KelabMama

Resepi Kuih Dorayaki Yang Enak Dan Lazat

Kuih Dorayaki ini sangat terkenal di Jepun dan popular dalam siri animasi doraemon. Inti asal untuk kuih ini adalah kacang merah atau Anko dalam bahasa Jepun. Cara membuatnya cukup mudah. Mama-mama sekalian bolehlah sediakannya untuk keluarga tersayang. Tidak kira yang tua dan muda pasti menyukai rasanya. Jika ada ahli keluarga yang allergik terhadap kacang merah, Mama boleh menggantikannya dengan coklat, mentega kacang, jem buah-buahan atau krim vanilla.

Jom Buat Kuih Dorayaki!

BAHAN-BAHAN:

CARA MEMASAK:

 1.    Pukul telur sehingga kembang. Kemudian masukkan madu, minyak dan esen vanila. 

 2.    Masukkan tepung dan serbuk penaik ke dalam adunan telur tadi. Kaup balik sehingga rata.

 3.    Panaskan non-stick pan dan tuang sedikit adunan secara membulat ke dalam kuali.

 4.    Biarkan masak dan boleh diletakkan inti dan apit dua keping dorayaki bersama. Siap!

Mudah bukan? Buat sebagai minuman petang bersama air teh, pasti menyelerakan. Lagi pula, kuih dorayaki ini bukan sahaja bakal menjadi kegemaran anak kecil Mama, si Papa pun pasti suka! Mama dah cuba resepi ini? Jangan lupa kongsikan bersama Mama yang lain!