KelabMama

On Tak On Mama? 7 Restoran atau Cafe Untuk Pengamal Diet Vegan Di Sekitar Lembah Klang

Menukar diet ke vegan yang terdiri daripada sayur-sayuran dan juga buah-buahan mempunyai pelbagai kebaikan dari segi kesihatan kita. Sejak ada budaya cafe-hopping ni mungkin sedikit leceh untuk para pengamal diet vegan makan di restoran dan kafe ni.

Mujur untuk Mama, Mama Siti ada senarai restoran atau cafe yang sesuai untuk pengamal diet vegan yang boleh dicuba dengan keluarga Mama!

Jom kita teruskan membaca!

7 Senarai Restoran Vegan Friendly Yang Mama WAJIB Cuba

#1 The Vegan Place

Kredit gambar: Instagram The Vegan Place

Jika Mama mahukan rasa masakan Melayu yang hasil hanya daripada sayur-sayuran dan tumbuhan, boleh la datang The Vegan Place ni!

Menu mereka mungkin sedikit kecil jika nak dibandingkan dengan restoran dan kafe lain, tetapi semua pasti menaikkan selera Mama!

“Suka makanan di sini, ia juga konsisten dan berbeza dari tempat lain. Favourite saya semestinya rendang Nasi Lemak Rendang mereka! Ia adalah pesaing untuk tempat vegan kegemaran saya di KL”

Mama Siti pun dah pernah pergi, memang sedap! Jom cuba~

Waktu Operasi:
Tutup pada hari Selasa
Isnin, Rabu- Khamis 10:30AM – 5PM
Jumaat – Ahad 10:30AM – 10PM
Alamat:  4, Jalan 28/70a, Desa Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Tel: 011-23325859

#2 My Real Cafe Vegetarian

My Real Cafe Vegetarian

Dengan pelbagai rasa yang boleh menaikkan selera Mama, My Real Cafe sediakan hidangan yang sihat dan lazat! Mempuyai pelbagai menu yang menarik, termasuk set makanan, hidangan individu dan sebagainya.

Majoriti makanan dalam menu adalah lokal, dengan beberapa hidangan barat seperti pasta, burger, dan kentang goreng turut serta dihidangkan. Wow!

Seorang pelanggan mengatakan,

“Kari ikan, Udang Sambal Petai, Cendawan Abalone, Kacang Perancis dengan Daging Kisar, dan hidangan lain semuanya disediakan dengan daging tipu, yang diperbuat daripada Soya dan Tauhu dan 100% daging vegetarian.”

Waktu Operasi:
Isnin – Jumaat: 10:45AM – 8:45PM
Sabtu: 11AM – 9:15PM
Ahad: 11AM – 2:30 PM, 5– 9:15 PM
Alamat: 10, Jalan 52/4 PJ New Town 46200 Petaling Jaya Selangor Malaysia
Tel: 017-229 5526, 03-7499 2085

#3 The Ganga Cafe

The Ganga Cafe

Terletak di Seapark, The Ganga Cafe menyediakan pelbagai juadah yang pasti Mama dapat enjoy bersama keluarga!

Restoran ini sangat sesuai bagi penggemar diet vegan yang sukakan makanan asli India Vegetarian dengan pilihan gluten-free dan vegan tersedia.

Makanan-makanan di sini disediakan tanpa MSG, pewarna, bahan tambahan, dan juga telur. Mereka juga menawarkan servis katering untuk majlis-majlis seperti perkahwinan, hari jadi, dan lain-lain.

Jika Mama perlukan hidangan India, boleh kunjung ke sini!

Waktu Operasi:
Tutup pada hari Selasa
Rabu – Isnin: 8:30 AM – 10:00 PM
Alamat:  24, Jln 21/19, Sea Park, 46300 Petaling Jaya, Selangor
Tel: 03-7494 3826

#4 Veggielicious Thai

Veggielicious Thai

Inginkan masakan Thai tetapi perlukan alternatif vegan? Mari datang ke Veggielicious Thai Cuisine!

