KelabMama

4 Resepi Singo Pear Yang Sesuai Untuk Boost Sistem Imun Anak-anak

Mama Siti percaya buah singo pear kini bukan lagi suatu yang asing bagi kebanyakan individu. Malah, buah ini juga semakin dikenali dan mulai mendapat permintaan daripada orang ramai.

Masakan tidak, khasiat yang terkandung dalam sebiji buah ini sememangnya ‘power’ kerana ia boleh merawat demam, batuk, selesema dan pelbagai lagi yang sangat sesuai dijadikan sebagai remedy untuk kanak-kanak.

Ibu bapa mulai menjadikan buah singo pear sebagai pengganti ubat khususnya untuk anak-anak masih kecil bagi tujuan membina immune system yang baik.

Dek kerana menjadi buruan, maka pelbagai cara kreatif diolah untuk menikmati buah singo pear. Tidak hanya dimakan terus semata-mata, namun kini beberapa resepi mungkin sesuai untuk Mama cuba bagi mempelbagaikan hidangan makanan sihat ini.

So, tak adalah anak boring je sebab makan buah yang sama kan. Apa resepi yang sesuai tu? Jom tengok senarai yang Mama Siti cadangkan di bawah!

4 Resepi Singo Pear Untuk Boost Sistem Imun Anak-anak

1. Resepi Sup Singo Pear

Menu paling baik bagi memastikan buah ini dinikmati secara sihat. Buah singo pear boleh dimasak sebagai sup dan sangat sesuai untuk dihidangkan ketika anak demam. Caranya adalah:

Bahan-bahan:

Cara memasak:

  1. Tumiskan bawang merah dan bawang putih. Terpulang sama ada ia dihiris, ditumbuk atau dikisar.
  2. Masukkan 3 sekawan (optional).
  3. Bila bahan tumisan mulai kekuningan, masukkan ayam atau ikan bergantung pada sup pilihan Mama.
  4. Masuk 1 cawan air (adjust kuantiti air mengikut kepekatan sup citarasa Mama).
  5. Masukkan halia.
  6. Masukkan buah singo pear yang telah dipotong saiz sederhana. Masak sehingga buah lembut.
  7. Perasakan garam dan siap!

** Mama juga boleh tambah bahan lain yang sesuai seperti tomato, kentang, carrot atau taburan daun sup.

2. Pai Singo Pear

Enaknya makan pie. Crust yang rangup di luar tapi intinya manis di dalam. Macam mana cara nak buat pear pie ni? Sama sahaja seperti apple pie Mama, cuma ia diganti dengan buah singo pear.

Membuat crust:

Bahan-bahan:

Cara membuat crust:

  1. Masukkan semua bahan (kecuali air) dalam food processor. Putar hingga mentega berketul-ketul kecil saiz kacang peas dan bergaul tepung.
  2. Masukkan air sejuk sudu demi sudu hingga pastri bergumpal. Bahagi dua. Masukkan dalam bekas dan sejukkan dalam peti ais sejam.

Membuat inti pai:

Bahan-bahan:

Cara membuat inti pai:

  1. Cairkan mentega, masukkan tepung dan whisk seminit atas dapur tanpa berhenti.
  2. Masukkan ¼ cawan air, kacau jangan berhenti. Masukkan gula dan kulit kayu manis, masak 3 minit atas api perlahan.
  3. Letak secubit garam. Matikan api dan biarkan sos menyejuk sebentar.
  4. Gaul sos dengan pear yang telah disediakan. Biar sebentar.

Untuk penyediaan pie, bergantung pada kreativiti Mama sama ada nak masak pie dalam mangkuk atau nak hidang dalam loyang. Tapi jangan lupa sapu dengan kuning telur di atas crust.

Panaskan oven pada suhu 205°C. Bakar pie 15 minit. Turunkan suhu ke 160°C, sambung bakar sejam lagi.

3. Jus Singo Pear

Ini paling mudah. Singo pear yang manis dan berair memang sangat enak dinikmati dalam keadaan sejuk.

Jadi, nak nikmati dengan mudah dan cepat, maka jus adalah jawapannya!

Hanya potong buah dan blend bersama sedikit air. Kemudian boleh terus diminum atau Mama sejukkan dalam fridge terlebih dahulu. Mama nak tambah hirisan buah lemon pun boleh tau!

4. Cocktail buah

Sejuk dan manis menjadikan cocktail sangat sesuai untuk dinikmati bersama buah singo pear. Cuma dessert ini mengandungi gula yang tinggi, maka sebaiknya jangan jadikan menu yang satu ini sebagai amalan ya. Sesekali tu tak ada masalah.

Ini cara-cara membuat cocktail style Mama Siti:

Bahan-bahan:

Cara penyediaan:

  1. Masukkan semua bahan di atas kecuali buah-buahan.
  2. Bila dah kacau rata, masukkan secubit garam untuk rasa lemak.
  3. Masukkan buah-buahan dan sedia dinikmati.

**Kalau terlalu manis, Mama boleh tambah air masak dan adjust ikut kepekatan dan selera Mama.

Selamat mencuba resepi singo pear ini untuk anak-anak Mama!


Untuk mengetahui pelbagai resipi serta tips tentang pemakanan , Mama boleh klik di SINI!