KelabMama

Lembut, Gebu, dan Berkrim! Rasai Keenakan dan Kebaikan Roti Susu Hokkaido Sunshine BAHARU

roti hokkaido sunshine

Buat para pencinta roti, Mama Siti ingin memperkenalkan roti Susu Hokkaido Sunshine, satu rangkaian roti baharu oleh Roti Sunshine.

Produk terbaru ini menawarkan aroma susu yang kaya dan rasa berkrim, ditambah dengan tekstur gebu lembut yang sesuai untuk seisi keluarga!

Kredit gambar: Facebook @Sunshine Bakeries Malaysia

Roti Susu Hokkaido Sunshine dibuat dengan susu Hokkaido premium daripada lembu yang telah diberi makanan berkhasiat, dan diperah susu hanya pada usia matang, memastikan rasa susu berkrim yang disukai ramai. Dengan hanya satu gigitan sahaja pasti akan membuatkan anda mahukan lebih, kerana ia bukan sahaja lazat tetapi juga berkhasiat!

Roti Susu Hokkaido Sunshine tinggi dengan kalsium, protein dan vitamin B1, serta sumber zat besi yang baik. Malah, dua keping Roti Susu Hokkaido mengandungi kalsium sama seperti segelas susu (250ml), dan merupakan tambahan penting kepada diet yang membantu dalam perkembangan tulang dan gigi yang kuat.

Roti Susu Hokkaido disahkan Halal oleh JAKIM dan mempunyai 0% Lemak Trans & 0% Pewarna Makanan Tiruan, memastikan ia adalah pilihan yang lebih sihat untuk keluarga.

Selain itu, Sunshine Bakeries menawarkan rangkaian roti yang lebih sihat termasuk Roti Mil Penuh Sunshine 100% Australian Oat, Roti Sunshine Dengan Germa Gandum & Bran, Roti Putih Sunshine Soft White, dan Roti Pandan Homestyle Sunshine, yang dihasilkan dengan penuh kasih sayang, padat dengan 100% kebaikan untuk Mama dan seisi keluarga.

Kredit gambar: Facebook @Sunshine Bakeries Malaysia

Di samping roti-roti Sunshine adalah rangkaian perisa krim roll yang memudahkan dan kaya dengan nutrisi on the go. Perisa yang ada termasuklah Gula Mentega, Kuki & Krim, Vanila Berkrim, Coklat Hazelnut, dan siri SIGNATURE baharu Coklat Belgium dan Krim Keju & ​​Susu Hokkaido yang diperbuat daripada bahan berkualiti terbaik yang diperoleh di seluruh dunia.

Roti Susu Hokkaido Sunshine dijual pada harga RM4.50 setiap satu untuk pek 300g. Mulai hari ini, penduduk Lembah Klang dan Negeri Sembilan boleh mendapatkan Roti Susu Hokkaido Sunshine di pasar raya besar, pasar raya, kedai serbaneka dan kedai-kedai di stesen minyak termasuk AEON, AEON Big, BHPetromart, Giant, Lotus’s, myNEWS, Petron Treats, Panda Mart dan Shell Select terpilih.

Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian roti Sunshine, layari laman rasmi, Facebook, dan Instagram Sunshine Bakeries hari ini.