KelabMama

Sakit Belakang Ketika Hamil? Jom Cuba 11 Cara Ini Mama

“Aduh, sakitnya belakang badan ni! Nak buat apa-apa pun semuanya terbatas. Walaupun dah berehat dan berbaring, sakit belakang tetap tak hilang.”

Mungkin ini antara keluhan wanita berbadan dua tatkala menghadapi masalah sakit belakang sepanjang hamil. Untuk pengetahuan Papa juga, kesakitan ini tidak akan hilang meskipun isteri anda cuba untuk berehat dan baring sepanjang hari. Pendek kata, selagi tak bersalin, selagi itulah sakit belakang ini harus ditanggung si ibu tadi.

Memetik kenyataan Pakar Orthopedik Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, Dr Kamalnizat Ibrahim melalui wawancara bersama Harian Metro menjelaskan, antara punca sakit belakang dalam kalangan wanita hamil adalah disebabkan perubahan hormon. Ini kerana seawal trimester pertama, perubahan hormon akan mengendurkan ligamen yang menyokong tulang belakang dan pelvis. 

Kata Dr Kamalnizat, walaupun pada minggu ke-10 atau ke-11 dan perut wanita hamil masih tidak kelihatan, ligamen mereka akan mula mengembang. Semakin janin membesar, terdapat peralihan pada pusat graviti yang meningkatkan tekanan pada bahagian bawah tulang belakang ibu yang hamil. 

Selain itu, sakit belakang yang dialami wanita hamil juga disebabkan perubahan pusat graviti dan postur. Malah, berat badan yang berlebihan serta usia ibu melebihi 30-an turut dikaitkan sebagai punca masalah sakit belakang lebih serius.

Dan pastinya ini antara berita membimbangka buat Mama. Tahu tak Dr Kamalnizat berkata, sakit belakang ketika kehamilan ini kebiasaannya hilang dalam tempoh enam ke 12 minggu selepas kelahiran. Bermakna, sepanjang hamil hingga selamat melahirkan pun, risiko kesakitan ini tetap wujud tau Mama!

Aduh, takutnya! Mama Siti percaya tentu ramai dikalangan Mama kini tertanya-tanya takkan tak ada rawatan atau kaedah sesuai untuk atasi masalah ini? Bertenang.

Ada beberapa cara selamat untuk Mama melegakan sakit belakang ketika hamil ni tau. Tanpa sebarang kaedah merbahaya, Mama boleh amalkan a few remedies yang Mama Siti kongsikan di bawah ini:

11 Cara Kurangkan Rasa Sakit Belakang Ketika Hamil

1. Prenatal Yoga

Yoga sememangnya kaedah tradisional terbaik yang diakui ramai pakar kesihatan dalam membantu menstabilkan tubuh, ketenangan minda serta aura dalaman. Malah, disebalik semua manfaat ini, yoga juga dikatakan berfungsi mengurangkan sakit pinggang ketika hamil.

Yoga pranatal adalah pilihan utama kerana boleh membantu memperbaiki postur dan mengimbangi fizikal tubuh sebagai persediaan untuk proses bersalin nanti.

Yoga pranatal juga menangani tekanan emosi secara dalaman melalui senaman pernafasan yang boleh menguatkannya. Selain itu, amalan yoga yang kerap boleh membantu Mama tidur lebih lena dan merehatkan minda dan otot.

2. Pengambilan Ubat Dibenarkan

Untuk masalah sakit belakang yang biasa atau sesekali berlaku, pengambilan acetaminophen kebiasaannya dianggap selamat ketika hamil. Namun, elakkan ibuprofen dan NSAID lain (melainkan pakar kesihatan membenarkan Mama untuk mengambil bahan berkenaan) kerana terdapatnya risiko menyebabkan air ketuban rendah dan masalah jantung untuk bayi.

3. Akupuntur

Ini mungkin menakutkan Mama sebab kaedah akupuntur biasanya digeruni bagi mereka yang tak pernah mencuba. Namun, tahukah Mama, kajian mendapati kaedah akupuntur boleh mengatasi masalah sakit belakang ketika hamil? Malah, kebanyakkan Mama yang mengamalkannya mengakui keberkesanan kaedah ini.

Namun, Mama harus ingat bahawa teknik ini perlu dilakukan dengan betul kerana terdapatnya risiko kesan sampingn seperti loya, pening kepala atau stimulasi berlebihan yang boleh membawa kepada proses kelahiran.

