KelabMama

Adakah Rakyat Malaysia Terlepas Pandang Risiko Sebenar Di sebalik Penyakit Jantung?

speaker sunway medical centre

Ramai rakyat Malaysia percaya bahawa senaman secara berkala dan pemakanan seimbang sudah memadai untuk melindungi mereka daripada penyakit jantung.

Namun, pakar menjelaskan bahawa bagi individu yang berisiko tinggi mengalami penyakit kardiovaskular, amalan ini sahaja mungkin tidak cukup berkesan untuk mengawal paras kolesterol berketumpatan rendah (LDL-C), yang lebih dikenali sebagai “kolesterol jahat”, sekali gus mengurangkan risiko serangan jantung dan strok dalam jangka panjang.

Bersempena Hari Jantung Sedunia, Sesi Perbincangan Meja Bulat, bersama wakil media, dengan tajuk Pastikan Ia Rendah, Pastikan Ia Stabil (Keep it Low, Keep it Stable) menekankan kepentingan untuk memahami bagaimana kolesterol dihasilkan dan dikawal dalam badan.

Walaupun pilihan gaya hidup memainkan peranan yang penting, hati merupakan organ utama yang bertanggungjawab menghasilkan kira-kira 80 peratus kolesterol dalam aliran darah, dan baki 20 peratus lagi diperoleh daripada sumber makanan. 1 Ini bermakna, bagi kebanyakan orang, faktor biologi dan genetik boleh menyebabkan paras LDL-C tetap tinggi walaupun mereka mengamalkan gaya hidup sihat.

Perkara ini amat penting memandangkan kadar penyakit jantung di Malaysia kekal tinggi, yang menyerlahkan keperluan untuk memperkukuh usaha mencegah dan meningkatkan pengesanan awal risiko kardiovaskular. Dianggarkan satu dalam tiga individu dewasa di Malaysia atau 7.6 juta orang mengalami masalah kolesterol tinggi, manakala empat dalam 10 orang mempunyai paras LDL-C yang tinggi.

Namun hampir separuh daripadanya tidak menyedari keadaan ini kerana masalah kolesterol tinggi biasanya tiada gejala. 2 Akibatnya, ramai yang tidak mendapatkan rawatan dan tidak sedar pun mereka terdedah kepada risiko kardiovaskular.

Pakar menegaskan bahawa individu dengan profil risiko yang tinggi, termasuk mereka yang menghidap penyakit kardiovaskular seperti pernah mengalami serangan jantung atau strok, diabetes, tekanan darah tinggi, obesiti, paras LDL-C yang tinggi, atau mempunyai beberapa faktor risiko – memerlukan pendekatan pengurusan risiko yang tersusun dan berterusan.

Dr Lim Bee Chian, Pakar Perunding Kardiologi,
Pusat Perubatan Sunway,

Sunway City KL

Dr Lim Bee Chian, Pakar Perunding Kardiologi, Pusat Perubatan Sunway, Sunway City KL berkata:

“Memandangkan hati menghasilkan 80 peratus kolesterol3, dalam badan, maka bergantung kepada perubahan gaya hidup sahaja mungkin tidak mencukupi bagi individu berisiko tinggi untuk menurunkan LDL-C ke paras sasaran yang disyorkan. Dalam keadaan sebegini, di samping pemakanan dan senaman, rawatan perubatan selalunya diperlukan untuk mencapai kawalan yang lebih baik dan mengurangkan risiko kardiovaskular dengan ketara.”

“Hal ini jelas menunjukkan betapa pentingnya untuk mengenal pasti tahap risiko setiap individu bagi menentukan sasaran LDL-C yang sesuai dengan mereka. Bukti yang ada menyokong kepentingan pengurangan paras LDL-C secara berterusan. Paras sasaran yang disyorkan ini pula bergantung kepada tahap risiko seseorang, dan individu yang mempunyai risiko lebih tinggi biasanya memerlukan sasaran LDL-C yang lebih rendah. Contohnya, individu berisiko tinggi perlu mengekalkan paras LDL-C di bawah 1.8 mmol/L yang didapati dapat memperlahankan pembentukan plak dalam arteri. Paras yang lebih rendah dan dikekalkan untuk tempoh yang lebih lama boleh membantu menstabilkan, malah mengurangkan plak dalam sesetengah pesakit. 4 5 Apa yang penting bukan sekadar merendahkan paras LDL-C, tetapi mengekalkannya supaya sentiasa rendah dan stabil.”

Sesi meja bulat itu juga memperkenalkan “Tiga Tonggak Kesihatan Jantung” (Heart Health Trifecta), iaitu rangka kerja praktikal yang menekankan bahawa perlindungan kardiovaskular yang optimum untuk individu berisiko tinggi memerlukan ketiga-tiga kompenan berikut:

Pakar menegaskan kegagalan melaksanakan mana-mana satu komponen ini boleh menyebabkan risiko kardiovaskular yang masih ada tidak dapat dikawal dengan berkesan.

Celeste Lau, Penolong Pengarah Dietetik,
Pusat Perubatan Sunway,
Sunway City KL

Cik Celeste Lau, Penolong Pengarah Dietetik, Pusat Perubatan Sunway, Sunway City KL menjelaskan:

“Pemakanan yang baik untuk jantung tidak semestinya rumit, sebaliknya berikan tumpuan kepada perubahan kecil yang dilakukan secara konsisten atau memilih pengganti makanan yang lebih sihat dalam kehidupan seharian. Melalui cara ini, kita dapat membentuk tabiat pemakanan yang boleh dikekalkan dalam jangka panjang. Amalan yang konsisten inilah yang membawa kepada penambahbaikan paras kolesterol.”

