KelabMama

Lebih 15k ‘Shared’ – Mama Ini Kongsikan Cara Buat Sup Ayam Thai Yang Masam dan Pedas

Resepi sup ayam thai khas kali ini dibawakan oleh Puan Tengku Syazwanie melalui perkongsian di laman facebook nya. Ramai yang memberikan komen mengatakan resepi ini menjadi. Rasanya sama seperti makan di restoran Thailand.

Resepi Sup Ayam Thai ini sangat digemari ramai kerana berjaya mendapat lebih 15 ribu perkongsian di internet. Oleh sebab itulah, Mama Siti tak sabar nak bagitahu Mama cara-cara memasak dan apa bahan-bahan yang diperlukan.

Keistimewaan resepi ini ialah rasa masam sup itu sendiri. Itulah yang membezakan sup ayam thai dengan pelbagai jenis sup di luar sana.

Jom ikut Mama Siti buat resepi sup ayam thai ini.

Resepi Sup Ayam Thai

Resepi oleh: Tengku Syazwanie

Bahan-Bahan

Cara-Cara

  1. Tumbuk atau kisar bawang putih dan halia bersama-sama.
  2. Mayangkan bawang merah besar, bawang merah kecil dan serai.

Kredit gambar: Tengku Syazwanie

3. Tumiskan semua bahan diatas dengan sedikit lemak ayam hingga aroma masakan naik bau.

4. Kemudian, kita tambahkan air dan tunggu hingga menggelegak. Selepas itu, barulah kita masukkan ayam, sup bunjut, pati ayam dan lobak merah. Masak sehingga lobak menjadi empuk.

Kredit gambar: Tengku Syazwanie

5. Seterusnya, masukkan sos ikan sebanyak dua sudu, tomato dan daun limau purut.
6. Perasakan dengan gula dan garam.
7. Apabila ayam mulai masak, masukkan daun ketumbar dan jus limau nipis.
8. Akhirnya, sup ayam thai kita dah pun siap!

Tips Memasak Resepi Sup Ayam Thai

Paling penting dalam menyediakan sup ayam thai ialah melalui rasanya. Rasa sup ayam thai hendaklah masam dan sedikit pedas. Rasa masam itu diambil dari jus limau yang disertakan sekali dalam resipi ini.

Selalunya Mama Siti makan lauk sup ayam dengan nasi putih tetapi kadang-kala Mama Siti akan padankan sup ayam thai dengan bubur nasi ala McD ni.

Apabila ada ahli keluarga yang mual dan demam pun Mama Siti hidangkan sup ayam thai juga. Rasa masam dari sup itu berlawanan dengan rasa mual seseorang.


Jom cuba pelbagai resepi lain seperti yang telah dikongsikan DI SINI.