KelabMama

Hanya 5 Bahan Nak Buat Resepi Popia Nestum Rangup dan Mudah Ni!

Hanya dengan lima bahan sahaja, Mama dah boleh buat kudap-kudap popia nestum ni tau. Kalau ada anak-anak, boleh jadikan aktiviti buat resepi popia nestum ini sebagai cara bondingsesama ahli keluarga. 

Ayuh, kita ikuti resepi Raja Nur Ayura dan lihat bagaimana cara buat resepi popia nestum yang rangup macam ni. 

Resepi Popia Nestum

Kredit gambar: iResipi.com

Resepi oleh: Raja Nur Ayura

Bahan-bahan

Cara-cara

#1 Ceraikan kulit popia satu persatu dengan berhati-hati dan pastikan tidak ada kulit popia yang koyak. Seterusnya, ambil satu kulit popia dan gulung dari bucu ke bucu. 

Kredit gambar: Raja Nur Ayura

#2 Teruskan resepi popia nestum kita dengan menggunting kulit popia yang siap digulung ke bahagian kecil secara menyerong. Kemudian, letakkan di dalam satu bekas sebagai persediaan untuk menggoreng. 

Kredit gambar: Raja Nur Ayura

#3 Sediakan satu kuali dan masukkan minyak masak secukupnya. Lanjut, kita akan masukkan kulit popia yang telah digunting sedikit demi sedikit. 

Apabila warna kulit popia telah bertukar menjadi keperang-perangan, angkat dan toskan atau boleh juga diletakkan di atas bekas yang dilapik kertas tisu. 

Kredit gambar: Raja Nur Ayura

#4 Sediakan ¾ cawan gula kastor, 1 cawan nestum dan 1 cawan serbuk horlick dan gaulkan semuanya di dalam satu bekas. 

Kredit gambar: Raja Nur Ayura

#5 Kulit popia yang telah dibiarkan sejuk seketika tadi, boleh dimasukkan ke dalam bekas campuran gula kastor, nestum dan horlick untuk digaul bersama-sama. 

Kredit gambar: Raja Nur Ayura

#6 Setelah dipastikan semuanya sudah menyatu, masukkan ke dalam balang yang sesuai untuk dibuat kudap-kudapan. 

Tips Resepi Popia Nestum

Kudap-kudap dapat, ‘bonding’ dengan anak pun dapat. Resepi popia nestum ini hanya perlukan lima bahan sahaja dan cara menyediakannya pun mudah. 

Nak buat kudapan lagi? Cuba resepi snek bayi yang berkhasiat ini. 


Mama Siti kongsikan pelbagai resepi menarik di SINI.