KelabMama

Resepi Ringkas & Mudah Untuk Memasak Bersama Anak Kecil Sebagai Aktiviti Cuti Sekolah. Confirm Anak Mama Suka!

Cuti sekolah kembali lagi tahun ini! Mama dah plan ke nak bercuti kemana ataupun aktiviti menarik apakah yang Mama sudah masuk dalam ‘itinerari’ Mama bersama anak-anak?

Apa kata kita memasak bersama si kecil? Anak-anak kecil kita ni memang suka makan kerana mereka perlukan tenaga yang banyak untuk aktiviti seharian mereka.

Skil memasak adalah penting untuk kelangsungan hidup mereka. Oleh itu, sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, anak-anak Mama perlu tahu serba sedikit tentang memasak. Dan nak lagi menarik, didik mereka memasak dari kecil dengan cara yang lebih fun supaya mereka ada minat memasak.

Jom kita tengok resepi simple yang Mama Siti jumpa ni yang Mama boleh memasak bersama anak-anak kecil di rumah.

5 Resepi Simple Confirm Anak Mama Suka

#1 Ribbon Sandwich Naan

Kredit gambar: Instagram DapurTiyah

Bahan-bahan

Mayo bit:

Guacamole:

Telur dadar:

Sayuran pelangi:

Cara Memasak

Mayo bit

  1. Hiris bit halus-halus menggunakan parut.
  2. Kemudian, campurkan bit dan mayonis. Perisakan bersama garam dan lada hitam.

Guacamole:

  1. Guna avocado yang lembik untuk senang hancur. Tambahkan jus lemon.
  2. Kemudian, perisakan dengan garam dan lada hitam.

Telur dadar:

  1. Pecahkan telur dan kacaukan hingga sebati bersama mayonis.
  2. Perisakan dengan garam dan lada hitam.

Sayur pelangi:

  1. Potong sayur-sayuran hingga kecil dan senang untuk letak dalam sandwic.

Cara Memasak Semuanya

  1. Kukuskan roti naan dalam 10 hingga 15 minit. Sementara itu, Mama boleh siapkan bahan-bahan yang lain.
  2. Kemudian susun semua bahan yang telah disediakan tadi.
  3. Bungkuskan cantik-cantik. Potong dua dan siap!

#2 Chicken Cheesy Carbonara Bread

Kredit gambar: Instagram Wana Kamal

Bahan-bahan

Cara Memasak

  1. Buatkan lubang pada roti di tengah. Tumiskan bahan-bahan yang telah dipotong seperti, bawang, ayam, cendawan. Kemudian masukkan sos Cheesy carbonara.
  2. Letakkan sos Cheesy Carbonara yang dah masak tadi ke dalam roti. Letakkan pepperoni ayam di atas diikuti dengan keju parmesan dan daun parsley.
  3. Panaskan oven dan bakar dengan suhu 160°C api atas bawah selama 15 minit. Kemudian boleh dihidang!

#3 Puding Roti & Sos Kastad

Kredit gambar: Instagram Didapuryana

Bahan-bahan

Puding Roti

Kastard

Cara Memasak

  1. Dadukan roti dan masukkan ke dalam loyang yang telah dilenserkan dengan mentega. Ketepikan.
  2. Satukan susu, telur, mentega cair, esen vanilla dan gula. Kacau rata. Kalau boleh semua bahan biar dalam suhu bilik. Sis guna susu sejuk. Tu yang berketul-ketul mentega. Tapi okay je kalau berketul pun. Takde masalah.
  3. Tuangkan campuran ke dalam loyang roti tadi. Taburkan choc chip dan tekan2 sikit bagi semua roti kena campuran tadi.
  4. Bakar dalam oven selama 35-40 minit. Suhu 160.

Cara-cara masak kastard:

  1. Satukan semua bahan. Kacau sehingga tepung sebati dengan susu. Gula boleh letak lebih kalau suka manis.
  2. Dah sebati baru boleh masak di atas api.
  3. Kacau sehingga bancuhan menjadi pekat.
  4. Siap. Mudah dan pantas. Semestinya sedap.

#4 Puding Trifle

Kredit gambar: Instagram Didapuryana

Bahan-bahan

Cara Memasak

  1. Kek tu potong ikut ketebalan yang korang suka. Susun kek dalam bekas. Mampatkan dia. Kalau boleh taknak ada lubang-lubang. Sikit-sikit tu okay je.
  2. Fruit cocktail tu asingkan air dan buahnya.
  3. Tuang or renjis-renjis sikit air fruit cocktail tu kat atas kek. Jangan banyak sangat. Ketepikan kejap.
  4. Sekarang kita buat sos kastard. Satukan susu cair, air, tepung kastard dan gula. Kacau sebati. Bila tepung dah sebati boleh masak atas api sampai jadi pekat.
  5. Tuang bancuhan kastard atas kek tadi. Ketepikan kejap bagi kastard mengeras sikit.
  6. Tabur fruit cocktail atas kastard tadi.
  7. Sementara tu boleh masak jelly. Jelly ni boleh refer kat kotak jelly. Lain brand mungkin lain caranya.
  8. Tuang jelly atas fruit cocktail tadi perlahan-perlahan.
  9. Bila jelly dah hilang panas boleh la simpan dalam fridge. Dah sejuk baru makan.

#5 Pisang Sushi

Kredit gambar: MyFussyEater

Pisang sushi ini dikira makanan yang kreatif dan interaktif untuk si manja Mama! Hati-hati, resepi ini perlu pemantauan daripada untuk potong pisang kecik-kecik. Jom tengok resepi di bawah!

Bahan-bahan

Cara Memasak

  1. Potongkan pisang dalam bentuk yang kecil.
  2. Kemudian, sapukan topping yang Mama suka dan tambahkan satu lagi layer bijirin ke cip coklat dan sebagainya.
  3. Sejukkan di dalam peti ais supaya ia lebih pejal. Dan siap untuk dimakan.

Diingatkan supaya berhati-hati dengan penggunakan pisau semasa memotong bahan-bahan ya Mama! Selamat mencuba!


Nanti dulu Mama. Nak pinjam 1 minit je masa Mama boleh? Jom kongsikan tabiat membersih Mama di rumah dan berpeluang untuk mendapatkan e-baucar RM10. Kalau bertuah, siap boleh dapat Motherhood Gift Box bernilai RM10 lagi tau! Klik SINI untuk jawab soal selidik.


Dapatkan e-baucar istimewa apabila Mama mengundi jenama barangan bayi dan keperluan ibu hamil kegemaran Mama di Motherhood Choice Awards 2022 hari ini!