KelabMama

SABAR MAMA YA! TUNGGU SEHINGGA USIA 6 BULAN BARU BERI BAYI MAKAN

‘Dulu lepas saja lahir, mak dah beri kau makan, taklah menunggu sampai enam bulan baru boleh bagi makan, tengok sekarang sihat saja kamu adik-beradik.’

‘Eh, anak kau menangis tak berhenti ini, mesti lapar nak makan, bagi saja makan sikit mesti dia berhenti menangis.’

Situasi dan dialog seperti itu pasti membuatkan si ibu mahupun si bapa yang baru menimang cahaya mata tersepit dan buntu mencari jalan penyelesaian terbaik bagi menangani keadaan terbabit. Lebih menguji, apabila ada saja tangan yang dengan beraninya menyuapkan anak anda pelbagai jenis makanan tanpa bertanya terlebih dulu dengan alasan kuantitinya hanya sedikit untuk dirasa. Bukan mahu tunjuk pandai kepada golongan yang lebih berusia terutama kedua-dua ibu bapa yang ternyata sudah mempunyai pengalaman luas dalam menjaga dan membesarkan anak-anak. Namun, pastinya sesiapa saja mahu berikan yang terbaik terutama berkaitan pemberian makanan kepada si kecil tersayang.

Kelahiran seorang bayi sehingga menjangkau ke usia dua tahun adalah satu tempoh yang kritikal bagi menggalakkan pertumbuhan optimum, kesihatan dan perkembangan tingkah laku. Ia puncak usia apabila tumbesaran terbantut, kekurangan nutrien dan penyakit lazim seperti cirit-birit mudah berlaku. Untuk pertumbuhan dan tumbesaran yang optimum bagi bayi dan kanak-kanak di Malaysia, semua bayi perlu disusukan dengan susu ibu saja bermula detik kelahiran sehingga berusia enam bulan.

 

ELAK BERI BAYI MAKAN BELUM TIBA WAKTUNYA

Makanan pelengkap perlu diperkenalkan pada usia enam bulan sementara penyusuan susu ibu diteruskan sehingga anak berusia dua tahun. Pemberian makanan kepada bayi seharusnya tepat pada masa, mencukupi, selamat dan sesuai untuk dimakan. Pelbagai risiko penyakit terutama berkaitan usus boleh terjadi sekiranya pemberian makanan pejal diberikan dalam tempoh terlalu awal. Makanan pejal tidak boleh diberikan sebelum bayi berusia enam bulan kerana:

 

MULA PERKENAL MAKANAN PEJAL

Selepas berusia enam bulan, bayi memerlukan makanan pejal kerana susu badan saja tidak mencukupi untuk keperluan badan. Bayi yang tidak diberi makanan pejal selepas enam bulan akan mengalami kekurangan zat makanan terutama zat besi dan ia menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan minda bayi. Apabila bayi berusia enam bulan, makanan pejal harus dimulakan dan ditingkatkan secara perlahan-lahan. Dalam beberapa minggu, makanan dengan rasa, tekstur, warna dan suhu yang berlainan boleh diperkenalkan.  Apabila bayi mengambil lebih banyak makanan pejal, pengambilan susu juga akan berkurangan. Pada tahap ini, bayi perlu diberi sedikit ikan, ayam atau sumber protein lain untuk menggantikan protein dalam susu. Apa yang penting, ibu bapa dan penjaga perlu memastikan tiada tulang dalam makanan bayi. Pada usia enam hingga sembilan bulan, makanan lebih berketul boleh dimulakan dan apabila bayi sudah boleh duduk, berikan makanan yang boleh dipegang sendiri seperti biskut atau buah-buahan yang dipotong kecil seperti tembikai dan pisang.

 

TETAPKAN PENDIRIAN

Bagi menangani situasi sekiranya ada individu lain yang mempersoalkan pemberian makanan selepas enam bulan:

 

 

Sumber: Internet

 

 

 

 

 

 

Sumber: Perunding kanak-kanak, Dr Ziyad Ahmad & Utusan