KelabMama

5 Kebenaran Yang Mungkin Akan Mengejutkan Mama Tentang ‘Sanitiser’ Berasaskan Alkohol

Adakah Mama ingin mengetahui rahsia untuk memastikan anak-anak Mama selamat daripada benda yang sepatutnya melindungi mereka? Walaupun orang ramai perlahan-lahan membiasakan diri dengan COVID-19, sanitiser tangan terus menjadi barang yang must-have dalam kalangan orang kita. Kebanyakan daripada kita mungkin mengoleskan gel yang berbau kuat dan biasanya bercampur alkohol pada tapak tangan, bila-bila masa sahaja yang boleh. Bagi sesetengah orang, mereka mungkin akan sanitise walaupun berada dalam rumah mereka, 10 ke 15 kali sehari! Betul, alkohol berkesan untuk memusnahkan kuman dan juga virus. Tetapi sesetengah sanitiser berasaskan alkohol kegemaran anda sebenarnya mungkin mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan jangka panjang. Berikut adalah beberapa fakta yang perlu Mama tahu.

Tak Selamat Jika ‘Termakan’

Ramai di antara kita mungkin menggunakan sanitiser sebagai lapisan pertama untuk perlindungan terhadap kuman. Tetapi, apa yang berlaku apabila benda yang sepatutnya melindungi kita, menjadi perkara yang membahayakan nyawa kita dan nyawa orang yang kita sayangi? Banyak semburan pembasmi kuman dan sanitiser tangan aerosol mengandungi bahan berbahaya seperti metanol, isopropil alkohol, polietilena glikol (PEG), pewangi, bahan penstabil, pengawet dan sebatian lain yang tak selamat. Jika Mama atau ahli keluarga secara tak sengaja menggunakan sanitiser pada makanan, bahan kimia ini boleh menyebabkan keracunan dan pelbagai reaksi lain yang tidak menyenangkan. Terdapat juga risiko keracunan alkohol, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak. Sebagai ibu bapa, Mama mungkin mahu melakukan segala-galanya untuk mengelakkan daripada perkara ini berlaku pada anak-anak sendiri.

Ia Boleh Menjejaskan Kulit

Alkohol secara amnya bagus untuk membasmi kuman, tetapi penggunaan berlebihan boleh memudaratkan, yang ramai orang cenderung lakukan akibat ketakutan COVID-19. Sanitiser berasaskan alkohol boleh menjadi sangat harsh untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif atau kering. Dan ia sebenarnya boleh menjadikan Mama lebih terdedah kepada jangkitan pada masa depan kerana alkohol menjejaskan dan memecahkan penghalang kulit semulajadi. Kulit tangan Mama mungkin akan mengalami kekeringan melampau, kerengsaan, dan juga kulit mengelupas. Sekarang, Mama mungkin berfikir,

“Tetapi saya masih boleh menggunakan sanitiser beralkohol pada permukaan, bukan?”.

Ia bergantung juga Mama. Alkohol sangat mudah terbakar, jadi menggunakannya pada permukaan masih menimbulkan risiko terutamanya jika terdapat punca yang boleh menyebabkan kebakaran di kawasan tersebut yang mungkin Mama tak sedar. Inilah sebabnya mengapa kebanyakan pembasmi kuman komersial bebas alkohol, terutamanya yang digunakan di dapur dan restoran.

Ia Mungkin Tak Berkesan Seperti Yang Mama Harapkan

Walaupun Mama sangat suka menggunakan sanitiser, pernah tak Mama tertanya-tanya sama ada betul ke ia memastikan Mama dan keluarga Mama, selamat? Ini sebenarnya bergantung kepada kandungan alkohol. Kandungan alkohol yang ideal adalah antara 60% hingga 80% untuk membersihkan dan membasmi kuman dengan betul. Tetapi walaupun begitu, Mama mungkin akan menghadapi masalah lain. Bergantung pada kandungan, alkohol memerlukan beberapa saat untuk menyalut permukaan tersebut. Ini dikenali sebagai masa sentuhan, iaitu tempoh masa pembasmi kuman mesti kekal basah di permukaan untuk berjaya memusnahkan patogen. Pembersih dengan kandungan alkohol 75%, sebagai contoh, memerlukan sekurang-kurangnya 15 saat masa sentuhan untuk memusnahkan sel virus dengan betul. Tetapi kerana alkohol menyejat begitu cepat, ia mungkin tidak mempunyai masa yang cukup untuk menjalankan tugasnya.

