KelabMama

Susu Biasa VS Susu A2 Protein – Adakah Jenis Susu Penting Untuk Anak-anak?

“Taknakkkk, Mama, saya taknak minum susu tu lah!” Dan drama dipagi hari pun bermula…itulah anak saya yang dahulunya sering meminta susu, tetapi sekarang, seteguk pun taknak! 

Dan sebagai seorang ibu yang masih cetek pengetahuan, saya fikirkan anak saya hanya mengamuk. Sehinggalah ada satu hari, saya tersedar bahawa anak saya sering mengalami ketidakselesaan pada perutnya selepas minum susu. 

Saya terus mendapatkan nasihat pakar, dan apa yang dimaklumkan oleh doktor selepas itu agak mengejutkan bagi saya. Saya dimaklumkan bahawa anak saya sebenarnya mempunyai alahan terhadap susu yang diberikan kepadanya – dek kerana reaksi imunisasi badannya terhadap salah satu jenis Protein yang terkandung di dalam susu. “Eh, selama ni saya ingatkan semua susu mengandungi protein yang sama je. Tak tahu pulak ada 2,3 jenis protein dalam setiap susu.” 

Sejak itu, barulah saya tahu bahawa sebenarnya susu biasa mengandungi dua jenis protein – A1 Protein dan A2 Protein. Dalam masa yang sama, terdapat juga jenis susu A2 Protein, yang hanya mengandungi A2 Protein; dan kedua-dua protein ini memberi kesan yang berbeza kepada tubuh badan kita. 

“Tapi, apakah yang membezakan antara susu biasa dan susu A2 Protein?”

Untuk pengetahuan semua, badan kita sebenarnya ‘breaks down’ A1 Protein (bukan A2 Protein) menjadi pecahan protein yang dipanggil ‘beta-casomorphin-7 (BCM-7); dimana ia boleh menyebabkan keradangan pada bahagian perut. 

BCM-7 yang terdapat dalam susu biasa akan menyebabkan ketidakselesaan perut, keradangan, dan pelbagai gejala lain yang hampir sama dengan mereka yang mengalami laktosa intoleransi.

Berdasarkan satu kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Nutritisi pada tahun 2016 telah menunjukkan bahawa peserta yang meminum susu yang mengandungi A2 Protein sahaja selama dua minggu tidak mengalami keradangan dan ketidakselesaan perut yang kerap berbanding dengan peserta yang minum susu mengandungi A1 Protein. 

Kajian yang sama juga menasihatkan orang ramai supaya mengambil susu A2 Protein sahaja untuk mengelakkan sebarang keradangan dan ketidakselesaan perut.

Tambahan pula, susu A2 protein juga memberikan pelbagai manfaat pada kesihatan anak kecil kita. Berikut merupakan khasiat susu A2 Protein yang Mama harus tahu. 

Manfaat Kesihatan Susu A2 Protein Kepada Anak-Anak 

Dan banyak lagi! Untuk pengetahuan Mama, sebaik sahaja saya yakin bahawa saya harus menukar kepada susu yang baru untuk anak-anak, saya mendapati Susu A2 Protein DiamondPure® keluaran A2 Milk Marketing Sdn Bhd merupakan susu yang sesuai untuk mereka dan seisi keluarga. 

Seperti namanya, Susu A2 Protein DiamondPure® hanya mengandungi protein A2 beta-casein, yang memberikan keselesaan lebih baik kepada sistem pencernaan kita. Susu A2 Protein DiamondPure® adalah 100% semulajadi, tidak mempunyai A1 protein, bebas bahan pengawet dan penambah perasa, serta tidak dihasilkan secara genetik. Yang lagi best, susu ini didatangi dalam dua saiz: 1L (pek keluarga) dan 300ml (untuk satu hidangan). 

Bagi pengguna Muslim, Mama boleh yakin dengan susu ini kerana ia telah disahkan Halal oleh Jakim. Nak tau lagi manfaat kesihatan lain mengenai susu A2 Protein? Haa jom tonton video di bawah: 

Selain itu, apa yang membuatkan saya (dan keluarga) jatuh hati dengan Susu A2 Protein DiamondPure® ialah kerana empat varian ini – dan kami seisi keluarga sangat sukakan keempat-empatnya!

1 – Susu dengan Madu Manuka

Gabungan susu semulajadi dengan madu Manuka. Madu Manuka sangat terkenal dengan ciri antibakteria, antiviral, dan anti-radang. Ia turut membantu mengurangkan gula dalam darah dan juga mengurangkan tahap kolesterol.

2 – Susu dengan Serat Inulin 

Thorrrbaik. PALING LOVE. 

Serat inulin yang terkandung dalam susu ini merupakan serat tumbuhan yang larut, yang berkesan membantu sistem pencernaan, dan meningkatkan fungsi dan kesihatan usus dengan bertindak seperti prebiotik. Ia juga membantu dalam mengawal selera makan dan meningkatkan kesihatan jantung dalam jangka masa panjang. 

Susu A2 Protein DiamondPure® dengan Inulin Serat juga merupakan alternatif terbaik kepada susu biasa anda kerana ia tidak mempunyai perasa. Rasanya juga seperti susu biasa! Ini merupakan ‘HERO’ antara kesemua empat varian Susu A2 Protein DiamondPure® di pasaran dan sudah semestinya Mama juga tidak mahu ketinggalan untuk mendapatkannya!

3 – Susu dengan Kiwi

Susu ini dirumus khas dengan enzim buah kiwi sebagai bahan utama dan digabungkan dengan serat inulin dan madu Manuka. Kiwi, sebagai nutrien utama untuk varian ini membantu memperlahankan proses penuaan (sesuai sangat untuk Mama yang nak ‘maintain’ awet muda!)

4 – Susu Rendah Lemak dengan Madu Manuka

Susu ini sesuai untuk Mama atau ahli keluarga yang perlu mengawal diet. Digabungkan dengan madu Manuka, susu ini membekalkan kalsium dan vitamin D yang dapat menguatkan pertumbuhan gigi dan tulang anak-anak.

Kini, memberi anak-anak minum susu menjadi lebih mudah (dan jangan terkejut kalau anak-anak sendiri yang nak!) dengan Susu A2 Protein DiamondPure®. Mama boleh mendapatkan Susu A2 Protein DiamondPure® di Motherhood.com.my* pada harga diskaun sehingga 53% (sehingga 30 April 2020) untuk empat paket 1L atau di kedai runcit premium terpilih di sekitar Lembah Klang seperti di Jaya Grocer, Village Grocer, AEON, dan banyak lagi. 

* Untuk pesanan online, pembekal Susu A2 Protein DiamondPure® hanya melakukan penghantaran di kawasan Lembah Klang sahaja – Putrajaya, Cyberjaya, Subang Jaya, Taman Desa, TTDI, Damansara Utama, Ara Damansara, Petaling Jaya, Shah Alam, Cheras, Kuala Lumpur, Bangi, Ampang, Desa Park City, dan lain-lain. Sebarang permintaan penghantaran khas ke kawasan Seremban juga boleh diaturkan. Anda hanya perlu menghantar mesej di Facebook Messenger Motherhood.

Untuk maklumat lanjut mengenai Susu A2 Protein DiamondPure®, layari laman web rasmi DiamondPure® hari ini! Ketahui lebih banyak manfaat kesihatan mengenai Susu A2 Protein ini di Facebook & Instagram DiamondPure®. Taste it to love it. Jom dapatkannya sekarang!

Artikel ini diolah daripada Motherhood.com.my (versi Bahasa Inggeris).