KelabMama

Pedas Terangkat – Resepi Ayam Kicap Ala 3 Budak Gemok Kegemaran Semua

Kalau masih ada yang tertanya-tanya ‘ayam 3 budak gemok tu apa? ‘

Mari sini Mama Siti nak ceritakan sesuatu. Sebenarnya, menu ayam 3 budak gemok ialah ayam masak kicap yang dihidangkan dengan sambal ikan masin dan hirisan timun. 

Disebabkan dah viral satu Malaysia, jadi Srezuan Nazlan Ismail pun turut sama berkongsi rahsia di laman Facebook nya tentang resepi buat ayam kicap ala 3 budak gemok.

Jom kita tengok apa bahan yang diperlukan untuk menyediakan ayam masak kicap istimewa ini. 

Resepi Ayam Kicap Ala 3 Budak Gemok

Kredit gambar: mStar

Resepi Oleh: Srezuan Nazlan Ismail

Bahan-Bahan Utama

Bahan-Bahan Kisar

Bahan-Bahan Lain

Cara-Cara

#1 Lumurkan ayam dengan kunyit dan garam dan goreng separuh masak. Kemudian, tumbuk kasar cili padi, bawang putih, bawang besar, halia dan daun kari.

Kredit gambar: Srezuan Nazlan Ismail

#2 Tumiskan bahan kisaran bersama dengan bunga lawang, bunga cengkih dan kayu manis. Tak perlu ganti kuali pun, guna saja minyak gorengan ayam tadi dan tumis hingga sedikit garing. Jaga-jaga, jangan sampai hangus ya.

Kredit gambar: Srezuan Nazlan Ismail

#3 Kemudian masukkan sos tiram dan kicap manis sekaligus. Kacau hingga sebati semua bahan-bahan tadi.

Kredit gambar: Srezuan Nazlan Ismail

#4 Akhir sekali barulah kita tuangkan ayam goreng separuh masak yang telah digoreng pada awal proses memasak.

Kredit gambar: Srezuan Nazlan Ismail

#5 Ayam ala tiga budak gemok dah boleh makan dengan nasi panas.

Kredit gambar: Srezuan Nazlan Ismail

Tips Memasak Resepi Ayam Kicap Ala 3 Budak Gemok

Resepi ayam masak kicap ala 3 budak gemok yang dikongsikan Srezuan Nazlan Ismail ini rupanya mudah sahaja nak buat. Hanya tumbuk, tumis dan tuangkan ayam dalam kuali.

Selamat mencuba!


Jom cuba resepi yang lain di SINI.