KelabMama

Resepi Sambal Sotong Yang Menaikkan Selera – Mama Wajib Cuba!

Sedapnya sambal sotong! Kalau masak lauk ni, tak perlu sambal belacan ke apa dah. Dah cukup rasa semuanya. Menu berkuah tak ada pun okay je.

Gaul-gaul sambalnya dengan nasi panas, dengan daging sotong yang kenyal, memang menaikkan selera kan? Tambah pula semasa bulan puasa ni, lagi cepat je habis!

Jom cuba!

Resepi Sambal Sotong

Kredit gambar: Facebook

Bahan-bahan

Cara Memasak

1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar yang dihiris sehingga layu dan naik bau.

Kredit gambar: cookpad.com

2. Masukkan cili kisar dan sambung tumis sampai pecah minyak.

Kredit gambar: cookpad.com

3. Kemudian, tambahkan gula dan biarkan ia caramelized, barulah kacau-kacau dan masukkan sotong.

Kredit gambar: cookpad.com
Kredit gambar: cookpad.com

4. Masukkan air asam jawa dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Kacau-kacau.

Kredit gambar: cookpad.com

5. Bila dan agak pekat sambalnya, tuang santan dan kacau sebati.

Kredit gambar: cookpad.com

6. Masak lagi sehingga sambal nampak dah pecah minyak elok, siap untuk dihidangkan!

Kredit gambar: ninamirza.com

Resepi oleh: Cookpad

Tips Masak Sambal Sotong

  1. Penggunaan gula perang berbanding gula putih dapat membuatkan sambal rasa lebih enak dan warnanya lebih cantik berkilat.
  2. Kalau Mama nak guna gula nisan kerek/gula melaka pun sesuai.

Campak-campak je, dah siap satu lauk untuk makan beramai-ramai. Selamat mencuba resepi sambal sotong ini Mama! Pasti ‘terangkat’!

Kalau nak masak menu ikan, apa kata Mama cuba ikan kembung bakar yang sedap dan sihat ni?