“Bagi yang mempunyai masalah LDL-C tinggi, mereka perlu membuat pilihan yang praktikal dan realistik untuk membantu mengurangkan pengambilan lemak tepu, meningkatkan kualiti pemakanan, dan menyokong kawalan kolesterol sebagai sebahagian daripada pengurusan kesihatan yang menyeluruh.”

Cik Nathalie Goh, Jurufisioterapi, Pusat Perubatan Sunway, Sunway City KL, berkata:

“Untuk individu berisiko tinggi dan pesakit yang mempunyai masalah kardiovaskular, aktiviti fizikal perlu dirancang sewajarnya supaya ia dapat meningkatkan kadar denyutan jantung secara selamat. Walaupun ia mungkin menyebabkan mereka tercungap sedikit, tetapi itu adalah petanda berguna yang menunjukkan sistem kardiovaskular sedang dirangsang dalam julat yang selamat dan berkesan. Ia boleh merangkumi program pemulihan yang dipantau, aktiviti sosial berimpak rendah seperti kumpulan berjalan kaki, tarian berbaris, atau pelan senaman yang disesuaikan mengikut keperluan individu yang disediakan dengan bantuan profesional penjagaan kesihatan. Selain intensiti, kekonsistenan dan kesesuaian senaman dengan keadaan setiap individu juga sangat penting. Apabila dilakukan secara berkala dan selamat, senaman memainkan peranan besar dalam pemulihan jantung jangka panjang, yang membantu meningkatkan ayaan fungsi, tahap kebolehan berdikari, dan kualiti hidup secara keseluruhan.”

Nathalie Goh, Jurufisioterapi,
Pusat Perubatan Sunway,
Sunway City KL

Semasa sesi meja bulat tersebut, Dr Lim turut membincangkan pelbagai pilihan terapi penurunan lipid yang digunakan dalam penjagaan kardiovaskular, daripada statin dan ezetimibe hinggalah kepada perencat PCSK-9 dan terapi berasaskan RNA.

Pilihan tambahan juga sedang dipertimbangkan untuk pesakit yang tidak mencapai sasaran LDL-C yang disyorkan melalui kaedah konvensional.

Perkembangan landskap rawatan ini menggambarkan semakin banyak pilihan terapi yang tersedia untuk membantu pesakit yang memerlukan pengurangan LDL-C tambahan, selain perubahan gaya hidup dan rawatan standard sedia ada.

Sebagai sebahagian daripada penjagaan yang dipantau oleh pakar dan disesuaikan mengikut keperluan pesakit, pendekatan ini menyokong pengurangan LDL-C yang berterusan, selaras dengan sasaran yang disyorkan dalam garis panduan.

Sanjeev Balachandran, Presiden Serantau Novartis Malaysia, Brunei dan Pasaran Membangun Asia (Asia Emerging Market/AEM), berkata:

Ramai rakyat Malaysia mungkin tidak menyedari risiko yang dikaitkan dengan paras LDL-C yang tinggi sehinggalah mereka mengalami masalah kardiovaskular yang serius. Bagi menangani cabaran ini, selain meningkatkan kesedaran tentang faktor lain yang turut mempengaruhi kesihatan jantung seperti Lipoprotein(a) atau Lp(a), adalah penting untuk mempertingkatkan kefahaman masyarakat, menggalakkan penilaian risiko lebih awal, dan menyokong pengurusan risiko kardiovaskular jangka panjang yang berkesan.

Melalui kerjasama yang merentas ekosistem penjagaan kesihatan, Novartis Malaysia terus komited untuk memajukan bidang kesihatan kardiovaskular dan membantu lebih ramai rakyat negaraini mengambil langkah proaktif dalam menjaga kesihatan jantung mereka, sejajar dengan saha kami untuk meningkatkan dan memanjangkan kehidupan.

Rakyat Malaysia juga digalakkan untuk melayari laman mikro Unblocked Movement di (https://unblockedmovement.my/) bagi menyemak risiko kardiovaskular mereka dan sasaran LDL- C yang sepadan, seterusnya berbincang dengan doktor mengenai strategi pengurusan jangka panjang yang sesuai mengikut profil risiko masing-masing.

Sesi Meja Bulat bersama wakil media bertema Pastikan Ia Rendah, Pastikan Ia Stabil (Keep it Low, Keep it Stable) itu menyokong usaha nasional yang lebih menyeluruh untuk meningkatkan pencegahan penyakit kardiovaskular melalui saringan awal, perubahan gaya hidup yang berterusan dan rawatan berasaskan garis panduan yang diberi pada masa yang sesuai mengikut keperluan klinikal.

Rujukan

  1. Harvard Medical School. How it’s made: Cholesterol production in your body.
    https://www.health.harvard.edu/heart-health/how-its-made-cholesterol-production-in-your-body
  2. Ministry of Health Malaysia. National Heath and Morbidity Survey 2023: Key Findings.
  3. American College of Cardiology. ACC/AHA Issue Updated Guideline for Managing Lipids, Cholesterol. https://www.acc.org/About-ACC/Press-Releases/2026/03/13/18/01/ACCAHA-Issue-Updated-Guideline-for-Managing-Lipids-Cholesterol
  4. 4 Han Y, et al. Quant Imaging Med Surg 2024;14(2):1660–1672.
  5. 5 National Heart Association of Malaysia. Clinical Practice Guidelines: Management of Dyslipidaemia 2023 (6th Edition) https://www.malaysianheart.org/management.file/doc/202312237439134019.pdf

Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Kelab Mama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.


Dapatkan info terkini daripada pakar kesihatan di Malaysia melalui ruang INI.