KelabMama

SI MANJA PERLU DIAJAR MENGUNYAH MAKANAN JIKA SUDAH TUMBUH GIGI

Dalam proses pembesaran, akan tiba masanya bayi anda kelihatan terganggu dan letih, sering menggigit tangan, menangis pada waktu malam serta air liur sering meleleh. Ini merupakan satu isyarat yang pasti bahawa bayi anda sedang mengalami kesakitan dalam menghadapi peringkat tumbuh gigi. Buat permulaan, anda boleh mendapatkan nasihat mengenai gegelang gigit yang diisi dengan air yang disejukkan untuk memberikan rasa sejuk dan nyaman bagi melegakan bayi anda. Akhirnya, tiada apa lagi yang lebih baik selain daripada roti kering atau kerak roti bagi bayi anda yang sedang menghadapi peringkat tumbuh gigi. Menggigit-gigit makanan seperti ini akan dapat membantu mereka mengurangkan kesakitan.

Pada masa ini, bayi umumnya sudah bersedia untuk menggunakan gusi dan gigi mereka yang sedang tumbuh serta bertukar kepada makanan rangup. Dalam hal ini, anda perlu menggalakkan bayi anda untuk mengunyah kerana ia merupakan satu kemahiran yang perlu diasah. Jika tidak, dia mungkin akan menghadapi masalah untuk menerima makanan selain daripada makanan yang telah dihancurkan terlebih dahulu.

Kini, waktu makan dengan anak kecil anda pastinya akan menjadi lebih menarik. Dia akan mula mencuba deria rasanya dan menonjolkan sifat ingin tahu. Bayi anda akan suka menyentuh makanannya diikuti dengan mencubanya maka ibu-ibu sekalian bersedialah untuk menghadapi keadaan bersepah.

 

 

 

Sumber:  Heinz Nutritions Consultation