KelabMama

10 Pilihan Sayur Untuk Ibu Berpantang Paling Terbaik – Bantu Pulih Kesihatan Mama Dengan Cepat

sayur untuk ibu berpantang

Kredit gambar: www.happy-mummy.com

Salah satu cara pantas dan selamat untuk kembali sihat dan luka sembuh dengan cepat adalah dengan pengambilan sayur untuk ibu berpantang yang penuh dengan pelbagai nutrien penting.

Sayur untuk ibu berpantang ini juga terdiri daripada pelbagai jenis sayur-sayuran hijau yang sihat, mudah didapati, dan perlu diambil secara kerap untuk pulihkan semula kesihatan dalaman bagi wanita yang baharu melahirkan anak.

Sebenarnya terdapat banyak pilihan sayur yang boleh Mama pilih. Untuk mengetahui apakah jenis sayur sesuai untuk ibu berpantang, ikuti perkongsian Mama Siti di bawah!

Pilihan Sayur Untuk Ibu Berpantang Terbaik

Berikut merupakan pilihan sayur untuk ibu berpantang iaitu:

#1. Sayur Sawi Cina

Kredit gambar: www.theseedcollection.com.au

Tinggi dengan pelbagai khasiat seperti serat, karbohidrat, vitamin K, kalium, zat besi, zink dan magnesium membuktikan bahawa pilihan sayur untuk ibu berpantang yang mudah diperoleh adalah sayur sawi.

Sayur ini juga sangan baik untuk kesihatan jantung dan membantu mengekalkan tubuh yang sihat serta mencegah penyakit kardiovaskular, gangguan mata, dan meningkatkan kesihatan tulang.

Malah kandungan serat di dalamnya juga sangat baik untuk sistem penghadaman terutama bagi ibu-ibu yang kerap mengalami masalah sembelit.

#2. Pakcoy

Kredit gambar: www.countryandtownhouse.com

Sayur untuk ibu berpantang yang seterusnya adalah sayur pak choy iaitu sejenis sayuran hijau yang menyihatkan kerana ia mengandungi selenium yang merupakan sejenis mineral di mana dapat membantu fungsi kelenjar tiroid yang memainkan peranan penting dalam metabolisme badan.

Malah, terdapat kajian yang dijalankan menemukan di dalam sayur ini terdapat tahap selenium yang rendah di mana ia baik bagi anda yang mempunyai masalah kesihatan seperti hipotiroidisme dan keradangan tiroid.

Selain itu ia juga mengandungi vitamin C, vitamin A serta folat (vitamin B9).

#3. Lobak Putih

Kredit gambar: www.thespruceeats.com

Lobak putih juga antara sayur dalam pantang yang sangat digalakkan pengambilannya. Ia mampu meningkatkan sistem ketahanan tubuh, menghasilkan susu yang banyak dan berkualiti, melegakan sakit perut atau sembelit.

Selain itu, lobak putih juga turut berupaya mencegah masalah buah pinggang, kencing tak lawas serta mengurangkan gejala demam dan selesema.

#4. Lobak Merah Pilihan Sayur Untuk Ibu Berpantang

Kredit gambar: www.loveandlemons.com

Pilihan sayur orang berpantang seterusnya pula adalah lobak merah yang mengandungi pelbagai nutrien penting untuk tubuh terutama pada bahagian mata ini.

Antara khasiat utamanya adalah mencegah penyakit kanser, mencantikkan kulit serta mencegah berlakunya kerosakan pada gigi.

#5. Sayur Brokoli

Kredit gambar: www.bbcgoodfood.com

Brokoli juga merupakan sayuran hijau yang sangat popular pengambilannya terutama di Indonesia. Ia mengandungi sebatian sulfur iaitu glucosinolates dan sulforaphane.

Kandungan Sulforaphane yang terdapat di dalamnya berupaya untuk melindungi tubuh daripada sel kanser.

Selain sebatian sulfur, brokoli turut mengandungi nutrien penting lain seperti termasuk vitamin K, vitamin C, vitamin B9 (folat), serta mineral mangan dan kalium di mana kesemua ini mampu mengurangkan pelbagai risiko penyakit serius seperti seperti masalah jantung dan gout.

Kandungan kalium dan magnesium di dalamnya juga berupaya untuk mengawal tekanan darah ibu semasa dalam pantang.

#6. Asparagus

Kredit gambar: www.jessicagavin.com

Asparagus mungkin antara sayuran yang jarang dimakan oleh anda. Oleh itu, mulai saat ini apa kata kalau Mama semua mula mengamalkan asparagus dalam diet seharian.

Ini adalah kerana, sayuran ini mempunyai khasiat yang tinggi dengan pelbagai nutrien penting seperti seperti vitamin B9 (folat), vitamin K, vitamin B2 (riboflavin), dan vitamin B1 thiamin serta mineral iaitu selenium.

#7. Kucai

Kredit gambar: ferrymorse.com

Pilihan sayur untuk ibu berpantang yang seterusnya adalah sayur kucai. Sayur ini sangat sesuai diambil oleh Mama yang bersalin secara pembedahan.

Antara khasiat sayur untuk ibu berpantang czer ini adalah ia mampu melegakan sakit perut, mencegah penyakit jantung dan strok, membantu tubuh melawan bakteria jahat, mengawal tekanan darah tinggi, mencegah sembelit serta melancarkan pengaliran darah serta menghindarkan pembekuan darah.

#8. Kailan

Kredit gambar: www.dietitianmom.com

Pilihan sayur pantang bersalin yang seterusnya adalah kailan. Ia merupakan sayuran berdaun yang berasal dari keluarga Cruciferae.

Dalam sayuran ini, terdapat pelbagai nutrien penting seperti vitamin K, vitamin A, vitamin C, kalsium serta mangan.

Antara khasiat sayur dalam pantang iaitu kailan ini adalah ia merupakan sumber serat terbaik, dapat membantu mengurangkan risiko kanser, mengawal kolesterol, memperbanyak susu badan serta sangat baik dalam pertumbuhan sistem saraf.

#9. Halia

Kredit gambar: www.acouplecooks.com

Halia yang sering digunakan dalam masakan harian juga merupakan sayur dalam pantang yang terbaik untuk diamalkan.

Halia dapat membantu ibu yang menghadapi masalah susu badan kurang dengan membantu menghasilkan susu yang banyak dan lebih berkualiti.

Ia juga mampu mempercepat proses penyembuhan luka serta mengurangkan masalah angin dalam tubuh.

#10. Bawang Besar

Kredit gambar: www.anaphylaxis.org.uk

Pilihan sayur dalam pantang yang sering diamalkan sejak dahulu lagi adalah bawang besar. Bukan sahaja sedap dimakan, bawang besar ini turut berupaya untuk membantu menguatkan sistem tubuh, merawat masalah sistem pencernaan, mencegah diabetes serta mengawal tekanan darah.

Sepanjang waktu berpantang ini, Mama perlu banyakkan berehat dan mengamalkan diet yang seimbang.

Lebihkan pengambilan sayur-sayuran serta buah-buahan dan makanan yang mengandungi sumber protein yang tinggi bagi membantu kesihatan Mama pulih dengan cepat.

Diharapkan juga dengan perkongsian ini, Mama semua beroleh manfaat darinya.


Dapatkan juga pelbagai info menarik yang lain di SINI!