KelabMama

Take Note Papa! Cara Suami Boleh Bantu Isteri Menyusukan Anak

Selepas melahirkan cahaya mata, Mama pula perlu fokus untuk menyusu, berpantang dan menyihatkan diri. Sebagai suami, Papa juga harus memainkan peranan dalam meringan beban dan cabaran baharu Mama bersama anak kecil, terutamanya dalam hal menyusukan anak.

Betul, sesetengah ibu bapa akan berikan susu formula dan Papa boleh membantu menyusukan si manja dengan berikan botol susu. Tetapi bagi ibu yang menyusu badan pula, macam mana Papa boleh tolong susukan?

Jom lihat tips ini untuk Papa bantu Mama menyusukan si manja.

“Eh macam mana suami nak susukan anak?”

Sebenarnya, ada cara-cara Papa boleh tolong si Mama ni ya, dengan minda yang terbuka dan sentiasa mahu menolong Mama.

Jom baca panduan ini dan praktikkannya!

6 Panduan Untuk Papa Tolong Mama Menyusukan Anak

1. Tolong basuh peralatan pam payudara

Semua orang tahu, membasuh pinggan ke, peralatan memasak ke, memang annoying. Nampak remeh, tetapi apabila digunakan setiap masa, Mama terpaksa membasuh peralatan tersebut selepas mengepam.

Papa boleh ambil inisiatif dan bantu membasuh pam payudara selepas Mama selesai menggunakannya. So Mama pun boleh fokuskan diri dengan kerja-kerja lain.

2. Handle tugas rumah tangga

Ini merupakan salah satu yang bantuan yang secara automatik akan terletak pada suami, terutamanya bagi isteri yang baru bersalin dan sedang berpantang. Mama sudah penat menyusukan bayi, jadi Papa boleh bantu ringankan beban isteri dengan memastikan rumah sentiasa kemas dan bersih.

Dalam erti kata lain, encik suami boleh take over tugas-tugas lain di rumah disamping Mama fokus menyusukan si manja yang lapar tu!

3. Take over hal anak-anak lain

Bagi mereka yang mempunyai lebih daripada seorang anak, cik Suami perlu menjadi cekal untuk uruskan anak yang lain. Check homework mereka, baju sekolah mereka ke. Jangan biarkan mereka kacau ibu dengan hal-hal lain. Mama mungkin akan berasa tertekan dan terbeban jika ini berlaku.

Bukan tu sahaja, mungkin susu pun tak dapat keluar dengan bagus tau! Take note please! Dengan Papa yang menguruskan hal anak-anak, nanti secara tidak langsung ia akan mewujudkan bonding antara Papa dan si manja. Barulah anak lebih memahami dan merasai kasih sayang dan perhatian seorang bapa dan bagaimana Papa lah hero pertama mereka.

4. Tolong kejutkan isteri bangun susukan bayi

Haa, yang ni Papa kena tengok dahulu jike mereka perlukan susu ataupun perlu menukar lampin. Jika bayi perlu menukarkan lampin sahaja, Papa boleh bantu isteri Papa dengan buat sendiri. Selepas tukar, baru kejutkan Mama untuk menyusu. Rajin-rajinkan diri untuk bangun ya Papa!

5. Tolong uruskan bayi selepas menyusu

Selepas Mama menyusu tu, si suami pula boleh take over. Boleh sendawakan bayi, mendukung, mandikan atau tidurkan mereka hingga lena. Tenaga Mama akan berkurangan apabila menyusukan anak ni. Jadi mereka pun perlukan rehat secukupnya.

6. Rajinkan diri cari info tentang penyusuan

Untuk memahami sesuatu, kita sebagai bapa pun perlu buat research tau. Bukan Mama sahaja yang perlu mencari info dan ilmu tentang penyusuan sebaliknya si ayah juga perlu buat yang sama.

Ilmu menyusu ni perlu ada supaya nanti Papa boleh bantu isteri dari segi proses penyusuan, kepada cara penyimpanan susu yang betul. Barulah si isteri rasa lebih disayangi dan dihargai.

Pesan Mama Siti

Anak akan lapar pada bila-bila masa sahaja, sebab itulah cik suami juga perlukan ilmu menyusu ni. Kadang-kadang Mama terpaksa menyusu di tempat awam. So mereka perlukan bantuan dan sokongan daripada suami. Sewaktu mereka menyusu, cik suami boleh tolong pakaikan ‘nursing cover‘ untuk Mama sebagai pelindung semasa menyusukan si manja!