KelabMama

‘Confirm Kaw!’ Cara Buat Resepi Soto Ayam, Sesuai Sangat Untuk Jamuan Rumah Terbuka

resepi soto ayam

“Dah dua kali cuba buat soto ayam, tapi masih tak kaw. Harap kali ketiga ini, menjadi.” 

Tidak mengapa, kali ini Mama tak keseorangan sebab Mama Siti akan turut sama bantu Mama masak resepi soto ayam yang ‘simple’ dan pekat. 

Bersempena dengan musim raya ni, resepi soto ayam merupakan salah satu menu jamuan open house yang sangat sesuai!

Tak nak buang masa lagi, jom kita buat resepi istimewa ini. 

Resepi Soto Ayam

Kredit gambar: Che Nom

Resepi oleh: Limau Nipis 

Bahan Kisar 

Bahan-bahan Kuah Soto

Bahan-bahan Tambahan

Cara-cara 

#1 Kita mulakan dengan masak ketupat atau ketupat mini dalam periuk dengan sukatan air penuh sampai ketupat tenggelam. Apabila sudah masak, angkat dan biarkan sejuk dalam masa dua hingga tiga jam.  

#2 Seterusnya, sediakan bahan-bahan kisar dan tambahkan sedikit air untuk memudahkan proses kisaran. Pastikan kisaran betul-betul lumat sebelum ke langkah seterusnya. 

#3 Kemudian, panaskan minyak dan tumis serai yang telah ditumbuk, akar daun sup dan bahan-bahan kisaran. Teruskan menumis sehingga tumisan menjadi garing dan berubah warna menjadi lebih pekat dan gelap. 

#4 Langkah seterusnya, masukkan rempah sup dan rempah kurma ke dalam kuali atau periuk yang sedang menumis itu. 

Kredit gambar: Limau Nipis 

#5 Kita akan masukkan bahan utama iaitu ayam ke dalam masakan. Terus kacau hingga ayam sebati dengan bahan tumisan dan menjadi agak kering. 

#6 Bagi menambah aroma ayam dalam resepi soto ayam kita, masukkan pati atau kiub ayam yang telah dihancurkan. Seterusnya, tambahkan air mengikut citarasa Mama.  

#7 Jangan lupa untuk perasakan dengan garam atau gula jika perlu dan terus hidupkan api hingga ayam betul-betul masak.  

Kredit gambar: Limau Nipis 

#8 Apabila ayam sudah masak sepenuhnya, tutup api dan asingkan ayam dari kuah soto. Ayam itu tadi kita carikkan sebagai pelengkap hidangan resepi soto ayam.    

Kredit gambar: Limau Nipis 

#9 Dalam masa yang sama, sediakan bahan-bahan tambahan atau sampingan seperti yang disenaraikan di atas tadi. 

Kredit gambar: Limau Nipis 

#10 Menu resepi soto ayam kita dah siap dan sedia untuk dihidangkan. Mudah-mudahan kena dengan selera orang yang menjamu.  

Kredit gambar: Limau Nipis 

Tips Menyediakan Resepi Soto Ayam

Mama jangan risau, walaupun dalam cara masakan ada 10 langkah, tapi buat soto ayam ni tak susah mana pun. 

Kalau ada bahan dan ada kemahuan, mesti jadi punya. Oh ya, selain itu, Mama juga boleh cuba sediakan resepi laksa utara yang pekat dan sedap untuk para tetamu Mama.


Dapatkan lebih banyak resepi menarik dan viral di SINI!