KelabMama

Resepi Sup Daging ‘Pressure Cooker’ Tak Guna Sup Bunjut!

resepi sup daging tanpa sup bunjut

Istimewa kali ini, Mama Siti bawakan kepada Mama resepi sup daging original tanpa menggunakan sup bunjut. Meskipun begitu resepi sup daging dari Puan Fazniza Razali ni masih padu dan rasa pun tak jauh beza.

Oh ya, cara masak menggunakan periuk tekanan ini sebenarnya dari pengalaman Mama Siti sendiri ya. Cuma bahan-bahan masakannya sahaja yang Mama Siti ambil dari perkongsian Puan Fazniza Razali . 

Ayuh, kita lihat cara penyediaan sup daging pressure cooker tanpa sup bunjut.

Resepi Sup Daging Periuk Tekanan (Pressure Cooker)

Resepi oleh: Fazniza Razali 

Bahan Utama

Bahan-bahan Kisaran Pertama

Bahan Kisaran Kedua

Bahan Tumisan

Bahan Masakan Tambahan

Cara-Cara

#1 Dalam periuk tekanan, pilih mod yang menumis. Seterusnya, panaskan minyak dan tumis bahan kisaran pertama hingga berbau wangi. 

Kredit gambar: Fazniza Razali 

#2 Kemudian, tuangkan pula bahan kisaran kedua bersama-sama dengan bahan tumisan. Kacau rata dan tunggu hingga naik bau.

#3 Selepas itu, masukkan air dan daging yang telah dipotong. Pada tombol pada periuk tekanan automatik, pilih mod merebus atau ‘soup’. 

#4 Apabila periuk tekanan memberikan isyarat telah selesai merebus, perhatikan tekstur daging. Jika daging telah empuk, masukkan kentang, batang saderi dan bawang. Gunakan mod mereneh ya. 

Kredit gambar: Fazniza Razali 

#5 Tunggu kira-kira 10 minit dan angkat ke dalam mangkuk. Taburkan bawang goreng untuk menambah rasa sup daging dan mencantikkan lagi hidangan kita.  

Tips Menyediakan Resepi Sup Daging

Ha, macam tu lah Mama cara-cara masak sup daging tanpa sup bunjut. Lepas ni kalau tak ada sup bunjut dekat rumah, tak payah susah-susah beli sup bunjut. Kita teruskan sahaja memasak, okey.

Mama Siti nak jemput Mama untuk cuba resepi sup ikan merah yang sesuai dijadikan sebagai hidangan berpantang. Harap-harap Mama tak bosan mencuba pelbagai jenis masakan lah ya.


Jom lihat pelbagai resepi menarik yang lain di SINI!