KelabMama

Risiko Air Ketuban Yang Kurang Atau Berlebihan Pada Kandungan

Air ketuban atau ‘amniotic fluid’ ialah satu cecair yang berasal daripada rembesan kulit bayi dan produk air kencing bayi yang mengelilingi bayi semasa dalam kandungan ibu. Biasanya bersifat jernih dan tidak berwarna, tetapi boleh bertukar menjadi warna kepada kehijau-hijauan atau kecoklatan sekiranya bercampur dengan najis janin. Antara sifatnya ialah ia tidak pekat seperti lelehan faraj dan tidak berbau sebagaimana air kencing, sebaliknya ia bersifat cecair dan cepat membasahi atau meleleh apabila terpecah. Air ini akan terus memenuhi kantung rahim sepanjang tempoh kehamilan.

Fungsi

Antara fungsi air ketuban ialah ia mengisi ruang perantara di antara janin, tali pusat dan dinding rahim bagi membantu penyerapan kesan hentakan luar (trauma kemalangan), menyerap kesan himpitan sekiranya berlaku pengecutan rahim, selain daripada menstabilkan suhu persekitarannya.

Air ketuban juga bertindak sebagai lapisan pendinding kepada jangkitan dan memberi ruang kepada bayi dalam kandungan untuk menggerakkan anggota tubuh iaitu kaki dan juga tangannya.

Masalah Ketika Hamil

Masalah air ketuban kurang ini kerap dialami terutama bagi ibu yang melahirkan anak sulung. Selalunya masalah air ketuban ini jarang berlaku pada kehamilan akan datang. Walau bagaimanapun, ia mungkin dianggap perkara biasa justeru tidak ramai mengetahui pentingnya air ketuban serta risiko yang dialami sekiranya kekurangan air ketuban. Kekurangan air ketuban dipanggil ‘oligohidramnios’. Kadar normal air ketuban ialah dari bacaan 0.5- 2.5 liter. Air ketuban kurang biasanya merujuk kepada masalah buah pinggang bayi atau tekanan darah tinggi ibu.

Punca-puncanya ialah:

RISIKO KEKURANGAN AIR KETUBAN (OLIGOHYDRAMNIOS)

RISIKO AIR KETUBAN TERLALU BANYAK (POLIHIDRAMNIOS)

Sumber: Sinar Harian