KelabMama

Cara Buat Resepi Sotong Rendam Melalui 2 Versi Masakan Yang Lazat!

Resepi Sotong Rendam Masak Kari & Kangkung

Resepi sotong rendam atau juga dikenali sotong kembang boleh divariasikan dengan pelbagai cara. Sotong rendam ini sangat popular dimasak sotong kangkung dan cukup enak dimakan bersama sos yang dimasak khas.

Selain sotong kangkung ia juga sesuai dijadikan lauk untuk dimakan bersama nasi. Antara yang menjadi kegemaran adalah kari. Resepi yang tidak memerlukan santan ini sangat sedap dimakan bersama nasi panas.

Untuk mengetahui cara memasak kari sotong rendam tanpa santan ini, Mama Siti kongsikan bahan-bahan yang Mama perlukan untuk memasaknya.

Resepi Sotong Rendam Masak Kari & Resepi Sotong Kembang Kangkung

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Resepi Sotong Rendam Masak Kari

Bahan-bahan:

Cara-cara memasak:

#1. Pertama sekali, panaskan minyak. Kemudian tumis bahan kisar dan serai sehingga naik bau.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#2. Selepas itu, masukkan pes kari. Kacau dan masak sehingga ia pecah minyak.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#3. Seterusnya, masukkan sotong kembang yang telah dihiris. Kacau biar ia sebati. Biarkan seketika supaya tumisan tadi menyerap masuk ke dalam hirisan sotong.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#4. Masukkan air secukupnya. Perasakan dengan gula, garam dan sedikit ajinomoto.

#5. Ambil kuahnya sedikit dan rasa untuk pastikan rasa manisnya lebih.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Biarkan ia mereneh di atas dapur sehingga kuah menjadi pekat. Tutup api.

Resepi Sotong Kembang Kangkung

Kredit gambar: AryAziz / Shutterstock.com

Bahan-bahan:

Bahan sos:

Cara-cara masak:

#1. Didihkan air di dalam periuk dan celur kangkung hingga lembut. Angkat dan ketepikan. Kemudian celur sotong yang dipotong terlebih dahulu. Angkat dan hiris nipis, ketepikan.

#2. Untuk membuat sos, masukkan air, cili merah dan bawang putih ke dalam periuk berasingan. Didihkan ia.

#3. Seterusnya, masukkan petis udang, sos hoisin, sos plum, sos tiram dan kicap pekat. Masak menggunakan api sederhana. Kacau sehingga sebati dan rasa sedikit kuahnya. sekiranya perlu tambah sedikit gula. Jika kelihatan cair, masukkan sedikit tepung jagung yang dibancuh terlebih dahulu dengan sedikit air dan tuang ke dalam sos untuk memekatkannya.

#4. Tuang sos ke dalam pinggan yang telah diisi kangkung dan hirisan sotong.

#5. Akhir sekali, taburkan bijan dan bawang goreng dengan secukupnya. Siap.

Tips/Petua

Mama boleh variasikan lagi resepi sotong kembang ini seperti dimasak sambal, masak kicap, goreng kunyit dan macam-macam lagi.

Semoga dengan perkongsian ini, Mama dapat menyediakan hidangan yang lazat dan menyelerakan untuk keluarga tersayang.


Jom lihat pelbagai lagi resepi menarik yang lain di SINI!