KelabMama

Resepi Sambal Ikan Bilis Terlajak Sedap & Sesuai Untuk Semua Hidangan

Mama pernah tak alami situasi tetamu bagitahu nak datang pada saat-saat akhir? Kita sebagai tuan rumah ni kadang-kadang rasa ‘nak marah tapi kena sabar’. Macam kenal kan ayat ni?

Baiklah, mari kita berbalik pada lauk simple untuk tetamu kita kali ini. Kalau mereka datang di saat-saat akhir dan di waktu petang, apa kata kita hidangkan mereka dengan lempeng dicecah dengan sambal ikan bilis?

“Buat lempeng macam dah boleh dah ni Mama Siti, sambal ikan bilis yang belum pandai lagi. Ada resepi simple sambal ikan bilis tak, Mama Siti?”

Ada, mestilah ada. Tak tunggu lama, jom kita tengok apa bahan yang diperlukan dan cara menyediakan nya.

Resepi Sambal Ikan Bilis 

Resepi oleh: Dapur Biru

Bahan-Bahan Hirisan

Bahan-Bahan Lain

Cara Memasak

1. Gorengkan ikan bilis hingga garing dan toskan.

2. Tumiskan bahan hirisan hingga naik bau dan masukkan 2 senduk cili kisar.

3. Perasakan dengan gula dan garam dan gaul. Pastikan jangan sampai hangus.
4. Masukkan 1 sudu kecil pes asam jawa.

5. Jika Mama sukakan petai, boleh masukkan di peringkat ini.

6. Akhir sekali tambahkan pula ikan bilis yang telah digoreng tadi.

7. Angkat dari kuali dan hidangkan. Sambal ikan bilis kita siap untuk dihidangkan. 

Tips Menyediakan Resepi Sambal Ikan Bilis 

Resepi sambal ikan bilis ini sesuai untuk dimakan ketika minum petang. Selain itu, boleh juga dimakan bersama nasi ketika makan tengah hari dan juga sebagai lauk tambahan lain.

Memang niat Mama Siti nak mudahkan urusan seharian Mama semua. Kalau-kalau lah ada hari yang perlukan Mama luangkan lebih banyak masa kepada satu perkara, resepi ini boleh jadi penyelamat.

Kalau ini kali pertama Mama cuba resepi ini, harap-harap sambal ikan bilis menjadi seperti yang dibayangkan. Tapi kalau tak menjadi pun, tidak mengapa. Kita boleh cuba lagi selepas ini. 

Baiklah, itu saja untuk kali ini. Selamat mencuba! Ayuh cuba resepi ikan masak asam pula!


Jom cuba pelbagai resepi lain seperti yang telah dikongsikan DI SINI.


Dapatkan e-baucar istimewa apabila Mama mengundi jenama barangan bayi dan keperluan ibu hamil kegemaran Mama di Motherhood Choice Awards 2022 hari ini!