkan dengan kandungan toksin yang berlebihan dalam tubuh.

Detox Tak Sesuai Untuk Ibu Mengandung

Ibu mengandung atau yang sedang menyusukan bayi tak disarankan untuk detox. Tapi kalau mama sedang merancang kehamilan, lain pula ceritanya. Ibu-ibu yang merancang ni boleh amalkan detox sambil mengambil ubat seperti asid folik untuk perkembangan janin.

Bila mama selalu detox, ia secara tak langsung menyediakan tubuh badan yang lebih bersih untuk mama mengandung kelak. Bila waktu yang sesuai untuk proses detox? Selepas bersalin dan menyusukan anak. Ini penting untuk kembalikan kesegaran serta susuk tubuh yang lebih segar dan menawan.

Bagaimana Nak Buang Toksin?

Banyakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan selain pastikan minum air secukupnya supaya proses pembuangan air besar berjalan lancar.

1. Diet Air

Antara cara yang popular digunakan untuk membuang toksin ialah diet jus dan diet air. Minum air yang mencukupi merupakan cara mudah dan murah untuk menyingkirkan toksin berlebihan dalam badan.

2. Cuci Usus (Colonic Irrigation)

Tapi ada juga yang memilih cara yang lebih ekstrem iaitu melalui proses yang dinamakan colonic irrigation atau mencuci usus. Cara ini dibuat dengan memasukkan tiub ke dalam usus dan menyedut kotoran yang ada di dalamnya. Cara ni agak mahal dan hanya boleh dilakukan oleh pengamal perubatan yang diiktiraf.

Sumber: audelabeauty

BACA JUGA KANSER USUS MERUPAKAN KANSER KEDUA TERTINGGI BAGI KAUM LELAKI

Pesan Mama Siti:

Kalau mama rasa susah sangat nak detox, kena beli buah dan sebagainya, usahakan untuk banyak minum air. At least, tiga liter sehari. Cara paling mudah, murah dan berkesan. Jangan lupa untuk minum air bila mama mula rasa dahaga. Kalau air kencing mama warna kuning pekat, minum air banyak-banyak supaya boleh buang balik segala toksin yang terkumpul dalam tubuh.