KelabMama

Resepi Sup Daging Thai – Kena Letak Sos Ikan Dulu, Barulah Padu!

Sos ikan rupanya rahsia nak sedapkan resepi sup daging. Oh ya, Mama lupa nak bagitahu. Kali ini kita akan lihat resepi sup daging Thai.

Resepi sup daging kali ini dibawakan oleh Ahmad Shinoda yang Mama Siti perolehi dari laman Facebook beliau. Katanya ini ialah resepi asli orang Thailand.

Rasanya masam-masam pedas. Bila datang musim hujan, memang ‘best‘ kalau dapat hirup kuah sup panas-panas kan. Menu kita kali ini sangat sesuai dijadikan lauk makan malam. Silap-silap dah dapat sup panas, lupa terus pasal nasi.

Resepi Sup Daging Thai

Resepi oleh: Ahmad Shinoda

Bahan-Bahan Sup

Cara-Cara Menumis

#1 Pertama sekali, tumbuk kasar empat ulas bawang putih, dua batang serai, cili padi, daun limau purut dan satu biji bawang holland.

Kredit gambar: Ahmad Shinoda

#2 Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak dan tumis sehingga sedikit kekuningan. Selepas itu, masukkan bawang holland, cili padi dan daun limau purut sehingga layu dan wangi. 

Cara-Cara Masak Sup

#1 Langkah pertama ialah hiris daging nipis-nipis. Kemudian, tumbuk tiga inci halia, hiris tiga lengkuas, dua akar ketumbar dan satu biji bawang holland kecil. 

Kredit gambar: PasarKeRumah.com

#2 Rebuskan daging yang telah dihiris bersama-sama bahan-bahan tadi dengan kayu manis dan bunga lawang. Teruskan merebus hingga daging mulai empuk. 

Kredit gambar: Ahmad Shinoda

#3 Sementara itu potong daun ketumbar, setengah biji tomato dan dua biji jus limau nipis. 

#4 Masukkan bahan tumisan yang telah disediakan pada awal proses memasak. Tidak dilupakan untuk masukkan bersama tomato yang telah dipotong. 

Kredit gambar: Ahmad Shinoda

#5 Tambahkan tiga hingga empat sudu sos ikan dan dua jus limau nipis. Mama boleh perasakan dengan gula sesuai citarasa. 

Kredit gambar: Ahmad Shinoda

#6 Biarkan seketika kira-kira dua hingga tiga minit dan tutup api. Langkah terakhir dan penting ialah taburkan daun ketumbar. 

Tip Resepi Sup Daging

Bahan rahsia dah tahu, cara memasak pun dah tahu. Sekarang tinggal nak cari bahan dan mula masak sahaja. Ingat ya kalau nak masak resepi sup daging original Thailang ini, perlu bahagikan kepada dua bahagian.

Satu lagi resepi Thai yang Mama Siti suka nak kongsikan ialah sup ayam Thai yang telah mendapat 15k kongsian semula di Facebook.


Jom cuba pelbagai resepi lain seperti yang telah dikongsikan di SINI.