KelabMama

Senaman Ibu Mengandung yang Mudah dan Selamat yang Harus Diikuti!

Foto Kredit: Shutterstock

Adakah mama sedang ragu-ragu untuk bersenam ketika mengandung? Takut akan memberi kesan yang negatif pada kandungan? 

Bersenam secara teratur semasa mengandung dapat meningkatkan kesihatan, mengurangkan risiko kenaikan berat badan berlebihan, dan mungkin akan mempermudah saat kelahiran.

Jom ketahui lebih lanjut bersama Mama Siti di bawah ni!

Kebaikan Bersenam Dalam Mengandung

Mengapa mama harus bersenam semasa mengandung? 

Semasa mengandung, aktiviti senaman dapat:

Kemungkinan faedah lain dengan mengikuti senaman yang kerap semasa kehamilan mungkin juga termasuk:

5 Jenis Senaman yang Sesuai & Selamat untuk Ibu Mengandung

1) Berjalan pantas

Foto Kredit: Shutterstock

Berjalan dengan cepat di kawasan sekitar adalah cara yang baik untuk memulakan senaman dengan selamat.

Aktiviti berjalan pantas ini mempunyai beberapa kelebihan:

Tip keselamatan: Kekal selamat dengan memilih permukaan yang rata, memakai kasut yang menyokong untuk mengelakkan jatuh atau tersadung batu, dan halangan-halangan yang lain.

2) Berenang

Foto Kredit: Shutterstock

Berenang, berjalan dalam air, dan aerobik aqua boleh bergerak tanpa memberi tekanan pada sendi. Keapungan dapat memberikan sedikit kelegaan dari berat badan tambahan ketika kehamilan.

Penting untuk memilih strok yang terasa selesa dan tidak meregang atau menyakitkan leher, bahu, atau otot belakang. Menggunakan “kickboard” juga dapat membantu menguatkan otot kaki dan punggung.

Tip Keselamatan

Gunakan “railing” kolam untuk keseimbangan ketika memasuki kolam untuk mengelakkan daripada mama tergelincir.

Jangan menyelam atau melompat yang boleh memberi kesan kepada perut.

Elakkan kolam renang yang hangat, bilik wap, tab mandi panas, dan sauna untuk mengurangkan risiko terlalu panas pada badan.

3) Berbasikal pegun (Stationary Cycling)

Foto Kredit: Shutterstock

Berbasikal dengan basikal pegun selamat dan mudah bagi kebanyakan wanita semasa kehamilan, termasuk yang pertama kali bersenam. Ini kerana ia tidak bergerak kemana-mana dan hanya kekal di satu tempat sahaja.

Kelebihan adalah termasuk:

4) Yoga

Foto Kredit: Shutterstock

Kelas yoga prenatal dapat membantu wanita mengandung menjaga sendi mereka tetap lentur dan menjaga fleksibiliti badan. Yoga juga dapat membantu mengurangkan kesakitan dan tekanan

Kelebihan yoga merangkumi:

Tip keselamatan: Semasa kehamilan berlangsung, pertimbangkan untuk berhenti berposing jikalau:

Mama juga harus berhati-hati untuk menghindari peregangan secara berlebihan, kerana ini dapat menyebabkan kecederaan.

5) Senamrobik berimpak rendah

Foto Kredit: Medofu

Dalam senaman aerobik berimpak rendah, sekurang-kurangnya sebelah kaki mama harus tetap berada di tanah sepanjang masa.

Senaman ini tidak memerlukan daya lompatan yang tinggi yang akan memengahkan pernafasan mama.

Jenis senaman ini boleh:

Terdapat beberapa kelas dirancang khas untuk wanita hamil. Mereka boleh melakukan senaman aerobik dengan cara yang baik, iaitu untuk bertemu dengan orang lain dan berlatih dengan tenaga pengajar yang berkelayakan untuk memenuhi keperluan khusus wanita hamil.

Jika ada yang sudah mengikuti kelas aerobik sebelum ini, harus memberitahu instruktor bahawa anda sedang hamil. Instruktor kemudian boleh mengubah suai senaman jika perlu dan memberi nasihat mengenai pergerakan yang sesuai dan selamat.

Pesan Mama Siti adalah bersenamlah mengikut kemampuan diri dan sentiasa mengekalkan diri terhidrat.

Rehat jika perlu dan jangan sesekali memaksa diri anda bersenam jika tidak larat. Semoga bermanfaat!