KelabMama

Resepi Sotong Masak Kicap Indian Style Yang Semua Wajib Cuba!

Nak tak kalau Mama Siti kongsikan satu lagi resepi sotong? Paling penting, resepi ni lebih kurang saja dengan cara memasak kari sotong sebelum ini.

Satu lagi menu kali ini ada citarasa India sikit. Kawan Mama Siti yang ajarkan. Mama Siti dah cuba dan Mama Siti pasti resepi kali ini pasti akan buat kita seisi keluarga tambah nasi berkali-kali. 

Berikut merupakan Resepi Sotong Masak Kicap yang sangat sedap dan semua harus cuba!

Resepi Sotong Masak Kicap Indian Style

Kredit gambar: Cempaka Airis Yaya

Resepi Oleh: Cempaka Airis Yaya

Bahan-Bahan Perapan

Bahan-Bahan Tumisan

Cara Memasak

  1. Perap sotong dengan bahan perapan.
  1. Sediakan bahan menumis seperti dalam gambar di bawah.
  1. Panaskan minyak dan tumiskan 3 serangkai selama beberapa saat.
  2. Lalu masukkan bahan tumisan yang lain hingga naik bau.
  1. Selepas itu, masukkan pula sotong yang telah diperap tadi dan kacau rata.
  1. Tambahkan gula, garam dan penambah rasa secukupnya.
  2. Sotong masak kicap kita siap dihidangkan.

Tips Memasak Resepi Sotong Masak Kicap

Cara masak yang sama boleh juga digunakan untuk masak udang dan ayam. Untuk memudahkan lagi kerja Mama, tambahkan sayur dalam masakan seperti kacang panjang, kobis bunga atau lobak merah. 

Mama dah boleh jimat masa tak pening lagi nak masak lauk sayur yang berbeza untuk keluarga kerana Resepi Sotong Masak Kicap ini sudah mengandungi sayur.

Ada satu lagi resepi yang Mama Siti sangat suka. Nama menunya ialah sotong kari Mamak style! Biasalah, Mama Siti kan suka makan pedas-pedas, masakan ini memang sesuai sangat. Kira macam ‘comfort food’ lah.

Mama jangan lupa cuba resepi yang Mama Siti tuliskan dekat atas tu ya. Selamat menjamu selera.