KelabMama

Kenalpasti Sebab, Simptom, dan Contoh Sakit Perut Tanda Hamil

Ada segelintir pasangan yang sedang mencuba untuk hamil, merasakan yang sakit perut adalah tanda kehamilan. Sebenarnya, berasa sakit di bawah abdomen, atau perut berasa keras, membengkak atau ‘berat’ bukanlah 100% tanda awal kehamilan. Apatah lagi hanya sekadar melihat perubahan fizikal perut (dan mengandaikan sebagai ‘baby bump’). Ia juga bukanlah tanda awal kehamilan yang sebenar. 

Perubahan fizikal pada perut ibu mengandung buat pertama kalinya, kebiasaannya akan kelihatan hanya selepas 15 – 20 minggu kehamilan. Bagi mereka yang pernah hamil sebelum itu, perubahan fizikal perut mungkin akan kelihatan lebih awal. 

Ramai ibu yang keliru antara sakit perut biasa dengan contoh sakit perut sebagai tanda hamil. Jadi, Mama Siti dengan berbesar hati hendak kongsikan maklumat bagaimana bakal Mama dapat membezakan antara sakit perut biasa dan sakit perut disebabkan kehamilan

Ini tidaklah bermakna apabila anda berasa sakit perut, anda tidak hamil. Cuma mungkin sukar untuk dibezakan di peringkat awal. 

Sebab-sebab dan Simptom Sakit Perut Semasa Hamil

Kredit: Nakita

Antara sebab-sebab yang membuatkan anda berasa sakit perut semasa hamil adalah kerana:

#1 Ligamen yang tegang kerana bayi yang sedang membesar, dan selalunya anda akan berasa tegang dan sakit di bahagian bawah perut.

#2 Sembelit juga adalah satu perkara biasa yang berlaku bagi ibu-ibu hamil.

#3 Angin di dalam badan juga antara sebab kenapa anda berasa sakit perut semasa hamil. 

Kredit: mom.com

Simptom atau Contoh Sakit Perut Tanda Hamil

Rasa sakit perut di bahagian bawah perut atau bahagian bawah abdomen di awal peringkat kehamilan adalah pelbagai. Antara simptom-simptom sakit perut termasuklah:

#1 Rasa kejang seakan-akan sakit seperti sebelum hendak datang haid atau per-menstrual cramps. Ini mungkin tanda-tanda persenyawaan sedang berlaku. 

#2 Berasa senak atau tidak selesa di bahagian abdomen. Simptom ini sama seperti simptom PMS dan sukar untuk dibezakan antara tanda hamil atau tidak. 

#3 Rasa mual dan alahan juga boleh membuatkan perut berasa sakit.

#4 Ada juga sesetengah wanita yang berasa seperti sakit perut biasa, dan diikuti dengan tompokan darah seakan di awal haid, tetapi sebenarnya itu tanda awal kehamilan. 

kredit : SehatQ

Segera berjumpa doktor jika:

Walaupun mungkin anda tidak dapat membezakan sakit perut biasa dengan sakit disebabkan kehamilan, berikut adalah tanda-tanda yang memerlukan anda mendapat rawatan doktor atau pakar bidan:

  1. Sakit perut dan ada keluar tompokon darah.
  2. Rasa tegang yang sangat kuat dan berlaku dalam sela masa yang kerap.
  3. Berlalu keputihan atau keluar cecair lendir yang berbeza dan luar biasa.
  4. Sakit perut dan sakit belakang diikuti bersama.
  5. Rasa sakit ketika buang air kecil.
  6. Rasa sakit yang tidak hilang-hilang walaupun anda sudah merehatkan diri selama lebih kurang 30 hingga 60 minit.

Jangan ambil risiko dan mahu tunggu dan lihat jika anda mengalami tanda-tanda yang dinyatakan di atas. Ia perlu mendapat rawatan segera. 

Simptom-simptom yang dinyatakan mungkin disebabkan komplikasi dalam kehamilan. 

Komplikasi Semasa Hamil Yang Menyebabkan Sakit Perut 

Sesetengah simptom mungkin tanda awal yang boleh memudaratkan kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan. Jadi, jika sakit perut yang dialami agak luar biasa dan tak bisa ditanggung, pastikan anda mendapatkan nasihat dari pakar. 

kredit: PopMama

Antara komplikasi yang membuatkan anda berasa sakit perut yang luar biasa semasa hamil ialah:

#1 Kehamilan ektopik atau kehamilan luar rahim

Keadaan ini berlaku apabila telur disenyawakan diluar rahim, seperti di tiub Fallopio. Telur tidak melekat dan berada di kawasan rahim dan kehamilan ini tidak boleh diteruskan kerana akan membahayakan nyawa si ibu. 

#2 Keguguran 

Rasa tegang dan sakit perut dan berdarah sebelum kehamilan mencecah 24 minggu mungkin juga menjadi tanda-tanda keguguran. 

#3 Pre-eclampsia, atau darah tinggi disebab kehamilan

Jika anda berasa sakit perut, mual dan pening kepala serta berasa sakit di bawah rusuk badan, ia boleh menjadi tanda-tanda anda mengalami pre-eclampsia.

Sesetengah wanita mengalami darah tinggi yang luar daripada normal, dan ia bukanlah hanya untuk wanita yang memang ada masalah darah tinggi sebelum dia hamil. Wanita yang sihat dan tiada masalah darah tinggi juga berpotensi untuk mengalami keadaan ini. 

Ibu yang hamil dalam keadaan ini perlu dipantau dengan rapi sepanjang kehamilan. 

#4 Kelahiran pra-matang

Jika kehamilan anda berusia kurang 37 minggu dan anda berasa cramp atau tegang perut yang luar biasa di bahagian abdomen, segera dapatkan rawatan pakar.

Ini mungkin juga tanda awal kemahiran pra-matang dan anda serta bayi dalam kandungan perlu dipantau segera bagi mengelakkan perkara yang tidak diingin terjadi. 

#5 Uri terputus 

Di akhir-akhir waktu mengandung, anda mungkin akan keliru dengan rasa sakit perut sebagai tanda untuk bayi keluar, ataupun hanya kontraksi Brixton yang disebabkan perut sedang bersedia untuk melahirkan tapi belum tiba waktu untuk melahirkan. 

Kadang-kadang, rasa sakit perut yang amat sangat dan berpanjangan juga boleh menyebabkan komplikasi proses kehamilan, terutamanya di waktu hujung-hujung kehamilan.

Ada juga disebabkan uri yang telah tercabut, tetapi rahim belum bersedia untuk melahirkan bayi. Ini antara sebab utama anda kena pergi ke hospital dengan segera jika rasa perut yang menekan dan amat sakit supaya pemantauan dapat dilakukan. 

#6 UTI (urinary tract infection)

UTI adalah penyakit biasa yang dialami oleh ibu-ibu yang mengandung dan boleh menyebabkan rasa sakit perut, terutama apabila anda buang air kecil. Kebiasaannya, ini boleh diubati dan sembuh dengan segera. 

Kredit: aminoco.com

Setiap wanita akan mengalami pengalaman berbeza daripada wanita lain semasa hamil. Bukan itu sahaja, malah kehamilan anak pertama dengan anak-anak yang lain juga berbeza.

Mama Siti yakin, Allah sentiasa menjaga hamba-hambaNya, terutama sekali ibu-ibu yang sedang hamil yang berjihad untuk kesihatan bayi yang dikandungnya. Banyakkan berdoa agar kehamilan yang anda lalui dipermudahkan sentiasa.