KelabMama

SENAMAN YANG SESUAI UNTUK IBU LEPAS BERSALIN KEMBALI LANGSING & BERTENAGA

Pelbagai perubahan fizikal dan emosi dilalui di dalam tempoh hamil. Salah satu daripadanya adalah penambahan berat badan disebabkan kehamilan. Kebanyakan wanita akan mengalami purata kenaikan berat badan sebanyak 15-20 kg semasa mengandung. Selepas melahirkan anak, anda akan terus kehilangan lebih kurang 6 kg. Selepas itu, anda akan kehilangan berat air dan apabila rahim telah kembali ke saiz asalnya, anda mungkin kehilangan sebanyak 2 atau 3 kg lagi.  Sekiranya anda menyusukan bayi, ini membantu mengurangkan lagi berat badan kerana penghasilan susu badan menggunakan simpanan lemak di dalam tubuh dan mampu membakar lebih banyak tenaga.

 

Harus diingatkan bahawa kenaikan berat badan semasa mengandung berlaku sepanjang tempoh 9 atau 10 bulan. Maka, untuk mengurangkan kembali berat tersebut dan mengembalikan tahap kecergasan anda juga memerlukan masa. Di bulan-bulan awal selepas kelahiran bayi anda, anda tidak seharusnya berdiet kerana tubuh anda memerlukan tenaga serta nutrien yang lebih untuk memenuhi keperluan anda dan juga bayi anda. Anda juga pasti akan kesuntukan atau sukar untuk mencari masa untuk bersenam kerana masih menyesuaikan diri dengan rutin baru sebagai seorang ibu. Terdapat pelbagai petua dan kaedah yang mungkin anda pernah dengar tentang bagaimana mengembalikan tubuh yang langsing dan cergas selepas bersalin. Di antaranya mungkin adalah berkenaan pemakaian bengkung, berurut secara tradisional, petua jangan meminum air sejuk dan sebagainya. Apa yang pasti, bersenam dan pemakanan seimbang merupakan komponen yang penting dalam mengembalikan kecergasan tubuh selepas bersalin.

 

ADAKAH SEBARANG JENIS SENAMAN YANG TIDAK HARUS SAYA LAKUKAN?

Jangan buat senaman aerobik atau berlari dalam masa tiga bulan pertama selepas bersalin untuk memberi peluang kepada otot-otot dan sendi-sendi anda sembuh sepenuhnya daripada kehamilan dan proses bersalin. Jika anda adalah seorang atlit, anda mungkin boleh mula bersenam lebih awal, tetapi bincanglah dahulu dengan doktor anda. Dan jangan teruja untuk mula bersenam sebelum enam minggu kerana terdapat risiko mendapat jangkitan daripada air. Ingatlah, mulakan perlahan-lahan, dengar kata badan anda dan tingkatkan jumlah senaman yang anda lakukan secara beransur-ansur. Jika anda mengalami sebarang kesakitan, berhenti bersenam sehingga anda telah berjumpa dengan doktor.

 

APAKAH JENIS SENAMAN YANG TERBAIK UNTUK SAYA CUBA?

Yoga atau Pilates dan berenang adalah bentuk senaman yang ideal selepas anda bersalin. Ada kelas-kelas yoga dan Pilates khas bagi ibu-ibu selepas bersalin diadakan di bandar-bandar besar. Namun begitu, anda tidak perlu mengikuti kelas untuk kekal cergas. Cukuplah sekadar keluar rumah setiap hari, berjalan sambil menyorong kereta sorong bayi, adalah senaman yang bagus dan dapat membantu meningkatkan mood anda, membantu bayi anda tidur dan memberi anda lebih tenaga.

 

PANDUAN SENAMAN KEGEL

 

 

MULA DENGAN BERJALAN

 

 

 

 

Sumber:  https://kevinzahri.com  / https://www.babycenter.com.my