Lengkap dengan makanan Thai seperti Tomyam, Nasi Goreng Nenas, Ayam Kari Hijau dan macam-macam lagi.

Mereka juga menawarkan minuman seperti mango shake, teh ais thai, teh halia serai panas. Jom ajak famili datang sini!

Waktu Operasi:
Tutup pada hari Isnin
Selasa – Ahad: 11AM–2:30PM, 6–8:45PM
Sabtu 11AM–2:30PM, 6–8:15PM
Alamat: 17-G, Jalan 17/56, Seksyen 17, 46400 Petaling Jaya, Selangor
Tel: 03-7931 3299

#5 Minf Houze Vegan Cafe

Minf Houze Vegan Cafe

Menu yang mereka tawarkan termasuk Vegan Nasi Lemak, Asam Laksa, Mi Hokkian, Udon Miso, Nasi Hainanese, Bubur rendah kalori dan macam-macam lagi. Salah seorang pelanggan mereka, rekomen Wantan Ramen! Jom cuba!

Review dari pelanggan mereka,

“Pertama, lokasi yang bagus, di pusat bandar. Tempat letak kereta juga luas. Menu sedap dan terdapat pelbagai pilihan”

Waktu Operasi:
Isnin – Sabtu: 10AM – 8:30PM
Tutup pada hari Ahad
Alamat: Cosway Guesthouse, Lot 3.20 & 3.21, 3rd Floor, 88, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur, 50200 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Tel: 03-2110 1332

#6 Sala

Sala di Hartamas

Dengan nama yang simple dan senang untuk diingat, Sala adalah restoran vegan yang menunya berkonsepkan Latin, atau juga dikenali sebagai Texan & Mexican (tex-mex). Jika Mama peminat makanan latin, boleh la datang dan cuba!

Restoran vegan ini juga menyediakan kemudahan penghantaran, memudahkan para pelanggannya untuk hanya pesan dalam talian sahaja~

Satu review mengatakan,

“Terpesona dengan burrito cendawan mereka, ia pastinya salah satu burrito kegemaran saya, rasa sos melengkapkan hidangan ini dengan pilihan cendawan yang terbaik!”

Kalau tak teracun dengan review yang jujur ni, Mama Siti pun tak tahu la! Jom serbu sekarang juga!

Waktu Operasi:
Setiap hari: 11AM–9PM
Alamat: A-G-3A Galeria Hartamas, No 21 , Jalan 26a/70a, Desa Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur
Tel: 011-1150 3606
Website: https://salakl.com/

#7 Kusa Japanese Vegan

Kusa Japanese Vegan

Buka sejak 2019, Kusa Japanese Vegan adalah restoran vegan yang menyediakan hidangan makanan Jepun yang pasti menaikkan selera Mama!

Jika Mama craving sushi, ramen serta tempura, boleh la berkunjung ke sini. Bukan sahaja vegan, ia juga mempunyai hidangan gluten-free jika Mama mempunyai sesetengah food restriction seperti alahan makanan.

Sebelum ini, kedai mereka dinamakan SUPE Vegan.

Waktu Operasi:
Tutup pada hari Selasa
Rabu – Khamis: 11AM –3:30PM, 4:30–9PM
Jumaat – Ahad: 11AM–3PM, 5–10PM
Isnin: 11AM–3:30PM, 4:30–9PM
Alamat:  Unit G2, Wisma Noble Land No 2, Lorong Changkat, Lorong Ceylon, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur
Tel: 011-5758 8479

Menarik kan restoran dan juga cafe ni, Mama? Jom la pujuk Papa pergi ke restoran vegan yang ada di atas ni! Selamat mencuba~


Perlu ke jadi Vegan ni? Kalau Mama nak tahu, klik di SINI.