Ia Meningkatkan Penentangan Antimikrob

Akhir sekali, walaupun sanitiser boleh membantu mengurangkan penularan virus, mereka mungkin akhirnya menjadikan strain bakteria tertentu lebih kuat. Walaupun sering diklasifikasikan sekali sebagai ‘kuman’, virus dan bakteria adalah perkara yang sama sekali berbeza. Lebih susah bagi virus untuk membina penentangan, manakala bakteria boleh ‘berkembang’ dan menyesuaikan diri dengan persekitarannya dengan lebih cepat. Satu kajian mendapati bahawa beberapa jenis bakteria telah menjadi toleran terhadap pencucian alkohol. Ini bermakna mereka boleh bertahan dalam masa sentuhan yang lebih lama dengan alkohol, khususnya 70% isopropil. Jadi, semasa kita memerangi COVID-19 dengan sanitiser alkohol, kita mungkin secara tidak sengaja mencipta pepijat yang mungkin lebih sukar untuk disingkirkan— alamak!

Ia Tidak Menawarkan Perlindungan Jangka Panjang

Sanitiser berasaskan alkohol adalah one-time deal sahaja, Mama. Dengan kandungan alkohol yang betul dan masa sentuhan yang mencukupi, mereka mungkin mempunyai kuasa untuk membasmi kuman dengan berkesan, termasuk virus. Tetapi next time Mama keluar, Mama masih akan terdedah kepada patogen. Sanitiser menawarkan sedikit perlindungan terhadap virus. Melainkan mereka mempunyai bahan-bahan yang sangat istimewa. Jadi, pastikan Mama membaca label di belakang produk sebelum Mama membeli sebarang botol sanitiser. Benda yang salah mungkin lebih banyak mendatangkan kemudaratan daripada kebaikan.

Berita baik untuk Mama! Sebenarnya, sanitiser yang berkesan dalam menawarkan perlindungan virus jangka panjang, bebas alkohol dan mesra kulit, wujud!

Memperkenalkan Asylea 24 Hours-Protection MaxSafe Plus Disinfectant

Mencari sanitiser bebas alkohol dan mesra kulit yang pelbagai guna dengan kadar pembasmian kuman 99.999%? Jangan cari jauh-jauh Mama! Kini ada Asylea 24 Hours-Protection MaxSafe Plus Disinfectant. Dirumus dengan HONa, formula yang diperoleh daripada asid hipoklorus, sanitiser ini memberikan perlindungan sepanjang hari terhadap virus dan patogen tanpa menjejaskan kesihatan kulit atau kesejahteraan jangka panjang Mama sekeluarga.

Mama juga boleh menggunakannya pada pinggan mangkuk dan perkakas, kerana ia juga selamat pada makanan! Jadi, walaupun ia terkena sikit dalam makanan anda, Mama tak perlu risau. Menjadikannya 100% selamat untuk kanak-kanak dan wanita hamil.

Terbukti secara klinikal dengan masa sentuhan 1 saat yang mengagumkan, ia menyahaktifkan semua patogen pada permukaan dengan serta-merta. Ia juga tak toksik, tak melekit, bebas bilas dan tidak mempunyai bau yang kuat.

Dapatkan 24 Hours-Protection MaxSafe Plus Disinfectant

Sudah tiba masanya untuk mencuba pembasmi kuman gred makanan Asylea yang bebas alkohol, mesra kulit, tanpa toksik, yang akan berfungsi 15 kali lebih berkesan untuk membasmi kuman dan virus. Hanya satu saat terdedah kepada Asylea 24 Hours-Protection MaxSafe Plus Disinfectant dan poof! Semua patogen penyebab penyakit jahat itu hilang. Jadi, tunggu apa lagi Mama?

Beli Asylea 24 Hours-Protection MaxSafe Plus Disinfectant di Shopee sekarang sebelum kehabisan stok. Confirm Mama tak akan menyesal.

Artikel ini diolah daripada versi Bahasa Inggeris di Motherhood Story.