KelabMama

Cara Buat Resepi Sotong Kering Sambal Tumis Kuah Berpalit – Cepat, Mudah Dan Sangat Lazat!

resepi sotong kering

Kebiasaannya, resepi sotong kering ini sering dijadikan pilihan ramai orang untuk dihidangkan dengan nasi lemak. Berbeza dengan sotong segar, isi sotong kering ini sedikit kenyal dan kalau masak terlalu lama boleh jadi sangat liat. Oleh itu, ketika masak Mama perlu elakkan memasaknya terlalu lama!

Kalau nak ikutkan, sebenarnya terdapat pelbagai cara untuk masak sotong kering ini tetapi dalam banyak-banyak masakan, masakan yang paling sedap sudah tentulah sambal tumis. Jadi, pada kali ini Mama Siti nak kongsikan kepada Mama semua cara penyediaan resepi sotong kering sambal tumis yang mudah ini.

Selain dinikmati bersama dengan nasi lemak, Mama boleh juga makan dengan nasi putih yang masih lagi panas. Nak lagi sedap, makan bersama dengan telur dadar.

Tanpa membuang masa, jom Mama kita lihat apakah cara-caranya!

Resepi Sotong Kering Sambal Tumis

Kredit gambar: dailymakan.com

Bahan-bahan:

Cara-cara:

#1. Mula-mula Mama potong sotong kering terlebih dahulu. Sotong jangan potong terlalu kecil nanti masa masak dalam sambal, sotong akan cepat kecut.

Kredit gambar: Youtube.com @secukuprasa

Setelah siap, rendam sotong kering yang telah dipotong tersebut dengan 1 sudu soda bikarbonat terlebih dahulu. Biarkan selama lebih kurang 15 minit ke 1/2 jam.

#2. Kemudian, Mama rebus cili kering dan toskan airnya. Kisar bersama bawang besar, bawang putih dan belacan sikit sehingga lumat.

#3. Setelah selesai, Mama panaskan minyak dan tumis 3 senduk bahan yang telah dikisar tadi. Masukkan sedikit gula dan hirisan bawang besar. Tumis kena sampai sambal betul-betul masak dan pecah minyak ya.

Kredit gambar: Youtube.com @secukuprasa

#4. Kalau nak sambal sedap, wajib tumis bagi lama. Kemudian masukkan air asam jawa (asam jawa sebesar ibu jari dicampur dengan air). Biarkan ia mendidih.

Kredit gambar: Youtube.com @secukuprasa

#5. Sementara tunggu sambal pecah minyak, Mama cuci bersih sotong yang telah direndam tadi dan toskan airnya.

Kredit gambar: Youtube.com @secukuprasa

#6. Setelah sambal pecah minyak, Mama masukkan sotong. Bila sudah masukkan sotong, masak perlu sekejap.

Kredit gambar: Youtube.com @secukuprasa

#7. Jangan terlalu lama nanti sotong akan jadi liat. Masak sehingga pecah minyak dan perasakan. Siap untuk dihidang.

Kredit gambar: Youtube.com @secukuprasa

Mama Siti harapkan dengan perkongsian resepi ini, Mama gembira dengan rasanya nanti.


Selain resepi di atas, Mama boleh dapatkan pelbagai lagi resepi masakan yang lain di SINI!