KelabMama

Teknik Perap & Cara Bakar Main Peranan! Resepi Satay Ayam Yang Lembut Macam Gerai Tepi Jalan

Menu Sate atau Satay memang tidak asing lagi di negeri-negeri di nusantara. Selain Malaysia, Indonesia juga popular dengan hidangan satay ini. Bahkan ianya juga dikenali sebagai makanan street food yang sering menjadi kegemaran ramai.

Mungkin sedikit berbeza dari segi resepi dan daging yang digunakan. Namun secara asasnya satay ialah daging yang diperap lalu dibakar di atas arang. Seterusnya ia akan dicecah dengan kuah kacang.

Kali ini, kita akan mencuba satu resepi satay ayam. Keistimewaannya, resepi kita kali ini ialah satay ayam yang lembut. 

Kanak-kanak, orang dewasa dan berusia juga boleh sama-sama menikmati. Boleh dihidangkan kepada segenap golongan umur.

Jom kita mulakan. 

Resepi Satay Ayam Lembut

Kredit gambar: Natasya Qalisya

Resepi oleh: Madi Malek

Bahan-Bahan Kisar

Bahan-Bahan Lain

Cara-Cara Masak

  1. Potongkan ayam kepada bahagian-bahagian kecil ikut citarasa Mama.
Kredit gambar: Riena Eris

2. Tuangkan bahan perap ke dalam bekas yang diisi daging dan kulit ayam.

Kredit gambar: Riena Eris

3. Seterusnya, gaulkan hingga sebati kesemua bahan kisaran dan ayam. 
4. Perasakan dengan gula, garam, gula merah dan minyak masak.

Kredit gambar: Madi Malek

5. Selepas itu, bancuhkan pes asam jawa dan masukkan kedalam bekas berisi ayam. 
6. Rehatkan ayam dengan menutup bekas tersebut dan simpan semalaman dalam peti sejuk.

Kredit gambar: Madi Malek

7. Pada keesokan harinya, cucukkan daging ayam pada lidi yang diselang selikan dengan kulit ayam.

Kredit gambar: Riena Eris

8. Kemudian, boleh mula bakarkan satay ayam hingga masak.

Kredit gambar: Madi Malek

Tips Memasak Resepi Satay Ayam 

Jadi macam tu rupanya nak dapatkan tekstur satay yang lembut. Pertama, perlu perap semalaman. Kedua, jangan bakar hingga terlalu garing, ia akan menjadi keras.

Harapnya, Mama boleh ikut resepi satay ayam lembut kita kali ini. Mama Siti suka ambil peluang dengan ajak saudara-mara dan anak-anak sama-sama buat satay. Barulah lebih erat hubungan sesama kita!


Jom cuba pelbagai resepi lain seperti yang telah dikongsikan DI SINI.