Akupuntur adalah teknik perubatan dari Asia Timur yang menggunakan beberapa batang yang dicucuk pada titik tekanan tertentu ke atas tubuh Mama. Akupuntur boleh menyingkirkan sebarang sekatan yang mengganggu kelancaran tenaga badan dipanggil qi (disebut “chee”).

Merangsang titik akupunktur ini, sama ada dengan cara memasukkan jarum atau akutekanan (teknik pengamal menggunakan jari dan bukannya jarum) boleh membantu penghadaman, meningkatkan tahap tenaga Mama dan melegakan morning sickness, sakit kepala migrain serta sakit belakang.

Bagaimanapun, Mama perlu rujuk doktor terlebih dahulu demi memastikan kesesuaian teknik ini terhadap tubuh hamil Mama.

4. Prenatal Massage

Urutan prenatal yang dilakukan oleh pakar terapi bertauliah boleh membawa kelegaan segera apabila sakit belakang menyerang. Ia sangat sesuai sekiranya kesakitan berlaku ini disebabkan kekejangan otot yang merengsakan saraf (terutamanya saraf sciatic di bahagian punggung dan kaki) dan menghantar isyarat sakit ke otak.

Kajian telah menunjukkan bahawa selain melegakan kesakitan, urutan pranatal yang kerap boleh membantu mengurangkan kemurungan dan kebimbangan semasa kehamilan.

Swedish massage ialah kaedah urutan pranatal yang paling biasa dan disarankan kerana ia lembut, menenangkan dan ia menggunakan teknik yang tidak akan memburukkan sendi atau menolak cecair melalui badan dengan cara tidak selamat.

Namun, Mama perlu berunding dengan doktor untuk memastikan urutan pranatal adalah selamat diaplikasikan. Pastikan juga tukang urut tersebut adalah ahli terapi urutan pranatal yang sah yerr Mama!

5. Chiropractic

Leganya dapat gerakkan sendi sambil dengar bunyi “kruk krak” kan? Ya, itulah dinamakan teknik chiropractic. Ia adalah kaedah menggunakan manipulasi sendi (yang boleh menyebabkan bunyi meletus). Kaedah ini berupaya mengatasi lenguh otot, mampatan saraf dan ketidakselarasan sendi bagi wanita hamil.

Chiropractic mampu mengesan ketidakseimbangan dan membantu memperbetulkannya. Namun ia bergantung pada keselesaan Mama. Jika Mama mahu teknik ini dilakukan lebih lembut, maklumkan kepada pakar yang melakukanya tau!

6. Bertemu Physical Therapist

Bertemu dengan terapi fizikal juga boleh membantu Mama mengatasi gejala sakit belakang. Terapi fizikal atau turut digelar sebagai fisioterapi adalah individu yang boleh mengesan punca sakit belakang Mama dan mereka boleh membantu mengurangkan ketidakselesaan itu.

Ianya selamat, jadi tak perlu risau Mama. Sebab fisioterapi adalah mereka yang biasa bekerja dalam bidang perubatan dan mempelajari tentang dalaman tubuh seperti otot, sendi, saraf dan sebagainya. Kaedah mereka hampir sama seperti urutan dan chiropractic, namun ia tekniknya lebih relax dan slow. Mama Siti rasa mungkin Mama akan rasa lebih selamat dengan tips yang satu ni.

7. Meditasi

Mesti Mama tertanya-tanya apa kaitan meditation dengan hilangkan sakit belakang kan? Sebenarnya aktiviti bermeditasi adalah kaedah yang popular sebagai tindak balas psikologi untuk otak. Melalui meditasi, Mama boleh merehatkan minda, mengalihkan tumpuan kepada masalah kesakitan dan memberikan isyarat kepada otak untuk hayati kesakita dialami.

Teknik ini dikatakan boleh membuatkan tubu Mama boleh adapt dengan masalah sakit belakang yang dialami. Ia sekaligus membuatkan Mama turut lebih bersedia menghadapi sakit contraction ketika bersalin nanti dan membantu Mama untuk handle dengan lebih baik.

Bermeditasi dengan kerap boleh meningkatkan tahap toleransi kesakitan Mama, yang boleh diaplikasikan semasa menguruskan sakit belakang serta dalam masa sama menghadapi sakit bersalin.

Tambahan pula, meditasi ni tak susah Mama, boleh dilakukan pada bila-bila masa, di mana-mana dan buat secara sendirian. Terdapat banyak cara untuk mengamalkan meditasi, slah satunya adalah dengan hanya duduk atau berbaring di tempat yang sunyi dan fokus pada pernafasan dengan penuh perhatian, menarik nafas dan menghembus nafas dalam-dalam. Mama boleh bermeditasi dalam senyap atau mendengar muzik yang menenangkan.

