KelabMama

Sahur Nak Masak Apa? Tak Perlu Fikir Panjang Dah, Sardin Tin Je

menu sardin tin

Bila waktu sahur, selalunya kita nak sesuatu yang cepat, ringkas dan tak memerlukan banyak tenaga. Mata masih mamai, otak pun masih berkira-kira nak bangun atau tak. Jadi, inilah masanya sardin tin menjadi penyelamat untuk Mama sekeluarga.

Tak perlu defrost, tak perlu lauk banyak, buka tin pun dah boleh terus masak. Sardin tin bukan jimat masa je, tapi mengandungi protein yang bantu rasa kenyang lebih lama.

Digabungkan pula dengan telur, roti atau nasi panas, terus jadi menu sahur yang menyelerakan. Jom tengok 5 resipi sahur sardin tin yang Mama boleh rotate sepanjang Ramadan tanpa rasa bosan.

5 Resipi Sardin Tin Ketika Sahur

1. Sambal Sardin

Kredit Gambar: Channel YouTube Che Nom

Bahan-bahan

Cara Penyediaan:

  1. Potong kasar cili besar, cili padi, bawang merah dan bawang putih, kemudian kisar kasar dan ketepikan.
  2. Hiris membulat bawang besar untuk dijadikan taburan di akhir sekali.
  3. Kupas kulit kentang, potong bentuk wedges, rendam sekejap kemudian gaul dengan sedikit garam.
  4. Panaskan minyak dan goreng kentang hingga keperangan. Angkat dan ketepikan.
  5. Asingkan isi ikan sardin daripada kuahnya, kemudian goreng isi ikan sehingga garing. Angkat dan ketepikan dahulu.
  6. Tumis bahan kisar kasar sehingga layu dan naik bau.
  7. Masukkan semua kuah sardin dan kacau hingga kuah sedikit pekat serta pecah minyak.
  8. Masukkan garam, sos tiram, sos cili, kentang goreng dan ikan sardin goreng.
  9. Jika kuah terlalu kering, tambahkan sedikit air mengikut kepekatan yang diinginkan.
  10. Perahkan sedikit jus limau nipis untuk menghilangkan bau hanyir ikan.
  11. Akhir sekali, Mama taburkan hirisan bawang besar dan cili padi sebelum dihidangkan.

Tip: Masa menggoreng ikan, biarkan bahagian bawah benar-benar garing dahulu sebelum Mama alihkan. Jika terlalu kerap dialih atau dialihkan terlalu cepat, isi ikan mudah hancur.

Resipi: Che Nom

2. Sardin Masak Lemak Cili Api

Kredit Gambar: Reddit

Bahan-bahan

Cara Penyediaan:

  1. Asingkan kuah sardin daripada ikan, kemudian panaskan minyak dan goreng ikan sardin seperti biasa sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Kisarkan bawang merah, bawang putih dan cili padi sehingga halus.
  3. Tumis bahan kisar sehingga naik bau dan sedikit pecah minyak.
  4. Masukkan daun limau purut serta kuah sardin dari dalam tin, kemudian kacau sebati.
  5. Kemudian, masukkan serbuk kunyit, kacau sekejap sebelum masukkan santan. Kacau perlahan dan tambahkan sedikit air jika perlu.
  6. Masukkan asam keping, garam dan serbuk perasa secukupnya, kemudian masukkan pucuk paku dan kacau rata.
  7. Akhir sekali, masukkan ikan sardin yang digoreng tadi. Kacau sekejap sehingga sebati dan siap untuk dihidangkan.

Tip: Pucuk paku boleh digantikan dengan kacang panjang atau kentang mengikut citarasa Mama.

Resipi: TikTok fatihahanapi

3. Sardin Masak Kicap

Kredit Gambar: Channel YouTube Jom Masuk DAPUR

Bahan-bahan

Cara Penyediaan:

  1. Goreng kentang hingga garing, kemudian angkat dan ketepikan dahulu.
  2. Menggunakan minyak yang sama, masukkan sedikit tepung gandum ke dalam minyak untuk mengelakkan ikan meletup.
  3. Goreng ikan sardin hingga garing, angkat dan ketepikan.
  4. Tumis bahan tumbuk iaitu bawang putih, bawang merah dan halia sehingga naik bau dan sedikit garing.
  5. Masukkan cili kisar dan kacau hingga cili masak sepenuhnya.
  6. Masukkan kuah ikan sardin dan kacau sekejap.
  7. Perasakan dengan kicap pedas manis, sos cili dan perasa secukupnya, kemudian kacau hingga kuah masak dan sebati.
  8. Masukkan bawang Holland dan cili merah besar, kacau sehingga bawang sedikit layu.
  9. Akhir sekali, masukkan kentang dan ikan sardin, kacau perlahan hingga semuanya sebati dan masak.

Resipi: Channel Jom Masuk DAPUR

4. Sardin Berlado

Kredit Gambar: TF Value Mart

Bahan-bahan:

Cara Penyediaan:

  1. Kisar bawang merah, bawang putih, cili padi dan cili merah sehingga halus.
  2. Salutkan ikan sardin dengan tepung jagung, kemudian goreng sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Tumis bahan kisar bersama halia sehingga naik bau dan masak.
  4. Masukkan ikan sardin goreng dan cili padi ke dalam bahan tumis, kemudian gaul sebati.
  5. Perasakan dengan perasa dan garam secukupnya, kemudian perahkan sedikit limau nipis. Siap untuk dihidangkan.

Tip: Untuk yang sukakan rasa masam, boleh tambah sedikit perahan limau nipis ketika hendak makan. Gabungan rasa masam dan pedas memang buat makan bertambah

Resipi: Tiktok rosehayatie_kitchen

5. Sambal Sardin Telur Pecah

Kredit Gambar: YouTube Channel Che Nom

Bahan-bahan

Cara Penyediaan:

  1. Goreng cili padi sehingga agak layu, kemudian angkat dan toskan minyak.
  2. Sediakan bahan kisar halus; kisar semua bahan dengan sedikit air hingga sebati.
  3. Asingkan isi sardin daripada kuahnya.
  4. Gaul kentang dengan garam secukup rasa.
  5. Panaskan sedikit minyak, goreng potongan kentang sehingga masak dan keperangan. Angkat dan toskan minyak.
  6. Goreng isi sardin sehingga agak garing, angkat dan toskan minyak.
  7. Tumis bahan kisar halus sehingga masak dan pecah minyak.
  8. Masukkan sos tomato, sos tiram, air asam jawa, garam, gula, ikan sardin goreng dan hirisan bawang holland. Kacau sebati.
  9. Masukkan kuah sardin dan masak sehingga pecah minyak.
  10. Masukkan telur dan biarkan sehingga telur masak mengikut cita rasa sendiri.
  11. Setelah hampir masak, taburkan kentang goreng dan cili padi goreng di atasnya.
  12. Sambal Sardin Telur Pecah kini sedia untuk dihidangkan.

Tip: kalau Mama tak ada cili kering, Mama boleh gantikan dengan cili kisar.

Resipi: YouTube Channel Che Nom

Tak semua Mama waktu sahur ada tenaga Mama nak masak lama-lama. Jadi bila buntu fikir menu untuk sahur, sardin tin lah jawapannya. Cepat, mudah dan tetap mengenyangkan yang penting Mama sekeluarga sempat sahur dengan tenang.


Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.


Mama nak cuba resipi yang lain-lain untuk masak berbuka nanti? Klik di SINI.