KelabMama

Senaman Ringkas Di Rumah Buat Mama Beranak Kecil

Senaman Ringkas Di Rumah Buat Mama Beranak Kecil

Mempunyai anak kecil bukanlah alasan untuk Mama tidak melakukan senaman. Walaupun ada anak kecil, Mama masih boleh melakukan senaman yang ringkas tetapi berkesan untuk membakar lemak. Dan yang menariknya, senaman ini tidak akan mengabaikan tanggungjawab Mama untuk menjaga si kecil.

Berikut merupakan tips-tips senaman mudah yang boleh dilakukan di rumah yang sangat serasi dengan gaya hidup seorang mama yang sibuk menguruskan rumah. So, good luck mommies!

#1 Berjalan, berjalan dan terus berjalan

Mama boleh bawa bayi mama di dalam baby sling wrap dan berjalan untuk 30 minit atau lebih di sekeliling perjiranan mama.

Jenis : cardio

Berjalan ni tak semestinya perlu keluar dari rumah. Menjaga anak ni sebenarnya lebih kepada aktiviti fizikal. Bila baby nak tidur contohnya, mama cuba jangan tidurkan baby dengan endoikan dia. Sebaliknya dodoikan baby dengan cara menggendong baby, berjalan ulang alik sambil hayun lembut badan tu sampailah dia terlelap.

Tapi kalau rumah mama bertingkat, lagi bagus! Mama boleh mandikan anak di bilik air tingkat bawah, lepas tu siapkan pakaian anak di bilik tidur tingkat atas. Simple kan?

#2 Melompat

Trampolin sangat berkesan untuk sistem kardiovaskular, terutama kesihatan jantung, pengaliran darah dan pembuluh darah.

Jenis : cardio

Kalau mama ada anak yang dah pandai berjalan, mama boleh ajak anak melompat bersama-sama. Hasilnya, dua-dua beroleh manfaat yang sama. Anak mama gembira, mama pula dapat manfaat senaman cardio juga. Kalau guna trampolin lagi best!

Tapi, andai kata kat rumah tak ada trampolin, mama boleh susun toto dan bantal di atas lantai, dan terjun ke dalam timbunan bantal berulang-ulang. Seronok, seronok jugak, tapi, keselamatan anak jangan lupa tau!

#3 Heavy Lifting

Heavy lifting ni bertujuan untuk membina dan kuatkan balik otot-otot mama. Sebagai mama, biasanya akan tiba waktu-waktu bayi meragam, tak nak tidur dan tak nak duduk sendirian. Nak berdukung saja kadang sampaikan nak memasak pun tak boleh. Kalau ditinggalkan nanti menangis pula. Hati ibu mana tak sayu…

So jom tengok senaman apa yang boleh dibuat ketika anak meragam.

Leg lifting mensasarkan otot rectus abdominis, atau lebih dikenali sebagai otot six-pack.

Letakkan anak atas perut, dan mama lakukan crunches sambil mengacah “cak-cak” ke muka dia. Sesekali, mama panggung kepala sampai boleh cium dahi dia jugak. Kemudian bila si kecil dah bosan, Mama tukar posisi dengan meletakkan bayi di atas tulang kering dan angkat kaki tu berulang-ulang. Sambung main “cak-cak” lagi dengan si kecil sampai la otot mummy dah letih.

Senaman lunges adalah salah satu senaman kardio, yang membakar banyak kalori dan membina otot terutamanya otot di bahagian punggung.

Kedua-dua senaman ni mensasarkan pinggul, peha dan kaki. Senaman ni boleh diaplikasikan untuk mendodoi mahupun menimang anak. Sama seperti tips berjalan seperti awal tadi.

Jadi mama yang dekat rumah tu boleh la cuba senaman-senaman ringkas ni. Boleh buat dengan si manja mama tu. Selain dapat jamin kesihatan mama yang tip top, hubungan mama dengan anak pun lebih erat dan happy!

Sumber: Annur Syuhadah

BACA JUGA SENAMAN YANG SESUAI UNTUK IBU LEPAS BERSALIN KEMBALI LANGSING & BERTENAGA

Pesan Mama Siti:

Mama tahu ramai rasa susah nak luangkan masa untuk bersenam. Ada yang beri alsan sejak ada nak kecil ni susah nak tinggal, tak ada mood dan sebagainya. Ha, ni Mama Siti dah bagi solusi untuk masalah mama. Kali ni bolehlah slow-slow mulakan regim senaman menyihatkan tubuh dekat rumah saja.