KelabMama

Cara Buat Resepi Sotong Tin Masak Tumis

resepi sotong tin

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Resepi sotong tin masak kicap soya tumis ini memang kurang dikenali ramai akan tetapi Mama Siti percaya kalau dah sekali rasa, semua orang pasti akan terpikat dengan keenakannya! Jadi, melalui perkongsian kali ini Mama Siti nak ajak Mama semua untuk cuba masak menu yang simple tetapi lazat ini!

Mama tak payah risau perlu keluarkan modal yang banyak untuk buat resepi ini. Sebabnya bahan-bahan yang digunakan pun semuanya mudah sahaja, hanya gunakan bahan asas yang ada di rumah je!

Menu sotong tin ini sangat sedap dimakan dengan nasi panas dan isi sotongnya yang agak kenyal memang menambah lagi kelazatannya!

Tanpa membuang masa, jom Mama lihat cara penyediaan resepi ini!

Resepi Sotong Tin Masak Tumis

Kredit gambar: Instagram @mnoorazril

Bahan-bahan:

Cara-cara:

#1. Mula-mula Mama sediakan bahan-bahan yang diperlukan.

Kredit gambar: Instagram @mnoorazril

#2. Kemudian, panaskan kuali dan masukkan minyak masak ke dalam kuali tunggu sehingga minyak betul-betul panas.

Kredit gambar: Instagram @mnoorazril

#3. Setelah itu, masukkan halia muda yang telah dimayang ke dalam kuali dan tumiskan ia sehingga berbau wangi.

Kredit gambar: Instagram @mnoorazril

#4. Masukkkan pula bawang putih, bawang merah, cili padi yang telah dipotong dua, bawang holland ke dalam kuali dan tumiskan sehingga semua bahan bertukar warna dan berbau wangi.

Kredit gambar: Instagram @mnoorazril

#5. Seterusnya, masukkan pula sotong dalam tin yang telah dipotong kecil bersama kicap sekali ke dalam kuali dan biarkan ia mendidih seketika. Perasa dengan sedikit garam dan gula secukup rasa.

Kredit gambar: Instagram @mnoorazril

Tips Menyediakan Resepi Sotong Tin Masak Tumis

Berikut merupakan tips atau petua masak resepi sotong tin:

Diharapkan dengan perkongsian cara buat resepi sotong tin masak kicap soya tumis ini, Mama sekeluarga enjoy dengan kelazatannya!

Selain resepi di atas, Mama boleh dapatkan pelbagai lagi resepi masakan yang lain di SINI!