KelabMama

7 Snek Berkhasiat & FUN Yang Boleh Naikkan Mood Anak-anak Buat Homework

Anak Mama mungkin mengalami masa yang sukar untuk memberi tumpuan semasa membuat homework, tetapi dengan snek yang berkhasiat dan betul, mereka pasti boleh mendapatkan fokus seratus peratus.

Jom kita tengok snek-snek menarik ini:

7 Snek Berkhasiat dan Menarik ‘Teman’ Anak-anak Buat Homework

#1 Popcorn

Popcorn bukan sahaja sangat sesuai untuk menonton wayang, tetapi popcorn yang tidak mempunyai gula berlebihan atau karamel sangat sesuai untuk teman anak-anak buat kerja sekolah.

Dengan tekstur yang rangup, mesti mereka lebih terjaga dan fokus. Popcorn sebenarnya tinggi serat dan boleh kurangkan risiko penyakit jantung, diabetes, beberapa kanser dan masalah kesihatan lain.

#2 Keju

Selalu makan keju dengan makanan yang bergoreng kan? Walau bagaimanapun, anak-anak boleh cuba makan keju untuk memuaskan nafsu makan mereka. Nak lebih menarik, anak-anak Mama juga boleh makan biskut dan keju untuk menyedapkan lagi hidangan yang simple ni!

Terdapat beberapa khasiat apabila makan keju semasa sesi pembelajaran seperti kalsium, lemak, dan protein yang hebat. Ia juga mengandungi jumlah vitamin A dan B12 yang tinggi, serta memberikan nutrien zink, fosforus, dan riboflavin.

#3 Anggur Beku

Seperti makan ais krim, anggur beku ni sangat mudah untuk makan dan merupakan antara snek berkhasiat untuk anak-anak semasa belajar.

Mama beli je anggur yang sedap, manis dan besar, basuhkan dan kemudian letak dalam bekas dan simpan di bahagian sejuk beku.

Untuk lebih mendapatkan manfaat anggur, Mama beli anggur hitam berbanding anggur lain. Buah-buahan yang lebih gelap cenderung mempunyai lebih banyak antioksidan.

#4 Epal Dan Peanut Butter

Mungkin sedikit aneh tetapi ni snek ni sangat berkhasiat dan confirm sedap Mama! Boleh hiris epal nipis-nipis dan salut bersama mentega kacang yang sihat. Pastikan Mama pilih mentega kacang yang tidak mempunyai gula tambahan. Antara khasiat epal termasuklah membantu menurunkan tekanan darah, kolesterol dan keradangan yang semuanya menyokong jantung yang sihat.

Mentega kacang pula banyak nutrien yang baik dan mempunyai khasiat seperti vitamin E, magnesium, zat besi, selenium dan vitamin B6. Kajian menunjukkan bahawa orang yang kerap makan kacang dan mentega kacang, termasuk mentega kacang, kurang berkemungkinan mendapat penyakit jantung dan diabetes jenis dua.

#5 Bar Muesli

Snek yang manis mungkin senang untuk dicapai di waktu-waktu yang sibuk, tetapi ianya tidak berapa bagus untuk anak-anak yang sedang membesar. Gula tambahan akan membuatkan mereka cepat letih dan lesu.

Sebaliknya, cuba berikan mereka bar Muesli. Kalau boleh, tanpa atau kurang gula. Khasiat Muesli termasuklah sumber lemak, serat dan mineral yang sihat seperti zat besi, yang penting untuk darah mereka. Magnesium dalam Muesli pula membantu kesihatan usus dan otak anak-anak.

Dalam pada itu, Mama juga boleh cuba resepi-resepi yang mudah untuk buat homemade Muesli bar ni! Mungkin Mama akan rasa lebih selamat bila Mama sendiri yang buat snek ini.

#6 Salad Buah

Mahukan variasi dalam mangkuk buah? Cuba buatkan si Manja salad buah! Ianya snek ringan dan berkhasiat untuk dinikmati oleh mereka yang hendak buat homework.

Mama boleh potong apa-apa sahaja buah yang ada dalam peti sejuk dan tambahkan yogurt ataupun madu kerana ia mempunya sumber karbohidrat dan vitamin yang bagus!

#7 Coklat Gelap

Mungkin rasanya sedikit pahit, tetapi ianya bagus untuk anak-anak! Kadang-kadang kita mempunyai craving tetapi mahu makan makanan yang sihat, cubalah coklat gelap ni. Coklat gelap dapat membantu anak-anak fokus dan habiskan homework mereka.

Ia cara yang mudah untuk merangsang tumpuan dan meningkatkan mood. Khasiat coklat gelap termasuklah kaya dengan antioksidan melawan penyakit. Kajian menunjukkan ia boleh membantu mengurangkan tekanan darah dan mengurangkan risiko penyakit jantung.

Banyak bukan snek berkhasiat dan menarik yang boleh Mama cuba beri pada si Manja waktu mereka belajar? Semoga bermanfaat!


Dapatkan lebih banyak resepi snek menarik di SINI!