KelabMama

Resepi Popia Sira Pedas, Snek Utama Sarapan Pagi Mahupun Minum Petang

resepi popia sira

Siapa yang suka makan pedas, sudah pasti popia sira pedas akan menjadi salah satu makanan favorite kan. Popia sira ni kekadang ada jugak yang panggil popia sambal atau popia bercili.

Cara nak buat pun berbeza dari popia yang lain. Selalunya popia goreng yang lain selepas goreng dah boleh terus makan kan.

Tapi popia sira ni lain, lepas goreng kena buat sos sira pula. Lepas dah siap masak sos sira baru lah masuk popia dan barulah boleh dimakan.

Jom kita tengok resepi popia sira ni macam mana.

Resepi Popia Bersira Pedas

Bahan-bahan

Bahan untuk lekatkan kulit popia

Bahan untuk inti popia

Bahan untuk sos sira pedas

Cara Penyediaan

Cara untuk menyediakan tepung gam

  1. Bancuhkan tepung gandum bersama air sedikit demi sedikit sehingga menjadi pes yang pekat.

Menggoreng Popia

  1. Ambil sekeping kulit popia. Sudukan inti popia dan balut dengan kemas.
  2. Gamkan bahagian hujung lipatan dengan bancuhan tepung/gam.
  3. Gorengkan sehingga kekuningan dan rangup. Angkat dan ketepikan.
Kredit Gambar: greathorwoodhistory

Cara-cara untuk Menggoreng Popia Sos Sira Pedas

  1. Panaskan minyak, kemudian tumiskan bawang putih dan bawang merah yang ditumbuk halus sehingga kekuningan.
  2. Masukkan cili kisar dan masak seketika sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan sos cili, gula dan cuka makan. Masak sehingga kuah pekat dan perasakan dengan garam secukupnya.
  4. Apabila sos sudah masak, tuang popia goreng di dalam kuali dan kacau sos sehingga menyaluti semua permukaan popia. Pastikan popia digaul dengan cepat.
  5. Angkat dan susun di atas pinggan. Taburkan dengan bijan untuk hiasan.

Tips untuk Menyediakan Resepi Popia Sira

Jadi lepas ni kalau anak-anak atau Papa nak makan popia sira tak perlu nak pergi pasar malam dah. Mama dah boleh buat sendiri lepas ni.

Silap hari bulan, tiap hari request nak makan popia sira yang Mama buat.


Baby Mama dah boleh mula makan? Dapatkan resepi makanan baby di SINI.