KelabMama

Resepi Sotong Bakar Pedas Inspirasi Masakan Afrika Utara – Unik, Mudah Dan Anda Pasti Suka!

Kita dah selalu cuba pelbagai resepi Sotong Bakar masakan Asia kan? Masakan Melayu, ala Thai, Chinese pun ada. Untuk kali ini, Mama Siti nak kongsikan resepi Sotong Bakar stimewa ala masakan Afrika Utara yang mudah, sedap dan lain daripada yang lain.

Tengok je gambar masakan Sotong Bakar ini, memang boleh kecur air liur dibuatnya. Sotong yang dibakar setelah diperap dalam perapan istimewanya pasti akan buatkan Mama dan seisi keluarga teringin dan teringin lagi.

Jom kita cuba resepi Sotong Bakar Pedas yang unik versi Afrika Utara ini.

Resepi Sotong Bakar Pedas

Resepi oleh: Izzbell

Kredit gambar: food52.com

Bahan-bahan

Cara Memasak

Kredit gambar: food52.com

1. Campur dan gaulkan sebati serbuk smoked paprika, serbuk jintan putih, serbuk cayenne pepper, garam, serbuk lada hitam, minyak zaitun dan perahan buah lemon di dalam mangkuk. Jangan guna semua ya. Kita nak guna sedikit air perahan lemon untuk sos curahannya nanti. Pastikan campuran ini menjadi pes yang tidak terlalu cair atau pekat.

2. Perah air buah lemon selebihnya ke dalam mangkuk lain dan tambahkan 2 sudu besar pes tadi ke dalamnya. Kacau sebati dan letak ke tepi. Ini adalah sos curahannya nanti.

3. Masukkan sotong ke dalam mangkuk pes kita buat tadi, gaul sebati dan perapkan di dalam peti sejuk selama 30 minit.

4. Selepas 30 minit, panaskan pemanggang dan keluarkan sotong yang telah diperap.

5. Cucuk badan dan kepala sotong dengan lidi buluh dan bakar sotong sehingga masak. Jangan lupa untuk balik-balikkan sotong ya.

6. Bila dah masak, terus renjiskan sos curahannya tadi ke atas sotong bakar panas-panas.

7. Hidang dengan potongan buah lemon untuk lebih kick. Kalau nak makan dengan roti pun sedap!

Tips Sotong Bakar Pedas Ala Afrika Utara

  1. Untuk elakkan lidi daripada hangus ketika dibakar, rendamkan dahulu lidi buluh ini di dalam air sejuk sekejap.
  2. Boleh je nak asingkan badan dan kepala sotong. Tak perlu untuk cucuk badan sotong bersama kepalanya pada satu lidi. Maklumlah, badan sotong lama sedikit nak masak kan?
  3. Tak perlu bakar sotong lama-lama ya. Nanti keras dan liat.
  4. Supaya sotong tak mudah tercabut dari lidi, boleh je gunakan 2 lidi buluh untuk lebih kemas.

Senang je kan? Selamat mencuba Mama!

Kalau nak resipi sotong yang berkuah sikit, bolehlah cuba sambal sotong ini ya?