KelabMama

Masa Untuk ‘Vacay’! Top 5 Resort Yang Mesra Kanak-Kanak Di Malaysia

Cuti sekolah dan cuti hujung minggu yang panjang dalam bulan ni nak pergi mana Mama? Dah buat perancangan ke belum? Kalau belum, jom Mama Siti tolong! Ia adalah sangat wajar untuk ibu bapa rancang percutian mereka dengan awal. Ini adalah untuk mengelak daripada kesesakan jalan raya ataupun last-minute plan dan akhirnya percutian pun kena cancel. Alamak!

Of course, apabila musim cuti sekolah ni, memang banyak kerenah bila bawa anak-anak bercuti. Oleh itu, Mama Siti ada sediakan senarai hotel dan resort yang family-friendly supaya Mama pun senang untuk bawa si manja nanti!

Jom tengok semuanya di bawah~

5 Resort Mesra Kanak-Kanak Untuk Mama Teroka

#1 Lexis Hibiscus, Port Dickson

Kredit gambar: Shutterstock

Teringin nak tidur atas air? Tidur bertemankan air laut? Haa, jom book percutian ke Lexis Hibiscus, Port Dickson! Lengkap dengan kolam di dalam bilik, tidak perlu lagi bawa anak-anak main di kolam renang awam. Musim-musim COVID-19 ni, kita kena berjaga-jaga. Dengan kawasan bilik tidur luas dan lengkap, semestinya ia akan menjadi percutian yang tak dapat dilupakan oleh si manja.

Lengkap juga dengan pantai persendirian yang bersih serta cantik untuk Mama sekeluarga nikmati, Lexis Hibiscus juga mempunyai Kidz World khas untuk si manja Mama! Malas nak klik satu-satu? Mereka juga menawarkan pakej untuk keluarga, untuk memudahkan proses tempahan Mama. Klik di sini sahaja.

Laman Web: https://www.lexishibiscuspd.com/

Alamat: 12th Mile, Jalan Pantai, Pasir Panjang 71250, Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia. 

No. Tel: +606 660 2626  

#2 Sunway Lost World Of Tambun Hotel, Ipoh

Kredit gambar: Sunway Lost World In Tambun

Inginkan percutian bersama taman tema air yang menyeronokkan? Jom ke Sunway Lost World Of Tambun! Mempunyai lebih 80 tarikan untuk si kecil, mereka boleh bersuka ria hingga puas.

Dikelilingi dengan rimbunan hijau, sesuai untuk anak Mama yang gemarkan pengembaraan. Jika Mama perlukan katil bayi, boleh membuat permintaan di kaunter penyambut tamu. Tetapi, ingat ya. Ini Mama perlu buat tempahan awal.

Pada waktu malamnya, jangan lupa untuk kunjungi hot springs mereka yang menenangkan dan menyegarkan tubuh badan, serta melihat lampu-lampu neon di sini. Mama Siti love sangat kalau berkunjung ke Ipoh ni – banyak tempat menarik dan tempat makan yang sesuai untuk seisi keluarga.

Laman Web: https://sunwaylostworldoftambun.com/lost-world-hotel/

Alamat: 32-20, Jalan Sci 3/13, Sunway City, 31400 Ipoh, Negeri Perak

No. Tel: +605 540 8888

#3 Legoland Malaysia Resort, Johor

Kredit gambar: Shutterstock

Jika Anak Mama pengemar permainan Lego, apa kata Mama lawat Legoland yang penuh dengan tarikan untuk si manja? Selain bangunan semua dipenuhi dengan Lego, Legoland mempunyai taman tema, taman tema air dan juga akuarium SEA LIFE. Mereka juga mempunyai Miniland di mana Mama dan anak Mama boleh lihat versi miniatur sebenar mercu tanda yang terkenal di Asia! Jangan risau, katil bayi tersedia atas permintaan dan sama seperti resort lain, ia perlu membuat tempahan awal.

Jom tempah bilik di sini sekarang.

Alamat: 7, Jalan Legoland, Medini, 79250 Nusajaya, Johor

No. Tel: +607 597 8888

#4 Four Seasons Resort, Langkawi

Kredit gambar: Four Season Langkawi

Dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa dan pemandangan yang luar biasa, apa kata Mama ke Four Seasons, Langkawi? Suasana yang sangat relaxing, pasti keluarga Mama akan dapat nikmati percutian ini. Walaupun hotel ini merupakan salah satu resort ‘level atas’, namun ia sesuai untuk mereka yang inginkan percutian yang eksklusif bersama anak-anak.

Four Seasons Langkawi mempunyai aktiviti khas untuk kanak-kanak, ‘Schoolcations‘, di mana si manja boleh pelajari benda baharu sewaktu berada di sini seperti Spectacular Nature, Kiddie Spa, Itty Bitty Fisherman, Pool Playtime dan macam-macam lagi! Mereka juga menyediakan kelab kanak-kanak dengan pelbagai aktiviti menarik buat si kecil Mama.

Sambil Mama dan keluarga bercuti di Four Seasons ni, jangan lupa untuk kunjungi pelbagai tempat menarik di Langkawi seperti dikongsikan dalam artikel ni.

Laman Web: https://www.fourseasons.com/langkawi/

Alamat: Jalan Tanjung Rhu, 07000 Langkawi, Kedah

No Tel: +604 950 8888

#5  Sunway Resort Hotel & Spa, Selangor

Kredit gambar: Shutterstock

Sesuai untuk trip percutian bersama keluarga, Sunway Hotel mempunyai family room untuk Mama dan anak-anak! Sunway Resort Hotel & Spa juga mempunyai kemudahan yang lengkap untuk si manja seperti Waterventure dan Wonderland Explorers.

Untuk kemudahan si kecil, pihak Sunway Resort Hotel & Spa juga boleh menyediakan katil bayi bagi tempahan awal. Nak lebih best, Mama dan anak-anak boleh berkunjung ke Sunway Lagoon Waterpark, Wildlife Park dan macam-macam lagi.

Tunggu apa lagi Mama, tempah sekarang supaya tidak terlepas dengan harga bilik menarik.

Laman Web: https://www.sunwayhotels.com/sunway-resort

Alamat: Persiaran Lagoon, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor

No Tel: +60 3-7492 8000

Banyak juga kan hotel dan resort yang family-friendly di Malaysia yang sangat sesuai untuk ibu bapa bersama anak kecil? Jangan tunggu lama-lama. Dah jumpa yang paling sesuai dengan Mama dan keluarga, terus tempah dan nikmati saat-saat terindah bersama anak-anak. Happy holiday!