KelabMama

SEMBELIT SEWAKTU HAMIL & KETIKA BERPANTANG MENYEKSAKAN WANITA!

Sembelit ialah masalah biasa semasa hamil. Kira-kira 30 hingga 40 peratus wanita hamil mengalami sembelit. Ini diakibatkan perubahan hormon semasa hamil yang memperlahankan pergerakan makanan melalui salur penghadaman anda. Tekanan oleh rahim yang semakin membesar ke atas rektum juga boleh mengakibatkan sembelit. Sesetengah pil zat besi juga boleh membuatkan sembelit menjadi lebih teruk.

Pertama, perhatikan bila dan bagaimana anda pergi ke tandas. Biasakan diri pergi ke tandas pada kali pertama anda rasa mahu membuang air besar. Waktu awal pagi atau kira-kira satu jam selepas waktu makan adalah masa-masa yang sesuai untuk anda cuba ke tandas. Cuba ambil masa lebih sedikit untuk bersendirian, walaupun ini agak sukar jika anda mempunyai anak-anak lain untuk dijaga.

Kaedah-kaedah lain juga boleh membantu. Anda perlu mengawasi diet anda. Pastikan anda minum air secukupnya dan melakukan senaman secara tetap. Perlu makan makanan berserat tinggi seperti bijirin bijian penuh, roti bijian penuh dan buah-buahan serta sayur-sayuran segar setiap hari.

Sembelit bukanlah satu masalah besar bagi kebanyakan wanita hamil, tetapi jika berlarutan, maklumkan kepada doktor anda. Kadang-kala, sembelit yang berpanjangan boleh menyebabkan buasir. Ini boleh jadi menyakitkan, gatal dan tidak selesa. Ada juga yang mengalami pendarahan semasa membuang air besar. Buasir biasanya reda sendiri tidak lama selepas bersalin.

 

SEMBELIT KETIKA BERPANTANG MENAKUTKAN!

Sembelit ketika waktu berpantang adalah perkara yang sangat trauma. Wanita yang baru melahirkan anak sudah diuji dengan kesakitan semasa proses kelahiran, jika terkena sembelit ibarat sekali lagi diuji untuk melahirkan “hampas”. Hanya yang pernah mengalaminya tahu penderitaan ini. jika tidak mahu menanggung siksa eloklah segera baca cara mengatasinya. Tambahan bagi wanita yang masih risau akan luka jahitan episiotomi yang belum sembuh dan sesetengah wanita terkena buasir selepas melahirkan bayi. Alhamdulillah saya tidak pernah merasa sakitnya sembelit. Apa yang saya lalukan untuk elak sembelit ketika berpantang? sebelum sembelit menyiksa buat kali kedua boleh ikut tips mengatasi sembelit.

 

Cara Mudah untuk mengatasi Sembelit ketika berpantang

Secukupnya itu terlalu subjektif, berapa gelen harus diminum? secara umumnya selalu orang cakap dah minum air banyak, padahal masih tidak mencukupi. Dimana setiap 25kg berat memerlukan 1 liter air, jumlah air yang perlu oleh seseorang adalah tidak sama.

Mitos: minum air banyak ketika dalam pantang akan membuatkan rahim kembang. (Mungkin akan kembang jika dimium 3liter sekali minum, mampu ke?)

Fakta:

 

Sayuran dan buah dalam diet seharian adalah penting kerana merupakan sumber serat. Jangan terlalu straight untuk elak pengambilan sayuran dan buah ketika dalam pantang. Tidak dinafikan ada sayuran dan buah yang tidak elok diambil ketika dalam pantang kerana bersifat angin dan sejuk yang boleh memberi kesan kepada ibu dan bayi (jika bayi masih menyusu). Sayur yang Saya amalkan sawi dan kucai, manakala buah pula Oren sunkist.

 

Ibu yang pertama kalinya melahirkan anak sudah tentu tertanya-tanya. Tak pedih ke nak buang air kecil, nanti air kecil tak menyebabkan jangkitan ke? nak buang air besar tak koyak ke jahitan, kang terbuka jahitan kena jahit lagi sekali? persoalan biasa sebenarnya, saya sendiri akui takut nak buang air besar buat pertama kalinya. Tapi apa yang mengerikan saya ialah Sembelit, lebih baik buang ketika naj*s masih lembut, jika disimpan terlalu lama akan jadi keras dan perlu meneran.

 

kopi dan hot coklat sesetengah ibu menjadi “milk booster” tetapi jika masih diawal berpantang sebolehnya elakkan, kerana boleh menyebabkan masalah sembelit bertambah rumit. Najis akan bertambah keras jika minum kopi dan minuman perisa coklat.