KelabMama

Rasa Sedap Walaupun Tak Tahu Masak, Jom Cuba Resepi Sotong Masak Asam Ni!

“Lapar, tapi malas nya lah nak ke dapur. Mood dah lah tengah tak rajin nak siapkan bahan-bahan memasak. Renyah! “

Okay, kalau macam tu Mama Siti bagi idea supaya Mama masak sotong masak asam jawa ni. Selain hanya perlukan rempah tumis biasa, bahan wajib resepi kali ini ialah air asam jawa.

Eh, cakap banyak pula. Jom kita tengok cara-cara memasak resepi sotong masak asam.

Resepi Sotong Masak Asam

Resepi oleh: Macam Sedap Jer

Bahan-Bahan

Cara-Cara

#1 Pertama sekali, panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan cili hingga layu. 

Kredit gambar: Macam Sedap Jer

#2 Seterusnya, masukkan sotong yang telah dipotong-potong ke dalam kuali masakan. Gaulkan bersama-sama dengan bahan-bahan tumisan supaya rasanya sebati. 

Kredit gambar: Macam Sedap Jer

#3 Selepas itu, masukkan pula cili besar yang dihiris secara menyerong nipis-nipis. 

Kredit gambar: Macam Sedap Jer

#4 Langkah seterusnya ialah masukkan air asam jawa dan sedikit sos ikan. Jangan lupa untuk rasa dan perasakan dengan garam atau gula. 

Kredit gambar: Macam Sedap Jer

#5 Tambah air, gaulkan dan biarkan seketika hingga masakan mereneh. Resepi sotong masak asam kita sudah pun sedia untuk dihidangkan. 

Kredit gambar: Macam Sedap Jer

Tips Menyediakan Resepi Sotong Masak Asam

Tekstur kenyal sotong digabungkan dengan rasa masam dan pedas, sesuai sangat dijadikan sebagai menu ekspres kan Mama. Lagi pula kalau Mama ada stok sotong lagi, cuba resepi sotong bakar ala Thai yang menaikkan selera.

Mama Siti harap sangat resepi ini membantu Mama makan lauk sedap dengan cara yang ringkas.


Pelbagai resepi menarik yang lain ada di SINI untuk Mama cuba.