KelabMama

4 Resipi Sup Paling Mudah & Berkhasiat, Khas untuk Mama Cuba!

resipi sup mudah

Tugas di dapur ni memang tak pernah habis, kan? Kadang-kadang, kita perlukan menu penyelamat yang cepat, ringkas, tapi tetap kena ada nutrisi untuk anak-anak dan Papa. Haa, jangan pandang remeh dengan menu sup!

Sup adalah antara hidangan yang paling versatile, ia boleh jadi pembuka selera, hidangan utama, atau makanan comfort saat anak tak sihat. Paling penting, memasak sup ni tak rumit. Jom, Mama Siti kongsikan resipi sup paling simple dan tetap sedap yang Mama boleh on-the-spot cuba.

4 Resipi Sup Paling Simple dan Sedap

1. Sup Cendawan Ala Thai

Kredit Gambar: Vecteezy

Bahan-bahan

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis serai, bawang putih serta bawang Holland sehingga wangi. Apabila sudah naik bau, barulah masukkan air.
  2. Biarkan air mendidih, kemudian masukkan lobak merah. Perasakan dengan sedikit sos ikan dan masukkan cendawan tiram. Masak seketika sehingga sayur lembut.
  3. Tambah tomato, tutup api dan akhir sekali tuangkan jus lemon untuk rasa yang lebih segar.
  4. Sup siap dihidang dan sedia dinikmati panas-panas.

Nota: Kalau Mama nak pedas boleh masukkan cili ikut citarasa Mama.

Resipi: Rasa

2. Resipi Sup Makaroni

Kredit Gambar: Taste

Bahan-bahan

Bahan untuk ayam

Bahan untuk sup

Cara Penyediaan:

  1. Perapkan dada ayam dengan garam, lada hitam, serbuk bawang putih dan cayenne pepper sehingga sebati.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam pot. Masak dada ayam tersebut, balikkan beberapa kali sehingga bahagian luar menjadi keperangan. Angkat dan potong dadu kecil.
  3. Dalam pot yang sama, cairkan butter. Masukkan bawang putih, bawang Holland, lobak merah dan celery. Gaul sehingga naik bau dan sedikit layu.
  4. Tambahkan tomato paste dan kiub ayam.
  5. Masukkan mixed herbs, garam, lada hitam dan chili flakes. Kemudian masukkan ayam yang telah dipotong dadu tadi dan tuangkan air.
  6. Biarkan mendidih seketika.
  7. Sementara itu, rebus makaroni dengan sedikit garam sehingga lembut. Toskan.
  8. Bila sup sudah mendidih, masukkan tomato, cooking cream, cendawan butang dan makaroni yang telah direbus.
  9. Akhir sekali, masukkan daun basil dan Parmesan cheese. Kacau sehingga semuanya sebati dan sup menjadi lebih berkrim.
  10. Sedia untuk dihidangkan panas-panas.
  11. Siap untuk dihidangkan.

Nota: Kalau Mama suka kuah yang lebih banyak, Mama boleh asingkan makaroni dan tambah kuah time nak makan nanti.

Resipi: Tiktok Hazwanramli

3. Sup Wantan Ayam dan Udang

Kredit Gambar: One Happy Bite

Bahan-bahan

Bahan untuk filling

(Anggaran dalam 40 biji wantan untuk sukatan ini)

Bahan untuk sup

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan ayam, udang, daun bawang dan bawang putih ke dalam satu mangkuk.
  2. Tambahkan sos tiram, garam, lada hitam, gula dan kicap masin. Gaul sehingga semua bahan sebati.
  3. Ambil satu sudu inti dan letakkan di atas kulit wantan. Sapukan sedikit air di sekeliling kulit wantan, kemudian lipat dan cantumkan sehingga membentuk seperti piramid.
  4. Ulang langkah yang sama sehingga semua inti habis digunakan.
  5. Untuk sup, Mama masukkan air ke dalam pot. Tambahkan kiub ayam, batang daun bawang, halia, bawang putih, minyak bijan dan kicap cair.
  6. Gaul rata. Apabila sup sudah mendidih, kecilkan api dan masukkan wantan satu per satu.
  7. Biarkan selama lebih kurang 5 minit. Bila wantan mula terapung, itu tandanya ia sudah masak. Tutupkan api.
  8. Masak lebih kurang 5 minit. Bila semua wantan sudah terapung, itu tandanya sudah masak. Tutup api.
  9. Sedia untuk dihidangkan.

Resipi: Cammie Yaacob

4. Sup Tomato

Kredit Gambar: Kenna’s Choice

Bahan-bahan

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan sedikit minyak, kemudian renehkan bawang Holland, bawang putih dan tomato sehingga lembut.
  2. Apabila semuanya sudah layu dan wangi, tambahkan air secukupnya dan kacau rata.
  3. Masukkan cendawan dan pucuk, kemudian perasakan dengan sos tiram dan kiub.
  4. Kemudian, tuangkan telur yang telah dipukul perlahan-lahan sambil Mama kacau supaya ia berserabut cantik dalam sup.
  5. Masukkan masukkan daun bawang, garlic oil dan lada putih. Kacau seketika sehingga semuanya sebati.
  6. Siap dihidang untuk keluarga.

Resepi: Hadi Salleh

Nampak tak, Mama? Masak sup tak semestinya membosankan. Dengan resipi sup ni, Mama boleh tukar-tukar menu supaya keluarga tak jemu. Setiap hidangan sup yang berasap panas, dihidangkan bersama nasi putih, memang menjadi penyatuan keluarga di meja makan.

Jadi, Mama nak cuba resipi sup yang mana satu dulu malam ni? Tak kisah yang mana pun, asalkan ia dimasak dengan kasih sayang Mama, pasti menjadi hidangan terbaik di dunia! Selamat mencuba!


Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.


Mama nak cuba resipi yang lain-lain untuk masak tengah hari nanti? Klik di SINI.