KelabMama

DAH SAMPAI MASA UNTUK CERAI SUSU BADAN TAPI SUKAR. INI TIPS UNTUK MAMA!

Ni pun salah satu soalan yang banyak mama Siti dapat dari mama iaitu macam mana nak cerai susu badan. Berhenti susu badan ini adalah proses dimana mama menghentikan penyusuan dengan anak.

Ada mama terpaksa cerai susu badan atas sebab-sebab tertentu dan ada juga yang disebabkan anak dah mencecah 2 tahun. Maknanya sudah tiba masa untuk berhenti susu badan. Tapi bagaimana?

TIPS UNTUK CERAI SUSU BADAN

Nak berhenti susu badan ni tak boleh terus berhenti secara mendadak tau. Mama kena kurangkan penyusuan secara perlahan-lahan. Mama juga boleh kurangkan bilangan penyusuan dalam sehari. Contohnya, mama beri susu badan pada waktu malam je). Cara begini membolehkan susu ibu berkurangan secara perlahan-lahan dan dapat beri masa pada anak mama untuk terima perubahan tu.

Ini tips dari kaunselor susu ibu :

1) Jangan tawar dan jangan tolak

Menurut kaunselor susu ibu, cara ini paling selamat dan efektif untuk berpisah susu badan. Bila anak minta baru mama bagi susu dan jangan menolak. Mama cuma lengah-lengahkan je bila anak nak menyusu.

2) Ubah rutin harian

Mama dan si manja mesti ada rutin harian menyusukan. Contohnya anak suka menyusu sewaktu mama duduk di sofa. Mama boleh elak dari duduk di sofa itu. Ubah rutin harian kepada mandi dulu selepas pulang kerja berbanding duduk di sofa yang biasa.

3) Papa kena tolong mama

Papa juga main peranan penting seperti membawa anak yang baru bangun tidur bersarapan pada waktu pagi (sebelum anak minta susu ibu)

4) Alihkan perhatian si manja

Bila anak leka bermain, dia terlupa minta susu. Gantikan dengan snek yang berkhasiat seperti buah buahan atau roti. Ada ibu yang bawa anak ke taman permainan pada waktu yang biasanya anak meminta susu (seperti pada waktu petang).

5) Lengahkan waktu menyusu

Tangguhkan waktu anak menyusu dengan bagitahu anak untuk tunggu sebentar (dan gantikan dengan aktiviti lain) juga berkesan.

6) Pendekkan tempoh penyusuan

Cara ni sesuai untuk anak berumur 2 tahun keatas. Pendekkan tempoh penyusuan kepada anak dengan cara memberitahunya ‘sedikit je mama beri ye sebab abang/kakak dah besar’ perlahan-lahan mengurangkan kebergantungannya dengan susu mama.

7) Beritahu secara berhemah

Si manja yangberusia 1 tahun ke atas dah boleh faham arahan yang diberikan. Tunjukkan contoh-contoh orang dewasa yang tak minum susu ibu dan anak mama pasti teruja diberikan kesempatan untuk jadi orang dewasa.

Apa yang mama Siti boleh cakap bukan mudah untuk cerai susu badan. Kena kuat dari segi mental dan fizikal. Ini untuk kebaikan mama dan si manja juga. Tapi kena banyak sabarlah dengan kerenah anak sepanjang proses cerai susu badan ni ye. Chaiyok mama!

Semoga berjaya!