KelabMama

Suri Rumah Tak Perlukan Pam Susu Pun Sebenarnya! Betul Ke Mama?

Terus menyusu anak atau menggunakan pam susu? Topik ni sentiasa menjadi perbualan hangat, terutamanya bagi para ibu yang masih menyusu si manja. Dan ia kembali menjadi topik hangat dalam kalangan suri rumah sepenuh masa. Perlu atau tidak breastpump ini sekiranya Mama adalah seorang housewife?

Ikuti perkongsian daripada DocMummy seorang Kaunselor Laktasi Bertauliah dan Tukang Urut Laktasi tentang penjelasannya kenapa suri rumah tak perlu beli breastpump ni.

Suri Rumah Tak Perlu Beli Breastpump!


Iya puan-puan dan tuan-tuan. Ini adalah saranan dari saya, seorang kaunselor penyusuan yang telah banyak menyantuni ibu- ibu yang menyusukan anak. Sebelum anda marah pada saya, mohon baca hingga selesai penulisan saya ini, ye.

Lambakan produk pam susu membuatkan ramai menyangka breastpump adalah benda yang wajib apabila menimang cahaya mata. Tetapi jika ibu adalah suri rumah sepenuh masa, saya ulangi ye, suri rumah sepenuh masa, lebih penting memberikan penyusuan secara langsung (direct feeding).

Antara kelebihan penyusuan secara langsung:

Ada yang bertanya kepada saya:

“Bagaimana jika ibu suri rumah mengalami bengkak susu?”


Ibu WAJIB belajar dan tahu tentang teknik perahan tangan (marmet). Menggunakan breastpump semasa payudara bengkak boleh menyebabkan susu bertambah banyak dan bengkak semakin teruk. Ingat, konsep penyusuan adalah ‘Supply and Demand’. Semakin banyak susu dikeluarkan, maka akan semakin banyak susu dihasilkan!

Golongan Mana Yang Perlu Menggunakan Pam Susu?

Bagaimana jika bayi tidak mahu minum susu secara langsung? Penting untuk ibu dan bayi belajar untuk menyusu secara langsung di awal kelahiran. Kerana itu tidak digalakkan menggunakan botol semasa bayi berusia kurang sebulan. Hal ini boleh menyebabkan bayi menjadi keliru puting.

Walaupun saya ada menjual breastpump, saya tidak menggalakkan ibu suri rumah sepenuh masa menjadi Exclusive Pumping mum (ibu yang hanya memerah susu).

Kenapa Ibu Suri Rumah Tangga Tidak Digalakkan Menjadi Exclusive Pumping Mum?

1. Kewangan

2. Jangkitan kuman

3. Lebih mudah terkena bengkak susu yang boleh menjadi radang payudara/mastitis yang akhirnya boleh menjadi nanah

4. Ibu stress

5. Kurang ‘bonding’ dengan anak

6. Risiko susu terlalu banyak

Take Note Mama!

Ingat, FEED YOUR CHILD, NOT YOUR FRIDGE! Susu itu yang penting CUKUP.

Bagi ibu yang terpaksa menjadi EP mum, saya faham. Anda telah berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk anak anda. Anda memang hebat. Bukan mudah untuk menjadi EP mum. Banyak cabaran yang anda lalui.

Dan semestinya, susu ibu itulah susu yang terbaik untuk anak anda. Saranan saya ini BUKAN UNTUK MENGECAM EP MUM, hanya sekadar saranan dan pesanan khas buat pasangan yang baru menimang cahaya mata.

Penting mendalami ilmu penyusuan agar ibu-ibu dapat menyusukan anak dengan bahagia. Dapatkan bantuan kaunselor terdekat anda sekiranya anda ada masalah untuk menyusukan anak secara langsung, ye.

**Tambahan: Ibu yang bayi admit ward lama, baby prem, yang sakit atau down syndrome yang tak boleh direct feed, memang perlu untuk pam susu.

Tak dinafikan, ia adalah hak masing-masing – sama ada untuk menyusu si manja secara terus atau dengan mengepam dan memberikan botol susu. Tetapi, Mama Siti sendiri rasakan adalah lebih baik untuk berjimat selagi boleh, terutamanya untuk suri rumah.

Kredit: DocMummy


Dapatkan lebih banyak tips penyusuan si manja di SINI.