Meditasi telah dibuktikan sebagai kaedah yang mewujudkan tindak balas relaxation untuk merangsang otak dalam mengawal pelepasan stress hormones. Apabila tekanan dikawal, kesan toksiknya (seperti tekanan darah tinggi dan ketegangan otot) boleh berkurangan. Ha, tunggu apa lagi Mama? Jangan pandang rendah dengan kelebihan meditasi tau. Ayuh lakukan sekarang!

8. Berenang

Aktiviti berenang sememangnya mempunyai banyak manfaat untuk ibu hamil. Jadi bagi wanita yang pandai berenang, inilah kelebihan boleh dimanfaatkan ketika berbadan dua. Menurut laman web Parents, berenang adalah salah satu bentuk senaman yang paling disyorkan bagi kerana mampu menghilangkan tekanan pada tulang belakang.

Apabila seseorang itu terapung di dalam air, tiada graviti dan jisim ke atas badan. Mama hanya mendayung ke atas dan ke bawah yang mampu membantu decompress tulang belakang dan mengalunkan kaki, lengan, serta otot belakang dan teras.

Malah, ketika kehamilan mulai sarat berenang gaya kuak dada boleh menguatkan otot dada dan belakang. Namun, sewaktu melakukan aktiviti ini, make sure Mama kekal hydrate semasa berenang dan berhenti jika pening . Mama turut dinasihatkan untuk merujuk doktor terlebih dahulu sekiranya kehamilan Mama adalah berisiko tinggi.

9. Dapatkan Alatan Sokongan Ketika Tidur

Alatan sokongan tubuh antara benda wajib untuk semua ibu hamil. Mama Siti percaya mesti ramai ibu-ibu mempunyai maternity pillow dan seumpamanya, bukan? Ia bukan setakat membantu keselesaan Mama, namun mampu mengatasi masalah sakit belakang juga.

Kalau tak selesa dengan bantal, Mama boleh gunakan towel di belakang tubuh ketika berbaring atau apa saja alatan sokongan yang selesa. Mungkin tidak menghilangkan sakit belakang secara keseluruhan, namun boleh memberikan keselesaan sementara sepanjang tidur.

10. Memakai Belt Sokongan

Doktor biasanya mancadangkan ibu hamil untuk menggunakan tali pinggang sokongan sebagai kaedah mengatasi masalah sakit belakang. Pregnancy support belt ini berfungsi sebagai ikat perut atau tali pinggang bersalin. Ia merupakan pakaian dalam menyokong dan menahan perut supaya pelvic girdle dan lower back tidak terlalu tegang.

Jika perut Mama kelihatan menonjol ke hadapan dan bukannya membulat seimbang di tubuh, belt ini boleh bertindak sebagai pengganti otot teras perut yang boleh menghalang tulang belakang bawah Mama daripada melengkung dengan keadaan menyakitkan.

Namun, pastikan Mama faham bahawa support belt ini hanya berperanan sebagai alat bantuan yang digunakan dengan beberapa kaedah remedies lain,ia bukan satu-satunya cara melegakan sakit belakang sepanjang kehamilan .

11. Mengenakan Kasut Sesuai

Mengenakan kasut sesuai juga sebagai salah satu kaedah melegakan sakit belakang. Pemakaian kasut yang tidak sesuai boleh memberi kesan kepada tulang belakang, betis, tumit dan pinggang. Sebaiknya, pakai kasut selesa yang mempunyai tapak lembut bagi memastikan serapan tekanan tulang belakang yang baik.

Elak memakai kasut tumit tinggi semasa hamil kerana boleh menyebabkan sakit belakang dan sakit kaki. Dalam situasi biasa pun, penggunaan tumit tinggi boleh mengubah postur badan dan tulang belakang Mama, apatah lagi ketika hamil, bukan?


Khas untuk Mama yang pertama kali bakal menjadi ibu, jom sertai program Motherhood New Mom untuk mendapatkan New Mom Program seperti ‘welcome gift’ percuma dan cabutan bertuah untuk 31 pemenang pada setiap bulan (1x Chicco KidFit 2-in-1 Belt Positioning Booster Car Seat, 30x Exclusive Baby Set)!

Apa tunggu lagi jom serang website Motherhood atau download aplikasi Motherhood sekarang!


Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.


Untuk pelbagai info kesihatan, Mama dan Papa boleh rujuk di SINI!