KelabMama

Cara Buat Resepi Tomyam Ayam Yang Sangat Mudah Tapi Lengkap Pelbagai Rasa, Mama Boleh Try!

Resepi tomyam ayam yang mantap dan lazat ini sebenarnya boleh didapati dalam pelbagai jenis resepi dan juga cara serta bahan untuk memasaknya. Resepi yang berasal dari Thailand ini, menjadi menu wajib jika keluar makan bersama dengan keluarga di kedai atau restoran.

Paling penting, menu yang sangat sedap dimakan bersama telur dadar dan sambal belacan serta timun ini tidak memerlukan masa yang lama untuk menyediakannya. Selain sedap dimakan ia juga merupakan menu sihat dan sngat sesuai bagi mereka yang sedang menjaga berat badan.

Sebenarnya ia tidaklah susah untuk disediakan tetapi kadangkala ia tidak berapa menjadi seperti makan di kedai. Jangan risau kerana di bawah ini telah Mama Siti kongsikan cara mudah untuk memasaknya agar menepati selera Mama.

Resepi Tomyam Ayam

Bahan-bahan:

Cara-cara masak:

#1. Mula-mula panaskan sedikit minyak di dalam kuali.apabila minya sudah panaskan masukkan bawang holland yang telah dipotong menjalur, bawang putih dan serai yang telah diketuk terlebih dahulu.

#2. Apabila tumisan sudah layu dan berbau wangi tuangkan air dan masukkan daun limau purut beserta lengkuas.

#3. Kemudian, boleh masukkan pes tomyam mengikut kuantiti yang anda inginkan.

#4. Biarkan ia mendidih menggunakan api sederhana. Selepas itu, tambahkan air limau nipis segera yang dijual di pasaran. Masukkan mengikut tahap kemasaman yang mommy inginkan.

#5. Seterusnya apabila kuah sudah mendidih boleh masukkan ayam yang telah dipotong kecil dan dibersihkan terlebih dahulu.

#6. Kacau ia biar sekata dan biarkan ia mereneh sehingga ayam masak dengan sempurna.

#7. Apabila ayam sudah masak, tuangkan sedikit susu ke dalamnya.

#8. Akhir sekali, masukkan sayur lobak yang telah dihiris nipis, putik jagung, batang saderi, bunga kubis, cendawan dan juga tomato. Tambahkan garam dan sedikit ajinomoto mengikut citarasa Mama.

Tips/Petua Memasak Resepi Tomyam Ayam

Semoga dengan perkongsian ini Mama dapat menyediakan tomyam ayam yang sedap dan enak untuk seisi keluarga.


Jom lihat pelbagai resepi menarik yang lain di SINI!