KelabMama

Buat Raso-Raso: Resepi Sambal Sotong Petai Yang Mama Harus Cuba

Bosan lah, nak masak apa harini eh? Apa kata kita masak sotong? Nak masak sambal sotong merah ke Mama? Apa kata kita cuba resepi sambal HIJAU sotong masak petai pulak?

Jom kita tengok resepi di bawah!

Resepi Sambal Sotong Petai

Kredit gambar: DapurTiyah

Bahan-bahan

Cara Memasak

  1. Matikan air sotong hingga kering, simpan air sotong untuk digunakan kemudian.
  2. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar tadi dan perasakan hingga garing dan pecah minyak.
  3. Kemudian, masukkan sotong dan petai diikuti dengan bawang holland. Gaul sebati.
  4. Jika rasa terlalu kering, tambahkan air sotong tadi.
  5. Dah siap! Hidangkan dengan nasi panas.

Kredit: DapurTiyah

Senang je kan resepi sambal sotong petai ni, Mama?

Tapi kenapa kena letak petai? Ada khasiat apa-apa ke?

Mestilah ada, jom tengok apa Mama Siti share ni!

Khasiat Petai

1. Mencegah Penyakit Hati
Petai ni mengandungi agen anti-kanser, thioproline, yang bukan sahaja membantu mencegah kanser, tetapi juga boleh detox hati kita tau Mama!

2. Tinggi Dengan Antioksida
Mama nak tahu tak petai ni berantioksida tinggi. Ia boleh menghalang kerosakan pada sel badan Mama. Ia boleh melindungi sel-sel badan boleh membantu mengurangkan kemungkinan kanser, diabetes, hipertensi dan arthritis.

3. Menurunkan Gula Darah & Kolestrol
Dengan mengambil petai, ia dapat menurunkan paras glukosa darah dalam badan Mama. Ia sering digunakan untuk merawat diabetes semulajadi. Selain itu, sterol tumbuhan yang terdapat dalam petai telah terbukti menurunkan paras kolesterol LDL, mengurangkan kemungkinan strok dan penyakit jantung.

4. Membantu Dalam Masalah Kemurungan
Petai ini termasuk trytophan, sejenis protein yang akan ditukar menjadi serotonin. Ia akan meningkatkan mood Mama dan membantu Mama berehat secukup-cukupnya.

5. Membantu Menurunkan Berat Badan
Mesti Mama cari poin yang ni kan? Petai mengandungi jumlah serat makanan yang tinggi yang akan melambatkan penyerapan glukosa dari usus, yang akan menghalang penambahan berat badan ok! Boleh la start makan-makan petai untuk diet~

Sekarang Mama pun dah tahu kenapa makan petai ini sangat recommended! Banyak sangat khasiat yang boleh Mama dapat jika makan petai ni. Tapi ingat! Baunya agak kurang menyenangkan, so beware ok~ Jom la cuba resepi sambal sotong hijau petai hari ini!


Dapatkan lebih banyak resepi di SINI.