KelabMama

Resepi Sotong Paprik Ala Thai, Masam-masam Pedas

Kalau nak masakan yang lengkap dengan rasa masam-masam pedas, memang lauk paprik lah jawapannya. Lagi pula, resepi ini boleh dipelbagaikan sama ada nak masukkan sayur sahaja, ayam, udang atau lain-lain. Terpulang kepada Mama nak pilih lauk apa hari itu.

Mama Siti faham, kadang-kadang kita ni sampai tahu nak masak apa. Lagi-lagi kalau yang hari-hari memasak. Sekali-sekala, kita nak juga masak lauk yang ‘awesome’ untuk anak-anak dan suami.

Oleh itu, Mama Siti akan kongsikan resepi paling mudah dan pasti sedap untuk Mama semua cuba. 

Resepi Sotong Paprik Ala Thai

Kredit gambar: Citarasawan

Bahan Utama

Bahan-bahan Menumis

Bahan untuk Sayur

Cara Memasak

1. Tumiskan bahan tumisan hingga garing.

Kredit gambar: Ina Rina Abd Rahman

2. Seterusnya masukkan sotong sehingga setengah masak dan masukkan sedikit air.
3. Tibalah masa untuk masukkan bahan-bahan sayuran, biarkan mendidih seketika dan perasakan dengan garam serta gula.

4. Oh ya, jangan lupa potongkan bawang dalam bentuk bulat sebagai beberapa minit sebelum Mama tutup api.
5. Gaul sekata dan sotong masak paprik kita siap untuk dihidangkan!

Tips untuk Resepi Sotong Paprik

Lauk sotong paprik kita dah siap. Cara masak pun senang. Mula-mula tumis, masukkan sotong lepastu baru sayur dan daun limau purut. Orang kata campak-campak pun jadi.

Selain daripada resepi sotong paprik ini, Mama boleh cuba resepi sotong masak kicap ini jika masih ada sotong yang berlebihan di dalam peti ais.