KelabMama

Awas! Panduan Penggunaan ‘Skincare’ Yang Selamat Semasa Mengandung

Walaupun sesetengah Mama sangat bertuah sebab cantik dan bebas apa-apa cela selama 9 bulan, Mama yang lain mungkin mengalami sekurang-kurangnya satu masalah kulit baru ataupun masalah kulit yang semakin teruk. Yang paling biasa pun mesti:

“Perlu ke pakai skincare mahal-mahal tu?”

Daripada fikir yang mahal atau tidak, cuba untuk pilih skincare semasa mengandung yang tidak mempunyai bahan yang berbahaya, dan selamat untuk wanita hamil.

Pastikan TIADA Bahan-bahan Ini Dalam Skincare Semasa Mengandung!

Retinoid Dan Retinol

Bagi para Mama yang mempunyai masalah jerawat yang sangat teruk, mungkin Mama tergoda untuk menggunakan retinol ataupun retinoid untuk merawat masalah jerawat ini. Tapi awas Mama! Sedikit tentang retinol dan retinoid ni, ia boleh didapati dalam bentuk ubat (acitretin dan isotretinoin) dan topikal (krim dan serum).

Ia digunakan sebagai ramuan penjagaan kulit kerana sifatnya yang melawan jerawat dan anti-penuaan. Mereka membantu dalam rangsangan kolagen dan elastin, menghasilkan kesan gebu pada kulit.

Walau bagaimanapun, sangat dinasihatkan untuk tidak digunakan jika waktu hamil atau planning untuk hamil.

Pengambilan ubat retinoid masa kehamilan boleh memberi pelbagai kesan pada embrio dan janin seperti keguguran, kelahiran pramatang, dan pelbagai kecacatan kelahiran.

Retinoid topikal pula harus dielakkan tau Mama! Sebagai langkah berjaga-jaga. Antara bahan yang Mama harus elak termasuklah:

Hydroquinone

Hydroquinone adalah bahan pencerah kulit yang digunakan untuk merawat melasma dan bintik-bintik gelap. Ok, mungkin kajian tidak berapa banyak untuk membuktikan potensi bahayanya, badan Mama boleh menyerap bahan ini dengan jumlah yang besar kalau nak dibandingkan dengan bahan penjagaan kulit yang lain.

Oleh itu, hydroquinone harus dielakkan sebab ia menimbulkan terlalu banyak risiko kepada bayi Mama. Bahan kimia itu akan masuk aliran darah dan mungkin tembus plasenta, hingga ia meningkatkan risiko kecacatan atau masalah lain pada bayi Mama.

Arbutin

Haa, satu lagi bahan yang Mama perlu berhati-hati ialah arbutin. Ia adalah bahan pencerah yang terdapat dalam produk pencerahan kulit. Masalahnya bukan arbutin tapi derivatifnya, seperti alpha-arbutin, digunakan pada kulit, kedua-duanya terurai kepada hidrokuinon.

Mama Siti ulang suara, ini boleh memudaratkan anak dalam perut tu. Elakkannya tau Mama!

Asid Salisilik (SA)

Asid salisilik (Salicylic Acid) selalunya digunakan untuk merawat jerawat. Ia boleh didapati dalam pelbagai rupa dan bentuk, seperti:

Seperti retinoid, asid salisilik mempunyai tahap asid yang tinggi yang boleh menyebabkan kecacatan dalam kelahiran menurut kajian yang telah dilakukan.

Rata-rata doktor menasihatkan para ibu untuk menggunakan produk yang mengandungi tidak lebih daripada 2% asid salisilik.

Mama Siti faham, mungkin Mama rasa kepekatan bahan yang rendah yang tak selalunya bahaya. Tapi seeloknya, elakkan daripada menggunakannya semasa mengandung sepenuhnya.

Kadang-kadang kita tak boleh agak tahap sensitiviti dan fragile seorang ibu hamil. Don’t underestimate your pregnancy Mama!

Paraben

Paraben adalah bahan pengawet yang biasa sangat Mama nampak dalam produk kosmetik dan penjagaan diri seperti syampu yang membantu menghalang pertumbuhan bakteria dan memanjangkan shelf life produk.

Antara isu kehamilan adalah termasuk keguguran, berat lahir rendah, obesiti, pertumbuhan janin terjejas, kehamilan berkurangan, semput dan masalah mental seperti kebimbangan atau kemurungan.

Mama jangan main-main! Eropah telah mengharamkan lima paraben berbeza, iaitu, isopropilparaben, isobutylparaben, phenylparaben, benzylparaben, dan pentylparaben. Oleh itu, kita harus berhati-hati!

Minyak Pati

Untuk menjimatkan duit Mama, mesti Mama cuba buat home remedy kan? Tapi kadang-kadang ia tidak membuahkan apa-apa hasil ataupun manfaat untuk kesihatan kita. Contoh yang paling jelas adalah minyak pati.

Kalau stres-stres mesti Mama pasang humidifier untuk pakai minyak aromaterapi kan? Tapi sesetengahnya orang tak tahu pun bahayanya minyak ini semasa kehamilan.

Yang paling berbahaya (dalam kepekatan tinggi) ialah:

Tapi minyak juga mempunyai pelbagai kepekatan yang berbeza, susah juga untuk mengatakan sama ada ia baik atau tidak.

Jika dielakkan insyaAllah ia dapat elakkan Mama daripada risiko yang berbahaya semasa kehamilan. Untuk selamat, dapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan sebarang badan dan skincare semasa mengandung, serta pastikan pendedahan Mama dengan minyak pati berada pada tahap minimum semasa kehamilan Mama!


Dapatkan lebih banyak tips penjagaan kulit di SINI!