KelabMama

Sindrom MRKH Menyebabkan Wanita Tiada Rahim, Bukan Mandul!

Sindrom MRKH Menyebabkan Wanita Tiada Rahim, Bukan Mandul!

Sindrom Mayer-Rokitansky-Küster-Hauser (MRKH)

Wanita yang tak ada rahim ni mempunyai Sindrom Mayer-Rokitansky-Küster-Hauser (MRKH). Sindrom ini dinamakan atas 4 orang doktor yang pertama kali menjumpai keadaan ini. Sindrom ini berlaku pada wanita dan ia menganggu sistem peranakan wanita.

Menurut beliau, sindrom MRKH ni berlaku sebelum lahir lagi. Sindrom ini mengakibatkan faraj dan rahim jadi tak berkembang atau pun tiada, walaupun luarannya nampak seperti perempuan biasa.

Biasanya, wanita yang dilanda masalah ni akan mengalami masalah tak datang period yang pertama, walaupun dah berusia 16 tahun.

Perempuan dengan sindrom MRKH ini mempunyai genetik seperti wanita biasa iaitu kromosom (46, XX) dan sepasang ovari yang berfungsi secara normal. Mereka juga akan menunjukkan perkembangan payu dara dan bulu pubis yang normal.

Lazimnya, perempuan yang ada sindrom ini, memang tak boleh hamil, TAPI masih ada alternatif lain. Mereka boleh saja dapatkan anak melalui kaedah assisted reproduction (biasa dilakukan di luar negara – so far kat Malaysia masih belum ada kaedah pemindahan rahim).

Mengikut kajian, setiap satu dalam 5,000 wanita di seluruh dunia menghidap Sindrom MRKH dan keadaan itu memberikan tekanan serta menjejaskan minda golongan itu kerana dianggap wanita tidak sempurna.

Jenis Sindrom MRKH

Sindrom MRKH terbahagi kepada 2 jenis:

Dalam keadaan ini (Sindrom MRKH jenis 2), buah pinggang wanita mungkin terbentuk secara tak normal, atau tempatnya tak normal atau salah satu buah pinggang tak terbentuk. Wanita ini juga mungkin mengalami masalah pada rangka, tulang belakang dan ada yang mempunyai masalah pendengaran dan juga masalah jantung.

Malangnya, kita belum dapat kenalpasti lagi punca masalah ini berlaku. Malah, doktor pun tak berjaya mengesan sindrom ini, sehingga kanak-kanak perempuan terbabit mencecah usia akil baligh.

Selain gagal hamil dan kesukaran dalam hubungan kelamin, pengidap Sindrom MRKH turut mengalami masalah buah pinggang, tulang dan pendengaran.

Jadi, sebelum korang dengan mudah melemparkan tohmahan tak masuk dek akal pada wanita yang tak bernasib baik ini, lebih baik kita bermuhasabah diri. Hakikatnya, terdapat pelbagai masalah kesihatan yang boleh menerangkan kenapa wanita tak boleh hamil.

Bukan saja masalah wanita, lelaki pun boleh ada masalah untuk menyebabkan seseorang wanita tu hamil. Berhentilah mengecam mana-mana wanita yang tak boleh hamil. Korang tak rasa penderitaan mereka.

Usah sewenang-wenangnya melampiaskan kata-kata nista tanpa mengambil kira perasaan orang lain. Lebih baik diam dari berkata-kata sesuatu yang menyakitkan.

Ikhlas,

Doktor yang tak ada rahim

Sumber: Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak

BACA JUGA SAKIT TUMIT & PINGGANG, TANDA RAHIM TIDAK SIHAT

Pesan Mama Siti:

Dalam Al-Quran sendiri kata kalau tak tahu, tanya. Jangan pula pandai-pandai jatuhkan hukum laknat pada wanita yang mengalami masalah tiada rahim ni. Buat mama, sentiasa buat medical check up kalau ada apa-apa problem. Kalau tak pasti terus consult doktor, jangan pula pergi bercakap dengan orang yang tiada ilmu, macam nilah jadinya!